*petikan dari azmilabrar.blogdrive.com*

Insiden penemuan kepala babi di dalam Surau Akademi Pengajian Islam
baru-baru ini menjadi satu isu hangat di kalangan mahasiswa-mahasiswa yang
terlibat di dalam politik kampus. Tuduhan-tuduhan liar dilemparkan. Kejadian
ini dikatakan antara penyumbang kepada kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa di
Universiti Malaya.


Saya ditanya mengenai hal ini. Respon saya, saya tidak mahu menuduh sesiapa,
walaupun taktik ini tidaklah mengejutkan saya, dan ianya adalah
*hallmark *kepada
kumpulan mana, pun kita boleh tahu. Takpalah, benda itu sudah berlaku, dan
ianya sangat mengecewakan kita.


Tanpa merujuk kepada kejadian di atas, pesan saya adalah, perjuangkanlah
Islam dengan cara yang sebenar, dan akhlak yang sebenar. Sebenar mengikut
Quran dan Sunnah. Kadang-kadang dalam keghairahan kita untuk mencapai
kemenangan jangka pendek, kita terlalu mengikut perasaan dan akal fikiran.
Benda-benda bertentangan dengan agama, kita anggap strategi. Cara kita
halalkan demi matlamat. Ini semua tidak boleh dan tidak dibenarkan.
Keluarkan hujah anda yang mengatakan matlamat menghalalkan cara!


Islam disebarkan dengan hujah. Ianya berdiri atas kebenaran. Islam mempunyai
kekuatan sendiri tanpa perlu berdiri dengan cara memfitnah orang lain.

Dalam hal ini juga, saya tidak bersetuju dengan ada penceramah yang
memfitnah agama Kristian di dalam ceramah-ceramah dan buku-buku tulisan
beliau, menuduh pihak Kristian pelbagai perkara. Ini juga tidak boleh. Kita
tidak perlu memfitnah agama lain untuk menunjukkan kebenaran Islam.

Saya akhiri posting kali ini dengan firman Allah seperti berikut. Moga jadi
pedoman.

*"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu
menegakkan (kebenaran) kerana Allah; (dan) menjadi saksi dengan adil. Dan
janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk
berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada
takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan." Al-Maaidah ayat 8*

Kirim email ke