*“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah
walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada
israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom
kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin”Ini adalah
sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas
pada 28 Januari 2009.Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin
merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam.Ini
adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang
berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis
dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan
sebegini.!“Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli
Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi. Sebelum
ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun
Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata
beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang
tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini
menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang
sehingga mendapat pahala syahid.“kemenangan di Ghazzah merupakan
kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh
dengan pembebasan bumi Palestin.”“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman
dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati
mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara
penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sekatan dan
melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi
sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk
kepada Israel”Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat
oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil
pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau.Palestin
mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia juga menjadi perebutan antara
tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di zaman Kristian
berkuasa, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Di zaman
yahudi, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Ketika Islam
menguasai bumi Palestin, penduduk yang beragama kristian dan yahudi
dibenarkan untuk melawat tempat ibadat mereka tanpa diganggu dan
dizalimi. Inilah toleransinya Islam sehingga digeruni dan didengki oleh
penganut agama lain.Walaupun yahudi Zionis telah mengumumkan penarikan
tentera di Ghazzah, tetapi penulis yakin, serangan itu pasti kembali.
Yahudi adalah bangsa pengkhianat kepada perjanjian. Semenjak zaman Nabi
Musa lagi, bangsa yahudi selalu melanggar perjanjian.Perangai buruk itu
terus menerusi diwarisi oleh anak cucunya hingga kini. pelbagai
perjanjian genjatan senjata sudah dilakukan, tetapi akhirnya perjanjian
ini terus dikhianati. Kemudian yahudi akan menuding jari kepada Hamas
kerana menjadi penyebab kepada perjanjian ini dilanggar.Amerika dan PBB
terus menyokong yahudi Zionis dan terus menerus mempersalahkan Hamas
setiap masa. Terbaru kenyataan Barack Obama yang mempertahankan
tindakan Yahudi Zionis terhadap serangan tersebut. Penulis tidak pasti
adakah kenyataan ini keluar dari hati nurani beliau atau terpaksa
mengikut telunjuk pelobi yahudi di Amerika.Yahudi berjaya mempengarui
kuasa besar. Tetapi tindakan Hamas tidak mampu menarik simpati pemimpin
umat Islam. Pemimpin umat Islam sudah hilang sensitiviti terhadap nasib
saudaranya sendiri.Walaupun serangan Yahudi telah berakhir, boikot
mesti diteruskan. Pastikan ekonomi yahudi lumpuh sehingga mereka
terpaksa merayu kepada dunia Islam. Semakin kuat dokongan kepada
ekonomi yahudi, semakin kuat serangan terhadap umat Islam.Kristian
pernah menguasai bumi Palestin hampir 100 tahun. Kemudian Sultan
Salahuddin telah membebaskannya. Yahudi Zionis telah menguasai bumi
Palestin hampir 60 tahun (1948-2009). InsyaAllah umat Islam akan
kembali membebaskan bumi Palestin dalam masa terdekat ini melalui
kekuatan yang diberikan kepada Hamas.sumber :
http://attakiri.blogspot.com/

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 2/04/2009 08:16:00
AM

Kirim email ke