Assalamualaikum
Tuan Puan Budiman

Seorang ibu tua yang saya temui di Terminal Bas selatan Tanahair, sewaktu 
menunggu bas Eagle jam 8.30 mlm ke Kuala Lumpur, berbual sambil bercerita. 
Perbualan yang menyuntik keinsafan, berkisar tentang hati seorang ibu…


"Dah tua-tua begini, kerjanya, susah hati saja nak", katanya pendek.
"Makcik susah hati mengenangkan anak-anak makcik. Anak bongsu makcik jarang 
sangat kirim berita. Dia dah lama di London. Makcik risau sangat tentang dia. 
Dah berkali-kali makcik suruh dia balik, kerja je dekat sini, senang. Tak juga 
dia dengar. Abangnya ada, tapi tak ambil kisah sangat. Dia kerja besar, orang 
besar Universiti. Sibuk sangat dengan kerja dan keluarga dia…  Hidup makcik 
taklah susah, tapi hmm entahlah, makcik pun tak tahu nak cakap macamana. Entah 
esok, entah lusa, makcik tak de".  Ibu tua itu terdiam lama…

Pasti ibu tua itu tidak keseorangan terperosok dalam alunan perasaan 
sedemikian. Tidak sedikit ibu ayah yang sugul, susah hati, kecil hati, terkilan 
akibat seribu satu macam perkara dan peristiwa yang berkait dengan hal 
anak-anak. Anak-anak yang dulunya dididik dengan penuh tanggungjawab, kini 
sudah dewasa. Mereka sudah pun bekerja, ada yang sudah berkeluarga, punya 
isteri, suami dan anak-anak. Mereka sudah miliki kehidupan sendiri. Namun, 
mungkin dek kerana sibuk dengan kerjaya, keluarga dan tuntutan kehidupan kini, 
ada adab-adab terhadap ibubapa yang kita abaikan, ada cacat cela yang tumbuh 
dalam hubungan kita dengan ibu dan ayah. Akibat kealpaan itu, hati dan  
perasaan halus ibu dan ayah mungkin terguris. Tinggallah ibu ayah seakan 
terbiar sepi dan terlonta-lonta membendung perit perasaan yang sukar orang lain 
nak faham.

Rupanya, cabaran ketaatan dan berbuat baik terhadap ibubapa datang lebih hebat 
sewaktu mereka dah tua dan kita dah dewasa dan berkeluarga. Kadang-kadang kita 
terlepas pandang, tak perasan, tak kisah atau rasa semua dah ok. Makan minum 
ada, pakaian semua cukup, tempat tinggal bagus…kira ok dah…Tetapi jauh di sudut 
jiwanya, mungkin ada kekosongan yang tidak terisi dgn perkara makan dan minum, 
mungkin ada nilai kasih sayang dan hormat yang kita abaikan pada mereka…


Bagaimana Sikap Kita?

Ada baik kiranya kita duduk sejenak memikirkan di mana kita dalam soal ini. 
Kita suluh kembali perlakuan dan sikap kita terhadap ibu dan ayah.. Hal ini 
amat penting kerana :



Ia ada hubungkait dengan kebahagiaan dunia dan akhirat kita. Redha Ibubapa 
pintu keredhaan Allah dan Syurga yang penuh kenikmatan itu letaknya di bawah 
tapak kaki ibu.
Kita akan tua juga. Masa berlari pantas, kita akan mengambil usia tua ibu ayah 
dan rentak perasaan orang-orang tua.. Anak-anak akan ambil tempat kita. Kita 
akan lebih faham perasaan ibu ayah bila kita berada d tempat mereka.
Bagaimana kita melayan ibu ayah kita, anak-anak kita tengok saja. Tak payah 
diajar, mereka akan copy semuanya dan install dalam memori mereka. Waktu kita 
dah tua nanti, mereka repeat saja.

Sementara ibu dan ayah masih ada, kita masih belum terlewat, kesempatan ini 
jangan dipersiakan. Bagi ibu ayah yang dah meninggal dunia, ada tuntutan dan 
tanggungjawab yang perlu kita buat…Tegasnya, selagi ada nyawa, ada kesempatan, 
ada kesedaran dan ada kemahuan, inshaAllah, kita boleh usahakan sesuatu…


Wasalam
Hub Islami

P/S
Renungilah bingkisan penting ini dengan lebih jelas melalui Buku Wahai Ibu! 
Wahai Ayah!,
Ia menceritakan segalanya tentang ibubapa dan kita, menurut kacamata Islam.


Sila Klik Link Di bawah untuk Naskah Wahai Ibu! Wahai Ayah!
http://www.hubislam i.info/promosi- buku-2.html




      

Kirim email ke