Anak-anak Gaza Mati Dibom, Dollah Badawi Tersenyum Tunggu Rihanna
Oleh HermanSamsudeen |
 


Dalam keadaan dunia Palestine bergolak, Dollah Badawi menanti dengan penuh 
kesungguhan Konsert Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 
13 Februari 2009 nanti.
 

 
Menanti saat itu, anak-anak Palestine satu persatu rebah ke bumi kelahiran 
mereka bersimbah darah dengan tubuh yang berkecai lantaran kezaliman bom-bom 
yang digugur dari pesawat Israel buatan Amerika.
 
Pada 31 Januari baru-baru ini Obama mengumumkan pakej bantuan kewangan kepada 
Israel berjumlah USD2.55 billion untuk tahun 2009 yang merangkumi bantuan 
peralatan ketenteran dan penyelidikan teknologi tinggi ketenteraan.
 
Kerjasama Amerika dan Israel bukan lagi satu rahsia dimana Israel telah 
menerima USD 53 Billion (RM191 Billion) bantuan kewangan dari Kerajaan Amerika 
Syarikat sejak 1949 dan semua ini diakui Obama dalam temuramah beliau lewat 
januari lalu.
 
Obama juga mengakui bahawa dana itu diperolehi dari sumber dalam negara 
termasuklah cukai-cukai pendapatan dan keuntungan perniagaan yang dibayar oleh 
penduduknya termasuklah Rihanna yang bakal berkunjung ke Malaysia bulan hadapan.
 
Oleh itu rakyat Malaysia yang sudah sepakat menghulurkan bantuan kewangan 
kepada Rakyat Gaza dan bertekad memboikot produk Amerika seharus memahami isu 
ini.
 

 
Bantahan kepada Konsert Rihanna mengambarkan seriusnya kita membantah segala 
produk yang datang dari Amerika. Ramai yang kata mereka tidak mampu menghalang 
diri untuk menggunakan produk Amerika seperti komputer dan Telefon Bimbit. Tapi 
dalam konteks hiburan sebegini, maka tiada alasan lagi untuk diberi kerana kita 
mempunyai banyak alternatif hiburan yang ada dalam negara.
 
Selain itu Pemudawilayah juga mengajukan bantahan ini bukan sekadar untuk 
mengukuhkan program boikot sebagai tanda sokongan kepada Gaza tetapi untuk 
menyelamatkan muda-mudi negara ini agar tidak hanyut dengan dunia hiburan 
khususnya yang datang dari barat.
 
Pada hari ini orang-orang dari barat berpusu-pusu datang melancong ke Malaysia 
dan belajar menikmati budaya dan gaya hiburan kita. Malangnya anak-anak muda 
kita yang belum menjejakkan kaki ke Amerika atau Eropah sudah mengamalkan 
budaya barat melebihi dari masyarakat Barat yang mula memahami budaya Timur 
kita.
 
Pemudawilayah juga melihat dengan serius akan peningkatan gejala sosial yang 
meliputi perlanggaran hukum dan adab budaya kita dimana muda-mudi kini lebih 
cenderung untuk melakukan maksiat seperti meminum arak hingga mabuk, mengambil 
dadah, judi, lari bersama pasangan, lepak, merempit, zina, melacur atau 
bertukar pasangan.
 
Masalah sebegini didapati meningkat dengan begitu banyak bila adanya konsert 
atau pesta yang dianjurkan dimana muda-mudi mengambil kesempatan untuk membawa 
pasangan dan teman-teman mereka bersuka ria hingga ke pagi walaupun konsert 
habis pukul 12 malam. Dan bila mereka tiada duit untuk berhibur mereka akan 
lakukan jenayah seperti memukul mak ayah yang tua, mencuri-meragut, memerat 
ugut dan sebagainya.
 
Setiap tahun Dollah Badawi berjanji akan mengurangkan masalah sosial ini namun, 
setiap tahun juga masalah ini bertambah. Konsert-konsert giat dijalankan, tak 
cukup artis tempatan, artis luar negara dipanggil.
 
Kerajaan wujudkan banyak pusat pemulihan sosial tetapi nampaknya ia sekadar 
menyediakan ruang penyelesaian sementara walhal gejala sosial terus meningkat. 
Bila meningkat pusat pemulihan ditambah dan ini merugikan negara. sewajarnya 
masalah ini diselesaikan diperingkat akar umbi bukan membantu untuk 
mengembangkannya.
 
Tangan kanan Kerajaan sediakan pelbagai modul positif didik anak muda, tangan 
kiri pula sediakan ruang untuk mereka berhibur dan lakukan maksiat-Jenayah. 
Sampai bila pun masalah ini tidak akan berkurangan.
 
Jika di Palestine rakyatnya mati kerana di bom Israel, tapi di Malaysia 
generasi muda kita rosak dan mati akalnya kerana diracun oleh Kerajaan yang 
memerintah.
 
Oleh itu Pemudawilayah menyeru kepada warga yang prihatin untuk turun bersama 
kami membantah konsert Rihanna ini dihadapan Bangunan Celcom di Jalan Raja Muda 
Abd Aziz pada 6 Februari 2009 selepas solat Jumaat.
 

 
Ayuh! tiada orang lain yang boleh selamatkan Umat Islam di Palestine melainkan 
umat Islam dan mereka yang prihatin sahaja. Dan tiada orang lain yang boleh 
selamatnya anak muda kita dari dirosakkan melainkan warganegara kita sendiri!


      

Kirim email ke