Mungkin perlu diwujudkan hospital khas untuk perokok apabila mereka sakit. Jangan terima mereka masuk hospital-hospital biasa. Kalau mereka sanggup berbelanja RM300 sebulan semata-mata untuk rokok biarlah duit itu dibayar kepada belanja rawatan hospital dan jangan dilayan sebarang rayuan pengurangan caj hospital. Kos rawatan pesakit pada hari ini tersangat tinggi. Biarlah mereka dapat munafaat daripada kemudahan lain yang disediakan kerajaan. Mereka dah bantu Yahudi membunuh orang Islam dan orang lain pula (rakyat negara ini) yang terpaksa pula menanggung kos rawatan hospital bila mereka sakit melalui tanggongan cukai pendapatan dan cukai-cukai lain. Penyakit yang dihidapi mungkin tidak serius tapi ? akibat merokok mungkin ada penyakit-penyakit tertentu yang akan jadi lebih serius.
Jika hospital khas diwujudkan mungkin mereka boleh diberi rawatan khas bagi menghentikan tabiat merokok disamping masalah kesihatan yang mereka hadapi. Rawatan yang memerlukan peralatan canggih boleh dirujuk ke mana-mana hospital biasa atau hantarkan ke hospital swasta. Sekarang banyak hospital-hospital baru sedang dibina maka hospital-hospital sedia ada mungkin boleh digunakan sebagai hospital untuk perokok.Hospital Alor Setar misalnya telah dikosongkan kerana berpindah ke hospital baru. Kelinik-kelinik berhenti merokok ? memang telah banyak di wujudkan tapi mungkin kurang berkesan. Mungkin jika hospital khas diwujudkan rawatan untuk membolehkan pesakit merokok tinggalkan rokok akan lebih berkesan. Masalahnya pesakit yang merokok tak akan mengaku mereka perokok (tahan diri buat sementara). Mungkin perlu ada alat yang dapat mengesan tabiat tersebut. Kos operasi hospital ini mungkin tinggi juga dan
membebankan tapi jika dalam tempoh lima atau sepuloh tahun bilangan perokok dapat dikurangkan misalnya tinggal 10 peratus saya rasa untuk jangka masa panjang ia akan menguntungkan negara. Wallahua'lam.
ibnuAli
From: [email protected] <[email protected]> |
- Help Palestine [hidayahnet] Mari Derma Rm30 ribu kpd israel. hamdy
- Re: Help Palestine [hidayahnet] Mari Derma Rm30 ribu kpd i... Kholid Ali
