Semalam isteri saya beritahu semasa dia melawat sebuah Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Cina di Seremban terpampang dalam kawasan sekolah berkenaan
berhampiran tempat perhimpunan kain rentang (banner) Kempen Boikot Barangan
Israel dan Amerika Syarikat sebagai usaha membantah keganasan Yahudi di
Palestin , khususnya di Gaza.
Kalau Sekolah Cina beria-ia kempen boikot , malulah Sekolah Rendah/Menengah
Kebangsaan apatah lagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Agama
tidak bersungguh-sungguh mengadakan kempen boikot. Malu juga kalau Majlis Agama
Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam , Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan,
Masjid-masjid dan Surau-surau tidak bersungguh-sungguh mengadakan Kempen Boikot
dan Kempen Derma untuk Palestin.
Sedangkan Sekolah Cina tadi guru Melayunya hanya 1-2 orang , pelajar Melayunya
beberapa kerat, dan majoriti beratus yang lain berbangsa Cina.
Lepas ni ada Kempen Hapuskan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris.
Jangan pula orang Cina yang beria-ia turut serta dalam perhimpunan tersebut ,
orang Melayu duduk kat rumah.
Mana maruah orang Melayu , umat Islam di Malaysia ini !
BOIKOT JANGAN TAK BOIKOT !
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA !