Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi,

"Tidak kira apa lah keadaannya, orang yang tergamak berbuat perkaara tersebut
adalah orang kafir. Seorang Islam yang benar benar islam iaini "bukan munafik"
tidak tergamak berbuat sedemikian"

"Meletak kepala babi atau "menghalang dari Azan Subuh" macam teressa
kok tu adalah contoh contoh orang kafir yang harus ditentang"

"Ingat,ini berkaitan dengan akidah kita.Kita bukan marah tak tentu
hala,tapi berdasarkan dari serangan"

"Meletak kepala babi itu adalah satu serangan & penghinaan"

ALLAHUAKBAR!

On 2/3/09, AzmilAbrar <AzmilAbrar> wrote:
> *petikan dari azmilabrar.blogdrive.com*
>
>
> Insiden penemuan kepala babi di dalam Surau Akademi Pengajian Islam
> baru-baru ini menjadi satu isu hangat di kalangan mahasiswa-mahasiswa yang
> terlibat di dalam politik kampus. Tuduhan-tuduhan liar dilemparkan. Kejadian
> ini dikatakan antara penyumbang kepada kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa di
> Universiti Malaya.
>
>
> Saya ditanya mengenai hal ini. Respon saya, saya tidak mahu menuduh sesiapa,
> walaupun taktik ini tidaklah mengejutkan saya, dan ianya adalah
> *hallmark *kepada
> kumpulan mana, pun kita boleh tahu. Takpalah, benda itu sudah berlaku, dan
> ianya sangat mengecewakan kita.
>
>
> Tanpa merujuk kepada kejadian di atas, pesan saya adalah, perjuangkanlah
> Islam dengan cara yang sebenar, dan akhlak yang sebenar. Sebenar mengikut
> Quran dan Sunnah. Kadang-kadang dalam keghairahan kita untuk mencapai
> kemenangan jangka pendek, kita terlalu mengikut perasaan dan akal fikiran.
> Benda-benda bertentangan dengan agama, kita anggap strategi. Cara kita
> halalkan demi matlamat. Ini semua tidak boleh dan tidak dibenarkan.
> Keluarkan hujah anda yang mengatakan matlamat menghalalkan cara!
>
>
> Islam disebarkan dengan hujah. Ianya berdiri atas kebenaran. Islam mempunyai
> kekuatan sendiri tanpa perlu berdiri dengan cara memfitnah orang lain.
>
> Dalam hal ini juga, saya tidak bersetuju dengan ada penceramah yang
> memfitnah agama Kristian di dalam ceramah-ceramah dan buku-buku tulisan
> beliau, menuduh pihak Kristian pelbagai perkara. Ini juga tidak boleh. Kita
> tidak perlu memfitnah agama lain untuk menunjukkan kebenaran Islam.
>
> Saya akhiri posting kali ini dengan firman Allah seperti berikut. Moga jadi
> pedoman.
>
> *"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu
> menegakkan (kebenaran) kerana Allah; (dan) menjadi saksi dengan adil. Dan
> janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk
> berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada
> takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
> yang kamu kerjakan." Al-Maaidah ayat 8*
>

Kirim email ke