Assallamualaikum....
Saya percaya....boikot ini tidak akan berjaya, mungkin hanya 20%
aje rakyat Malaysia yang sudi...selebihnya buat-buat tak tau ataupun
memang tak tau langsung. Apa yang perlu diboikot ?. Inilah pentingnya
campurtangan kerajaan dalam melaksanakannya . Tengok aje kat tv,
kebanyakkan produk yang disenaraikan untuk diboikot, tetap disiarkan.
Mengapa?...sebabnya negara kita nama saja negara Islam tapi tetap jadi
penyumbang pada kemusnahan umat Islam.
Mengapa kerajaan tak hebahkan melalui radio, tv sebagainya, barangan
yang dikategorikan produk Yahudi dan Amerika.
Mengapalah kita dapat pemimpin yang pandai bercakap tapi tak pandai buat
( mengotakannya ) tak kiralah dari BN atau PR .
Najib kata hanya Amerika saja yang mampu untuk selesaikan krisis ini. Apakah
dia lupa bahawa negara Islam punya kekuatan kerohanian ( mati syahid ) dan
material yang boleh melumpuhkan mereka semua.
Cuma kita tak de keberanian nak memulakannya....percaya atau tidak jikalau
2/3 buah negara Islam memulakan penghantaran tentera dan peralatan ke Gaza
kemungkinan besar negara Islam yang lain akan turut sama.
Kasian pada penduduk Palestin yang mengharapkan sokongan kita semua, hanya
bantuan berbentuk sementara saja yang mampu kita beri.....sedangkan masa
mendatang
Yahudi sial itu bebas membunuh umat Islam Gaza tanpa sedikit pun rasa takut dan
tanpa perlu merujuk pada mana-mana pertubuhan antarabangsa .
Pak Arab masih lagi bertelagah tentang bantuan yang perlu disampaikan..
KESIAN SUNGGUH BANGSA NABI MUHAMAD SAW, YANG DIPANDANG MULIA
OLEH KITA TAPI MEMPUNYAI KEPERIBADIAN YANG AMAT BURUK TERHADAP
BANGSA MEREKA SENDIRI.
Wassallam
----- Original Message -----
From: Kholid Ali
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Monday, January 19, 2009 5:38 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Akan berjayakah boikot yang bermusim?
Jika usaha ini nak dilakukan berterusan tidak sekadar bermusim
banyak pihak yang perlu memainkan peranan berterusan termasuk pihak kerajaan
sendiri. Mungkin pihak yang mengawal pemasangan iklan-iklan disekitar bandar/
bandaraya dan juga sepanjang jalan menuju kebandar-bandar di mana barangan yang
terlibat dijual mestilah membenarkan pemasangan iklan-iklan secara percuma
menyeru pemboikotan produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel dan Amerika
Syarikat. Jadikan satu polisi iklan-iklan pemboikotan ini tidak perlu dibayar.
Pihak yang merancang kempen pula mestilah menyediakan banner atau iklan-iklan
yang bertulisan besar, jelas dan warna warni. Letakkan gambar-gambar
kanak-kanak/ dewasa/ wanita yang dipenohi darah mangsa kekejaman tentera Israel
dan nyatakan barangan yang terlibat yang perlu diboikot. Cukup sekadar empat
atau lima syarikat gergasi yang paling banyak menyumbang kepada kekuatan
ekonomi Israel.
Jika orang Islam benar-benar bencikan kekejaman Yahudi keatas
rakyat Palestin sepatutnya sebarang produk yang ada kaitan dengan ekonomi
Yahudi jangan dibenarkan masuk kepasaran negara berkenaan. Beranikah
pemerintah-pemerintah negara Islam/ Arab mengambil tindakan sedemikian ?
Beranikah pemerintah negara-negara berkenaan termasuk pemimpin UMNO yang
menerajui kerajaan Malaysia bertindak demikian ?? Ramai pemimpin sekadar
mengaku Islam tapi tidak benar-benar beriman dan menyerah diri hanya kepada
Allah maka tidak mungkin tindakan sebegini berani dilakukan oleh mereka !!
Paling tidak jangan benarkan langsung pengiklanan produk/ barangan yang perlu
diboikot dari semua bentuk sama ada melalui media elekteronik/cetak dan
lain-lain.
Saya sekeluarga hampir tidak pernah ke premis KFC dan Mc Donald
sepanjang tahun 2007 dan 2008 kerana saya tidak pernah lupa akan kekejaman
Israel. Nak makan ayam goreng ala KFC kami pergi ke sebuah restoran mini milik
orang Islam yang terletak tak sampai 1 km dari restoran KFC. Tak sedap macam
ayam KFC pun tak kisah. Memang terdapat restoran KFC beroperasi 24 jam di
tempat saya. Barangan lain insyaAllah kami akan berusaha untuk turut
memboikotnya. Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
--- On Thu, 1/15/09, [email protected] <[email protected]> wrote:
From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Akan berjayakah boikot yang
bermusim?
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, January 15, 2009, 10:04 AM
Akan berjayakah boikot yang bermusim?
Saidah Hairan
Thu | Jan 15, 09 | 8:51:59 pm MYT
Dalam
senarai barangan produk Amerika-Israel yang disyorkan beberapa pihak
agar diboikot berikutan keganasan rejim Zionis di Gaza, terdapat dua
gergasi makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan
McDonald�s yang yang begitu popular di kalangan rakyat Malaysia,
terutama kanak-kanak.
Iklan
Persoalannya mampukah rakyat Malaysia tidak
mengunjungi premis KFC dan McDonald's yang begitu sinonim dengan
kanak-kanak, buat sementara waktu ini, selama sebulan, dua bulan atau
selama-lamanya?
Dua jenis makanan segera yang mudah didapati di mana-mana ini
mempunyai kaitan dengan syarikat Amerika-Israel yang menjadi dalang
kekejaman dan keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Selain
makanan, minuman dihidangkan biasanya adalah Coca-cola dan Pepsi, juga
didakwa ada kepentingan Amerika-Israel.
Pernahkah rakyat Malaysia khususnya umat Islam membayangkan
keuntungan yang diperolehi oleh pihak berkenaan hasil jualan KFC,
Coca-cola, Pepsi dan McDonald's.
Menurut seorang bekas kakitangan KFC di bandar Batu Pahat,
setiap hari 6,000 ketul ayam digoreng dengan keuntungan yang
diperolehi
pada hari biasa kira-kira RM5,000 hingga RM6,000. Manakala pada hari
minggu dan cuti umum keuntungan yang diperolehi melebihi RM10,000. Ini
tidak termasuk premis KFC yang ada di pekan lain dalam daerah Batu
Pahat.
Bagaimana dengan keuntungan yang diperolehi di bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Shah Alam dan Putrajaya yang
mempunyai banyak premis KFC dan McDonald's?
Sejak serangan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza
sejak 28 Disember tahun lalu, PAS telah mengetuai demonstrasi dengan
menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak.
Setiap minggu selepas solat Jumaat perhimpunan dan perarakan
mengutuk kekejaman Zionis Israel dan Amerika diadakan di setiap
negeri.
Laungan mengutuk kekejaman Israel dan Amerika bergema memecah
kesibukan suasana jalan raya ketika itu.
Bagaimanapun apakah bantahan itu hanya dilaungkan dalam
perhimpunan tersebut sedangkan dalam masa yang sama ada lagi rakyat
Malaysia dan umat Islam yang melutut menyembah Yahudi Israel dan
Amerika?
Melutut bukan bermaksud berhadapan dengan wakil mereka tetapi
menyumbat mulut anak isteri dan keluarga dengan menyumbang wang kepada
premis KFC, McDonald's, Coca-cola dan Pepsi.
Selain itu, ramai masih setia menggunakan ubat gigi jenama
Colgate, menghirup minuman di Starbucks, membeli barangan Nestle dan
lebih malang masih menghisap rokok yang mempamerkan kehebatan ibu kota
antarabangsa, London, Paris dan New York.
Tergamakkah kita menyaksikan mulut kita mengutuk kerana tidak
puas hati dengan sikap biadap Israel dan Amerika tetapi daripada sudut
ekonomi kita masih membantu mereka? Salah siapa?
Apakah umat Islam dan rakyat Malaysia masih mahu bersengkokol
dengan Israel dan Amerika untuk terus menghancurkan rakyat Palestin?
Keseriusan pihak prihatin dalam menggerakkan kempen boikot
perlu diteruskan. Media termasuk stesen TV juga boleh berperanan
dengan
tidak mengiklankan barangan yang ada berkaitan kepentingan Israel
Amerika seperti KFC, Coca-cola dan McDonald's.
Apa yang dikesalkan sejak kempen boikot dilancarkan, sesetengah
stesen televisyen bukan sama-sama membantu tetapi semakin ghairah
mengiklankan produk KFC, Coca-cola dan McDonald's.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyeru
umat Islam sedunia supaya bersungguh-sungguh dalam memboikot barangan
yang mempunyai kaitan dengan Israel dan Amerika.
Beliau berkata Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu
bertindak dengan cepat dan mengusahakan agar negara anggotanya tidak
terlalu bergantung sepenuhnya kepada ekonomi Amerika.
Katanya, ini kerana negara-negara umat Islam sewajarnya sudah
memikirkan transaksi tidak membabitkan dolar Amerika sebaliknya
memikirkan mata wang yang lain iaitu dinar emas supaya ummah tidak
bergantung sepenuhnya kepada ekonomi Amerika yang menjadi dalang
Zionis
Israel.
Bagi mengatasi Malaysia terus bernaung dan bergantung kepada
kedudukan ekonomi Amerika beliau menyarankan supaya negara dan OIC
sendiri memberikan perhatian pada sektor pertanian.
Selain itu beliau turut terkilan kerana ramai di kalangan
rakyat dan umat Islam yang tidak sedar dengan taktik halus Yahudi
Israel dan Amerika yang disalurkan melalui penjualan rokok.
Ini kerana tambah beliau, apabila seorang itu telah ketagih
rokok ia memberi jalan mudah untuk menghisap dadah dan minuman keras.
Tanpa disedari Zionis Israel dan Amerika telah berjaya
memusnahkan akidah atau nilai-nilai murni umat Islam, itulah taktik
halus yang digunakan oleh Yahudi dari dulu tetapi tidak disedari oleh
umat Islam, katanya.
"Apabila umat Islam sudah lalai dengan minuman keras mereka
tidak akan memikirkan untuk membina ekonomi sendiri, sebab itu negara
kita bergantung penuh kepada ekonomi Barat," ujar beliau.
Berhubung tindakan terhadap aktivis anti-Israel, awal tahun
1997 Ketua Pemuda PAS ketika itu Mahfuz Omar dan Timbalannya,
Salahuddin Ayub telah ditangkap polis kerana didakwa menggepalai
demonstrasi menentang kehadiran pemain kriket Israel.
Polis telah melakukan tangkapan dengan mengepung kawasan masjid
Universiti Malaya dari petang hingga malam semata-mata kerana
bersengkokol dengan rejim Israel.
Selain dua pimpinan Pemuda, turut ditangkap aktivits parti dan
seorang wartawan Harakah. Bagaimanapun mereka dilepaskan setelah
bermalam di surau balai polis Bangsar.
Sejak itu boikot terhadap barang-barang keluaran Israel dan
Amerika turut dilakukan tetapi hanya 'hangat-hangat tahi ayam'. Boikot
KFC sudah lama dilaungkan tetapi antara pengunjung KFC, McDonald's,
Starbucks dan penghisap rokok jenama Amerika-Israel sebahagiannya
adalah orang Islam, malah PAS.
Ini menunjukkan seolah-olah boikot adalah mengikut musim. Musim
umat Islam diganasi Israel masa itu laungan boikot barangan bergema
selepas habis perang, premis dan barangan yang ada kaitan
Amerika-Israel menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya umat Islam.
Justeru, apakah boikot kita untuk melumpuhkan ekonomi dua negara
gergasi itu akan berjaya? - lanh
_