Lelaki.............HELP..betul tak ni??
Kongsi
Hari ini pada pukul 10.38 pagi


Rahsia Lelaki Setiap Wanita Mesti Tau!

Dalam artikel kali ni, saya akan bagitau apa yang anda sebagai wanita
MESTI tau tentang lelaki/kekasih anda supaya anda dapat memenangi
hatinya dan menyuburkan cinta si dia kepada anda.

1) Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan perhubungannya. Kalau kerja
yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk siapkan
kerja tersebut.

Kalau ada masalah besar yang sedang sahabatnya hadapi dan dia bantu
berfikir untuk selesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya
sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya
yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang
cukup romantic.

Wanita pulak berbeza.. Sekali dah terima seorang lelaki dalam hidupnya, 
perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!

Dua perkara ni wanita rasa susah nak pisahkan. Sepanjang hari bayangan
kekasih berada didepan mata. Masa kerja, tengah ‘meeting’..senang cakap
selagi tak tidur!

2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan
dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah
bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang
dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan
menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak
tak nak jer, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tau ada
sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia
dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda
ni begitu mengambil berat kononnya.

Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan
tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang
sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat
mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk
bercerita.

3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang dari kejayaannya dalam
hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang di usahakannya, bukan saja
dari perhubungannya dengan anda.

Katalah dia buat sesuatu kerja kat pejabat tak siap lagi, atau apa jer
dia tengah usahakan tak jadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega
dan perasaan ini secara tak langsung akan memberi kesan ke atas anda
juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam
dah kurang.

Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa
tiba-tiba dia macam tak romantik, macam tak sayangkan anda atau rasa
macam dia tak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda
berfikiran begitu, anda pasti silap.

Perlu anda faham, tak perlu mendapatkan cinta si dia dengan mengubah
siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan
perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang
diri anda di atas siapa diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini
anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!


p/s: kalau kekasih anda mat rempit atau yang sewaktu dengannya..apa
yang saya tulis di atas tu lupakan sajalah yer..sebab jenis-jenis macam
ni memang terang-terang menjahanamkan anda sebagai wanita!

Kirim email ke