Kita diberikan panduan oleh Tuhan.
Sesiapa pun yang membuat baik maka kita harus sokong.
Jagalah dua perkara ini ;
 
1- Hubungan dengan Tuhan
2- Hubungan dengan manusia
 
Jangan kita hanya ke surau tetapi tidak pernah bergaul dengan masyarakat atau 
bergaul dengan masyarakat tetapi dahi tidak pernah mencecah sejadah...
 
Bercakap dan mengata adalah senang tetapi melakukannya amatlah payah. Janganlah 
kita hanya tahu menjadi orang yang pandai mengkritik dan bercakap tetapi tiada 
praktikalnya.
 
Sesiapa yang baik dan tidak lari daripada landasan Allah swt maka ia harus 
disokong. Jangan kerana ideologi politik maka kita bertelagah dan bercakaran..
 
Tq. Sekadar pandanagn peribadi.

--- On Sun, 2/22/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Sultan Selangor
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Sunday, February 22, 2009, 5:25 AM








Assalamualaikum izma,

Saya pun tak minat hal2 politik apalagi nak berbicara mengikut gaya dan bahasa 
mereka, pendekata tak reti nak ikut rentak lenggok dan ragam merekalah, tp ada 
jugaklah sesekali saya berandai2an spt anda, harap komen saya terhadap andaian 
anda ini tidak keterlaluan ya. Mungkin tak masuk akal tp namanya pun andaian....

Kalau anda adalah pemilik pertama rumah dlm taman tu, mmg betullah pendpat 
anda, sementelah andalah orgnya yg telah begitu bertungkus lumus berusaha untuk 
mendirikan rumah tersebut. Sukahati andalah nak pilih sesiapa yg anda suka 
kerana sikap ketuanan yg telah merajai diri seseorang itu kdgkala meracuni 
rasional. Peduli apa kat jiran2 sekeliling, ya tak? Rumah kita, suka kitalah 
kan.

Oleh kerana amat mustahil anda akan hidup utk selama2nya, maka
masalah akan timbul bila hakmilik rumah itu telah berpindah tgn kepada anak 
anda, cucu anda apatahlagi ada dikalangan keturunan anda itu yg kerjanya cuma 
nak bersenang lenang jer, bahkan ada yg cuma nak guna namanya saja sebagai 
pemilik rumah tinggalan anda itu sedangkan segala air, api, taman bunga, kolam 
renang dikerjakan oleh org lain yg diluar dari keturunan anda yg dibawa masuk 
dgn rela dan sebagai gantinya org luar itu bayarlah dgn kadar yg tak seberapa 
tp cukup utk anak cucu anda menikmati segala yg sedap2 di dunia ini tanpa perlu 
bersusah payah mithalnya taman bunga dan kolam renang dijaga tp disewakan dgn 
untung berlipat ganda oleh mereka, anak cucu anda cuma dpt sikit komisyen jer...

Org luar itu pula sentiasa sanggup memenuhi apa jua keinginan dan kemahuan anda 
hatta mengambil hak jiran2 disekeliling anda sekalipun. Habis tanah sekangkang 
kera milik jiran2 anda dijadikan parking lot utk kenderaan yg mana pemiliknya 
ingin bersukaria ditaman   anda. Untuk menutup mulut jiran2 anda yg bersungut 
diatas kesusahan yg dihadapi, maka peluang berniaga secara kecil2an di petak 
kecil disudut parking lot diberikan kpd yg berminat, pun bukan percuma, sewa 
dikenakan dan keuntungan terus masuk kepoket org luar yg jahat itu. Silap 
haribulan anda pun tak tau apa2 dan tak merasalah komisyen dari situ. Peniaga 
kecil itu pula tak ramai yg bertahan lama kerana sewa lebih mahal dari 
pendapatan, nak tau kenapa? kerana dlm kawasan rumah anda, anda dan keturunan 
anda diberi 'nama' utk bina restoren yg lebih menarik dan lazat hidangannya tp 
segala urusan jual beli atas kemahuan org luar itu tanpa peduli soal halal 
haramnya, biasanya kalau org jahat tu mmg
 kesukaannya yg haram2 jer la.
 
Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan dpt terus berteduh dan menguasai rumah 
anda serta menumpang mewah secara tak langsung.Penguasaan ini akan terus 
dipertahankan sekebal mungkin kerana org luar itu pun tak mahu anak 
keturunannya merempat diluar dari kawasan rumah tinggalan anda yg menjadi lubuk 
emas bagi mereka.

Andaian ini pun sekiranya rumah yg anda (banggakan) itu sememangnya betul2 
didirikan atas titik peluh dan usaha anda sendiri (dgn izin Allah sebenarnya), 
bagaimana pula sekiranya rumah dlm taman itu terbina atas usaha yg kurang 
bersih, mithalnya anda dptkannya secara tipu daya atau merampas hak org dan 
anda berjaya hanya kerana org tua anda dulu punya nama dan pengaruh? ataupun 
ada org jahat dari luar yg sebenarnya mahu menguasai bukan saja taman perumahan 
anda bahkan seluruh kampung halaman anda lalu dibinanya sebiji rumah dlm taman 
untuk anda lalu diberi 'pengaruh' keatas anda. Rumah besar itu dilengkapi dgn 
segala keperluan anda berserta inang pengasuh dan dayang utk disuruh2. Anda 
cuma perlu tunjuk dan bersuara saja, segala2nya pasti tersedia didepan mata.. 
Lebih malang pula semua yg anda pilih utk mendiami rumah anda itu adalah atas 
nasihat dan pandangan dia yg penuh agenda dan percaturan.

Tapi itu semua  bukan percuma ya, anda cuma dpt sebiji rumah dlm taman yg boleh 
dirobohkan bila2 masa saja sewaktu anda terkulai lena akibat berleka2 dan 
bersuka2 sedangkan org jahat dari luar itu sebenarnya telah dapat seluruh 
kampung dan isinya (dgn anda2 sekali) kerana siapa tahu itulah persetujuan 
bersama sewaktu anda dibinakan sebiji rumah dulu. Anda kemudiannya didodoikan 
dgn gurindam 'ketuanan' sebelum diberi peluang memilih siapa yg anda suka utk 
mendiaminya, gula2 jer tu...anda kononnya rasa bertuah dan merdeka namun 
sehingga anak cucu anda terus dijajah, minda dan segala2nyalah!

Sayang sungguh, apa yg terjadi sekarang bukan setakat hak tuan rumah disebuah 
rumah dari beberapa buah rumah didalam taman andaian anda itu...hujan seribu 
tahun tak mungkin dpt membasuh kebodohan dan dosa masa silam sang pemaju dan 
pemilik rumah,  sebaik2nya jaga pemakanan kita dan keturunan  kita agar 
memperoleh minda dan jasmani yg kuat dlm erti kata yg sebenarnya, dan bila 
pemakanan terjaga mudah2an doa2 kita beserta usaha untuk mengembalikan yg hak 
kpd yg berhak akan dimakbulkan Allah Rabbul Jalal,amin.

Saya suka dibuai dgn lagu M.Nasir - anak2 kita..

'anak-anak kitakah yg tak tau nak pulang bila petang
kerna terlalu asyik
main lastik dan berpistolan. .pistol-pistolan
jaga2 anak kita
jgn sampai jadi hamba
jaga2 anak kita
kita ini ORANG MERDEKA!









From: "i...@yahoo. com" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Friday, February 20, 2009 9:36:31 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Sultan Selangor




 
assalamualaikum,
 
saya ni jarang amek port pasal hal2 politik nih... nk kata pakar lagi laa 
bukan...
sekadar memberi pendapat cume...
nk huraikan mengikut bahase politik pon saye x pandai...
andaikan laa contohnye begini...
 
dalam sebuah taman ada beberapa buah rumah...
saya adalah pemilik kepada salah sebuah rumah...
maka, saya adalah org yang berhak untuk menentukan siapa yg saya mahu berada 
dalam rumah saya...
walaupun dibantah oleh pemilik2 rumah yg lain...
walaupun tidak dipersetujui oleh pemilik2 rumah yang lain...
walaupun org yg saya benarkan berada di dalam rumah saya tidak disukai oleh 
pemilik rumah yang lain...
tapi, "saya" tetap adalah org yg berhak memutuskan siapa yang boleh dan tidak 
untuk berada di rumah saya...
bukan ke begitu..??
 
ini cuma adalah pendapat dan pemahaman saya sahaja...
maaf kirenye pendapat dan pemahaman saya ini bercanggah dan menyinggung 
sesiapa...
 
"orang diam apabila kita bercakap, tak bermakna kita betul... mungkin dia 
sedang memikirkan cara bagaimana nak membetulkan kesalahan itu tanpa 
menyinggung perasaan kita"
 
~ ima ~


 
On 2/18/09, KholidAli <KholidAli> wrote:










 
   Puak ni Takbir juga. Yang kat istana tu jadi gitu pasal dah lama yang dok 
keliling pinggang mereka tu adalah orang yang lebih takut 
kepada mereka daripada takut kepada Allah swt. Tak kiralah taraf tok peti kat 
tok kali ka !! Mereka ni mungkin ada yang takbir ? ratusan kali sehari selain 
lima Takbiratulihram bagi setiap solat yang memang wajib dikerjakan lima 
kali sehari. Yang sunat-sunat pun wajib juga sekali takbir, takbir-takbir yang 
lain sunat sahaja. Kalau jumlah mungkin berpuloh/beratus kali. Sama ada yang di 
keliling pinggang atau di keliling negeri mungkin kita boleh bahagikan mereka 
ni kepada dua. Yang pertama kumpulan yang anggap Allah itu besar agaknya besar 
macam kereta besar, rumah besar dan barang-barang lain yang besar-besar 
dari segi fizikal dan saiz. Benda-benda tu mampu buat apa ? Kumpulan yang kedua 
pula adalah mereka yang tahu Allah itu maha besar, keagongan Nya meliputi 
segalanya. Namun mereka rasa cukup lah
 dengan Takbir beberapa kali dalam solat lepas tu apa mereka buat tak ada kena 
mengena dah dengan Allah. Mereka tak kenal dah apa itu perbuatan-perbuatan 
syirik kepada Allah !! Jadi sampai mati pun mulut tetap ngaku beriman ? 
hakikatnya semua itu sangkaan semata-mata.
 
    Lantik ketua atau amir dalam satu-satu kerja/negeri memang satu tuntuan 
dalam Islam tapi yang terlantik secara otomatik sebagai Ketua Agama tapi tahu 
agama sekadar asas saja dan penasihat pula takut nak nasihat yang sebenar tak 
taulah nak salahkan sapa ?? Mungkin yang juru nasihat tu lah kut tak beri 
nasihat yang benar di sisi Allah. Mungkin di akhirat nanti yang masuk neraka 
dulu ialah mereka yang dilantik sebagai penasihat tapi takut untuk beri nasihat 
yang benar dalam soal agama. Di Kelantan dulu agak lama dah kabarnya ada 
seorang penasihat hal-hal agama tapi dia tak takut mu orang besar ka orang 
istana ka dia royak hok betul !! Tapi kebanyakan penasihat-penasihat kepada 
istana hari ini lebih takut kepada "penasihat-penasiha t" yang rakyat pilih 
sebab mereka bersenjatakan keris telanjang. Baru ni yang rakyat tak pilih pun 
mengaku kata mereka dipilih rakyat !! Maka istana sokong dan juru nasihat tu 
pun sokong juga lantik Menteri
 Besar lain cap keris !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Sun, 2/15/09, maur...@yahoo. com <maur...@yahoo. com> wrote:
 
From: maur...@yahoo. com <maur...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Sultan Selangor
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Sunday, February 15, 2009, 7:40 PM









Assalamualaikum,
 
memang betul taat dan hormat kpd sultan adalah satu adat yg tak 
boleh dipisahkan, TAPI
 
kalau pemimpin ( sultan ) tak boleh berlaku adil dlm pemerintahannya macam 
mana? adakah rakyat patut akur dgn ketidakadilan . Sebagai seorang muslim yg 
berpegang kpd Al-Quran dan sunah Rasul - hanya ALLAH yg jadi pemerintah , 
manusia hanya mejalankan dutynya di dunia ini yg tidak kekal. kalau sultan 
selangor nak menegor cuba cermin cara dia yg begitu sosial and cara 
pemerintahan yg secular. PATUTKAH dia layak menjadi pemerintah?? ????????? 
ketua Agama Islam ???????????? cara tak nampak langsung sebagai pemerintah 
islam. nak sokong undang2 islam jauh sekali. bukan kita yg biadap , dia tu yg 
biadap ............ ..biadap dgn manusia terutamanya biadap KEPADA ALLAH. 
TAKBIR, TAKBIR,TAKBIR - ALLAHHAKBAR  

--- On Sat, 14/2/09, abu sa...@yahoo. com <abu sa...@yahoo. com> wrote:
 
From: abu sa...@yahoo. com <abu sa...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Sultan Selangor
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Saturday, 14 February, 2009, 4:53 PM





Sultan Selangor telah mengeluarkan kenyataan mengenai fenomena
di Perak akhir-akhir ini. Di dalam kenyataan tersebut juga ada mengatakan
kebiadapan setengah orang yang cuba mengingkari perintah Sultan Perak.
Ditambah dgn demontrasi jalanan dan menghalang kenderaan Sultan.
 
Tambahan lagi, Sultan Selangor mengatakan " baru kenal mana satu kaca dan
permata " dan " kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar ".
 
Secara peribadi saya menyokong kenyataan Sultan Selangor dan Perak dalam
hal begini. Disebabkan benci sangat dgn BN, Sultan jadi sasaran, walhal strategi
itu datang dari Anwar sendiri ( kenyataan pedas dari KEPAL SINGH ).
Beginilah halnya bila plan tapi berjaya dan akhirnya makan tuan....Cuba ianya 
berjaya
ANWARLAH PEMIMPIN YANG BERKALIBER, ANWARLAH SEPATUTNYA JADI
PM M'SIA DLL.
 
Seperti mana Anwar dalam BN dulu dan jadi kaki ampu Mahatdir, " JIKALAU AWAN
ITU BOLEH DIGUBAH , NAK GUBAH NAMA MAHATDIR DAN DR HASMAH "
Macam tuuleh lebih kurang, ambik petikan dari menteri " PEYERANGAN MALAYSIA"
ketika debat tempohari.
Pepatah Melayu ada menyatakan " BILA SAYANG KENTUT PUN BAU WANGI "
 
Wassallam
 
 
 
 



















      

Kirim email ke