Waalaikumusalam,
 
       Kita mestilah berbalik kepada apa yang dietapkan oleh Islam. Semua 
manusia ini diperintah untuk masuk ke agama Islam yang dibawa oleh Nabi 
Muhammad SAW. Kalau yang  tak masuk Islam tidak terikatlah dia kepada Islam di 
dunia ini tapi di akhirat nanti balasan yang dijanjikan Allah adalah siksaan 
yang pedih. Bagi yang menganut Islam banyaklah perintah yang wajib dipatuhi dan 
larangan yang wajib dijauhi. Jika ada yang tidak patuh mestilah ada yang 
menasihati nya atau pihak yang boleh menghukumnya. Sekali pun kalau kita dalam 
rumah sendiri selaku tuan rumah ada peraturan-peraturannya yang bukan kita saja 
yang berhak menetapkan nya. Sebagai contoh kalau kita boleh terima sapa saja 
tinggal di rumah kita bagaimana kalau kita ambil seorang saja PATI (Pendatang 
Tanpa Izin) tak perlu ramai, lambat laun jabatan imigresen akan heret bukan 
saja PATI itu tapi juga tuan rumah yang melindungi PATI. Itu tentang orang, 
nyamuk pun kalau nyamuk Aedes ada
 dalam rumah, tuan rumah juga akan didenda oleh jabatan Kesihatan.  Sepatutnya 
mereka tak boleh denda tuan rumah sebab rumah dia yang punya !! Kalau dalam 
konteks agama pula katakan tuan rumah benarkan pasangan yang tidak bernikah 
hidup bebas tinggal bersamanya sebagaimana pasangan telah bernikah 
bermakna tuan rumah itu membiarkan maksiat dalam rumah nya dan oleh kerana 
rumah itu berada dalam sebuah masyarakat maka masyarakat berhak menasihati nya 
atau melarang pemilik rumah memberi tempat tinggal kepada pasangan tersebut 
(selagi mereka tidak bernikah)kerana ianya sesuatu yang dilarang oleh Islam 
(kerana bersubhat dengan mereka yang lakukan maksiat). Jika tuan rumah/ 
pasangan itu terus engkar kenalah melaporkannya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal 
Agama Islam kerana Islam memerintahkan agar sesiapa saja yang melihat 
kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya. Ini sekadar beberapa contoh yang 
biasa. Yang berkaitan PATI tadi adalah undang-undang
 yang dibuat oleh kerajaan oleh manusia sendiri tapi "wajib" dipatuhi. Tentang 
pasangan tidak bernikah yang bersekedudukan pula adalah undang-undang yang 
Islam tetapkan dan masyarakat/ kerajaan diperintah untuk mencegahnya. Ini lebih 
wajib dipatuhi kerana ini larangan oleh Allah swt. Ini bermakna bukan bererti 
seseorang pemilik rumah itu berhak secara mutlak dengan apa yang hendak 
dilakukannya dalam rumahnya.
 
    Begitu juga dalam soal Raja dan Rakyat. Kedua-duanya terikat dengan 
peraturan atau disebut Perlembagaan. .Kuasa Raja tidak lagi mutlak sepertimana 
sebelum negara mencapai kemerdekaan. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan 
sistem demokrasi rakyat juga ada hak-haknya. Kedua-dua pihak tidak seharusnya 
melanggar Perlembagaan. Kalau di jalan raya pemandu kenalah ada lesen 
memandu, kenderaan kena ada cukai jalan, bila memandu kenalah patuh lampu 
isyarat. Kalau main hentam melulu kacau bilaulah semua orang. Begitu jugalah 
tentang apa yang berlaku dalam politik negera kita sekarang. UMNO cuba 
putarbelitkan Perlembagaan dan Undang-Undang. Ianya sudah menjadi darah daging 
mereka. Ada pihak mendakwa ketika pilihanraya pun "orang dah mati" pun 
masih mengundi sebab ? SPR pun seperti wajib akur kehendak UMNO untuk 
memenangkan calun pilihanraya mereka. Terjadinya krisis politik Perak ialah 
kerana ? istana pun diperalatkan oleh mereka. Bagi mereka matlamat
 menghalalkan cara !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal
 
--- On Thu, 2/19/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Sultan Selangor
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, February 19, 2009, 8:36 PM







 
assalamualaikum,
 
saya ni jarang amek port pasal hal2 politik nih... nk kata pakar lagi laa 
bukan...
sekadar memberi pendapat cume...
nk huraikan mengikut bahase politik pon saye x pandai...
andaikan laa contohnye begini...
 
dalam sebuah taman ada beberapa buah rumah...
saya adalah pemilik kepada salah sebuah rumah...
maka, saya adalah org yang berhak untuk menentukan siapa yg saya mahu berada 
dalam rumah saya...
walaupun dibantah oleh pemilik2 rumah yg lain...
walaupun tidak dipersetujui oleh pemilik2 rumah yang lain...
walaupun org yg saya benarkan berada di dalam rumah saya tidak disukai oleh 
pemilik rumah yang lain...
tapi, "saya" tetap adalah org yg berhak memutuskan siapa yang boleh dan tidak 
untuk berada di rumah saya...
bukan ke begitu..??
 
ini cuma adalah pendapat dan pemahaman saya sahaja...
maaf kirenye pendapat dan pemahaman saya ini bercanggah dan menyinggung 
sesiapa...
 
"orang diam apabila kita bercakap, tak bermakna kita betul... mungkin dia 
sedang memikirkan cara bagaimana nak membetulkan kesalahan itu tanpa 
menyinggung perasaan kita"
 
~ ima ~


 
On 2/18/09, KholidAli <KholidAli> wrote:










 
   Puak ni Takbir juga. Yang kat istana tu jadi gitu pasal dah lama yang dok 
keliling pinggang mereka tu adalah orang yang lebih takut 
kepada mereka daripada takut kepada Allah swt. Tak kiralah taraf tok peti kat 
tok kali ka !! Mereka ni mungkin ada yang takbir ? ratusan kali sehari selain 
lima Takbiratulihram bagi setiap solat yang memang wajib dikerjakan lima 
kali sehari. Yang sunat-sunat pun wajib juga sekali takbir, takbir-takbir yang 
lain sunat sahaja. Kalau jumlah mungkin berpuloh/beratus kali. Sama ada yang di 
keliling pinggang atau di keliling negeri mungkin kita boleh bahagikan mereka 
ni kepada dua. Yang pertama kumpulan yang anggap Allah itu besar agaknya besar 
macam kereta besar, rumah besar dan barang-barang lain yang besar-besar 
dari segi fizikal dan saiz. Benda-benda tu mampu buat apa ? Kumpulan yang kedua 
pula adalah mereka yang tahu Allah itu maha besar, keagongan Nya meliputi 
segalanya. Namun mereka rasa cukup lah
 dengan Takbir beberapa kali dalam solat lepas tu apa mereka buat tak ada kena 
mengena dah dengan Allah. Mereka tak kenal dah apa itu perbuatan-perbuatan 
syirik kepada Allah !! Jadi sampai mati pun mulut tetap ngaku beriman ? 
hakikatnya semua itu sangkaan semata-mata.
 
    Lantik ketua atau amir dalam satu-satu kerja/negeri memang satu tuntuan 
dalam Islam tapi yang terlantik secara otomatik sebagai Ketua Agama tapi tahu 
agama sekadar asas saja dan penasihat pula takut nak nasihat yang sebenar tak 
taulah nak salahkan sapa ?? Mungkin yang juru nasihat tu lah kut tak beri 
nasihat yang benar di sisi Allah. Mungkin di akhirat nanti yang masuk neraka 
dulu ialah mereka yang dilantik sebagai penasihat tapi takut untuk beri nasihat 
yang benar dalam soal agama. Di Kelantan dulu agak lama dah kabarnya ada 
seorang penasihat hal-hal agama tapi dia tak takut mu orang besar ka orang 
istana ka dia royak hok betul !! Tapi kebanyakan penasihat-penasihat kepada 
istana hari ini lebih takut kepada "penasihat-penasihat" yang rakyat pilih 
sebab mereka bersenjatakan keris telanjang. Baru ni yang rakyat tak pilih pun 
mengaku kata mereka dipilih rakyat !! Maka istana sokong dan juru nasihat tu 
pun sokong juga lantik Menteri
 Besar lain cap keris !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Sun, 2/15/09, maur...@yahoo. com <maur...@yahoo. com> wrote:
 
From: maur...@yahoo. com <maur...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Sultan Selangor
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Sunday, February 15, 2009, 7:40 PM









Assalamualaikum,
 
memang betul taat dan hormat kpd sultan adalah satu adat yg tak 
boleh dipisahkan, TAPI
 
kalau pemimpin ( sultan ) tak boleh berlaku adil dlm pemerintahannya macam 
mana? adakah rakyat patut akur dgn ketidakadilan . Sebagai seorang muslim yg 
berpegang kpd Al-Quran dan sunah Rasul - hanya ALLAH yg jadi pemerintah , 
manusia hanya mejalankan dutynya di dunia ini yg tidak kekal. kalau sultan 
selangor nak menegor cuba cermin cara dia yg begitu sosial and cara 
pemerintahan yg secular. PATUTKAH dia layak menjadi pemerintah?? ????????? 
ketua Agama Islam ???????????? cara tak nampak langsung sebagai pemerintah 
islam. nak sokong undang2 islam jauh sekali. bukan kita yg biadap , dia tu yg 
biadap ............ ..biadap dgn manusia terutamanya biadap KEPADA ALLAH. 
TAKBIR, TAKBIR,TAKBIR - ALLAHHAKBAR  

--- On Sat, 14/2/09, abu sa...@yahoo. com <abu sa...@yahoo. com> wrote:
 
From: abu sa...@yahoo. com <abu sa...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Sultan Selangor
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Saturday, 14 February, 2009, 4:53 PM





Sultan Selangor telah mengeluarkan kenyataan mengenai fenomena
di Perak akhir-akhir ini. Di dalam kenyataan tersebut juga ada mengatakan
kebiadapan setengah orang yang cuba mengingkari perintah Sultan Perak.
Ditambah dgn demontrasi jalanan dan menghalang kenderaan Sultan.
 
Tambahan lagi, Sultan Selangor mengatakan " baru kenal mana satu kaca dan
permata " dan " kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar ".
 
Secara peribadi saya menyokong kenyataan Sultan Selangor dan Perak dalam
hal begini. Disebabkan benci sangat dgn BN, Sultan jadi sasaran, walhal strategi
itu datang dari Anwar sendiri ( kenyataan pedas dari KEPAL SINGH ).
Beginilah halnya bila plan tapi berjaya dan akhirnya makan tuan....Cuba ianya 
berjaya
ANWARLAH PEMIMPIN YANG BERKALIBER, ANWARLAH SEPATUTNYA JADI
PM M'SIA DLL.
 
Seperti mana Anwar dalam BN dulu dan jadi kaki ampu Mahatdir, " JIKALAU AWAN
ITU BOLEH DIGUBAH , NAK GUBAH NAMA MAHATDIR DAN DR HASMAH "
Macam tuuleh lebih kurang, ambik petikan dari menteri " PEYERANGAN MALAYSIA"
ketika debat tempohari.
Pepatah Melayu ada menyatakan " BILA SAYANG KENTUT PUN BAU WANGI "
 
Wassallam
 
 
 
 


















      

Kirim email ke