Itu bezanya orang yang sanggup belajar mencara kebenaran dgn orang yang malas 
mencari kebenaran!! Orang Melayu terkenal dgn malasnya!! Tak begitu? Itu sebab 
orang Islam Melayu kurang rasional dalam pemikiran mereka!! Sedihnya!!




________________________________
From: "[email protected]" <BawangGoreng @yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, January 22, 2009 10:26:27 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kajian bawa Michael kepada Islam


Subhanallah. .. Jika dia dapat melihat kebenaran, kita yang dilahirkan sbg 
muslim sepatutnya lebih-lebih lagi bersyukur...

Petikan: UtusanOnLine
Kajian bawa Michael kepada Islam
Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Micheal David Shapiro
________________________________

DALAM
pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat
(AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut
menjadi perhatian ramai!
Menerusi
laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian
Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati
pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan
di Trinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama
hampir dua dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).
Walaupun
mempercayai dan seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun
kedudukan Obama itu adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya
sendiri. Ini apabila bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama
Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan
secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan
ibu Obama, Ann Dunham yang dipercayai juga seorang yang ateis.
Menyebut
mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam
hidupnya walaupun Presiden AS ini lebih dibesarkan oleh neneknya,
Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal
ehwal agama daripadanya ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi
manusia. Ibunya meletakkan agama dan identiti agama itu hanya sebuah
fenomena dan apa yang penting dalam agama serta identiti agama adalah
mengejar hakikatnya.
"Perbahasan
yang rasional dan kritikal jauh lebih penting daripada sekadar mematuhi
ajaran dan perintah suci agama. Islam, Kristian, Buddha dan agama-agama
lainnya hanyalah dianggap sebagai satu jalan menuju hakikat kebenaran,"
katanya.
Mujur tanggapan si ibu
hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung
menyebabkan si anak dari turut mengikut jejak langkah si ibu itu.

Namun
mari kita bandingkan dengan seorang anak muda dari Pasadena, AS,
Micheal David Shapiro. Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi
tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak
sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang suci.
"Saya
mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya
percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari satu
tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada dua atau lebih lazimnya lemah
berbanding tuhan yang satu. Jika 'seorang' tuhan tidak setuju dengan
tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara
tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kepada
satu tuhan sahaja," katanya.
Begitu
pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya untuk
mencari kelebihan apabila menjadi seorang yang ateis.
"Tetapi
saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yang menciptanya.
Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta dan segala yang
terkandung di dalamnya wujud. Jadi, benarlah tuhan itu mesti wujud.
Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan
tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat 'beribu-ribu' tuhan
yang wujud seperti yang didakwa oleh pelbagai pengikut," katanya.
Oleh
kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai
pendek kepada agama yang percaya hanya pada satu tuhan atau
monotheistic.
"Ini menjadi usaha saya lebih mudah," katanya.
Micheal
tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu disebabkan kedua-dua
agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang
dinampakkan dalam bentuk berhala. Maka agama yang percaya kepada
ketuhanan yang satu yang perlu dikaji oleh Micheal ialah Yahudi,
Kristian dan Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah
beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada satu
tuhan, beberapa orang nabi dan 10 Rukun (Commandments) , Kitab Taurat
dan Jiwa Yahudi.
"Jiwa yang
Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yang
menyebut; 'Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti
mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian
(Judaism) yang ada'. Kenyataan ini membuatkan saya sangat terkejut,
tidakkah ini satu diskriminasi? ! Agama ini tidak bersifat universal.
Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu
saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang
memisahkan antara satu sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam
sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada
sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yang palsu
mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya," soalnya.
Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah 
dilahirkan sebagai Yahudi.
"Seperkara
lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius
dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa
salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukuman
yang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik,"
kata Micheal.
Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.
"Pada
mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali membacanya,
satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus,
bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga
unsur ini merupakan Tuhan yang Satu. 1+1+1=3, betul? Saya masih memberi
peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep
Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekali pun, konsep
ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu untuk menerimanya, "
katanya.
Begitupun Micheal
mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah
Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya.
"Baginda
melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original
Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati
disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka dan menyelamatkan
dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam.. Jadi, kita semua ini
dilahirkan sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru
berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik,
dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu
menanggungnya, " kata Micheal.
Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda 'menyeru kepada kasih sayang sesama 
umat'.
"Tetapi
mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak
disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku? Jadi adakah
ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh
dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya
dibunuh," katanya.
Ini membuatkan
Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal. Lalu apakah ajaran yang
seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segala
kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima
oleh akal yang logik?!
"Saya
tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu
yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab suci
al-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk
semua zaman dan masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan) .
Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu
ditemui sejak 1,400 tahun dahulu. Tetapi adakah agama ini bersifat
sejagat, agama untuk semua tetapi yang lebih menghairankan Islam
dinyatakan untuk semua tanpa memilih kaum, bangsa, warna kulit, bahasa
dan asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu
sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi
benarlah Islam satu agama," tambahnya.
Kata
Mishael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada
disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil
sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang
memberikan nama-nama itu, bukan tuhan. Tidak perlu lama bagi Micheal
untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab
segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan
selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah 'berkenalan' dengan apa
juga yang didakwa sebagai agama!

--
- BawangGoreng -
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
http://bawangorengn et.blogspot. com
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; 
sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat 
dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim." 
(Hadis riwayat al-Tirmizi)

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤



      

Kirim email ke