Empat wakil PAS ke Gaza semula, naiki kapal diatur Fathi Yakan 
Harakahdaily 
Tue | Feb 03, 09 |  9:02:24 am MYT

  
LEBANON, 3 Feb (Hrkh) - SMS Bendahari PAS kepada Penolong Pengarang 
Harakahdaily Azamin Amin memaklumkan empat wakil PAS menyertai rombongan misi
kemanusiaan ke Gaza sekali lagi dengan menaiki kapal daripada pelabuhan
Tripoli dekat sini. 
Iklan   

    
    
Kata Dr. Hatta Ramli rombongan kemanusiaan itu
diketuai oleh Ahli Parlimen PAS Padang Terap Nasir Zakaria dan misi itu
diaturkan sendiri ulama terkenal Lebanon Dr Fathi Yakan. 
Misi itu turut disertai oleh 80 orang sukarelawan pelbagai negara dan ramai 
wartawan antarabangsa.

"Setakat ini kapal tersebut telah belayar menuju Larnaca, cyprus sebelum 
mengarah ke Gaza," sms Dr Hatta jam 7.00 pagi tadi. 
Katanya Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang
masih di Lebanon berharap penyertaan PAS dalam rombongan itu akan
memberi manfaat kepada rakyat Palestin dari segi moral dan material.

Ahlirombongan PAS terdiri daripada Wan Sharafi
(Kelantan),Zulkifli Lazim (Penang) dan Zulkifli Ashaari(Pahang) dan
penyertaan PAS adalah atas undangan Sheikh Bilal dari Persatuan Harakah
Tauhid, Lebanon yang juga penganjur bersama ketika bertemu rombongan
Presiden PAS Ahad lalu.

"Ini adalah pengalaman pertama PAS dalam rombongan antarabangsa menggunakan 
kapal. 
"Tidak dapat diramalkan sama ada kapal ini akan berjaya memasuki
perairan Gaza dikawal tentera laut rejim zionis Israel.Rakyat diminta
mendoakan keselamatan mereka," akhiri sms Ahli Parlimen Kuala Krai itu
kepada Azamin._


Kirim email ke