sebenarnya terjadi kpd diri saya.. semenjak 3 tahun umur perkahwinan saya dgn 
sorang anak mami saya jarang dapat balik hujung minggu dan bermalam di rumah 
ibu bapa saya sendiri... bila sebut je nak balik seribu satu alasan dia bagi.. 
kena OT hujung minggu lah... ada hal opis kena settle lah dsbnya..  ada saja 
alasan diberi semacam tak suka pada keluarga saya.. lebih2 lagi lah 
adik-beradik saya lagi2lah dia tak suka.. entah apalah sebabnya...
 
time hari raya jgn cakap lah.. tahun pertama perkahwinan saya beralah... kedua2 
hari raya AidilAdha & Aidilfitri dirayakan di rumah ibubapanya...  nasib 
baiklah saya bertegas selepas perang mulut dgn dia dan ibunya (yg suka 'cucuk' 
anaknya tu, bapaknya bagai dicuk hidung mengikut saja cakap si mak walaupun tak 
betul, even saya pernah dengar dia suruh anaknya (isteri saya ni) melawan cakap 
saya..apa punya mak ntah la.. pada saya kalau saya suruh buat yg berlawan dgn 
agama barulah boleh tentang..kalau tak berlawan kena ikutlah) selepas 
'berperang mulut' dgn mak mertua saya ni, maka saya dapat selang selikan 
sambutan hari raya.. raya puasa tahun ini giliran di kg saya.. dan raya haji di 
rmh ibubapa dia..mcmana pun selama menyambut di rumah ibu bapa saya dia takkan 
mahu duduk lebih dari sehari... tghari hari raya dah nak balik rumah makpak 
nya..  selama 3 tahun berkahwin tak pernah dia mahu tidur lebih dari 2 malam di 
rumah ibubapa saya... kalau dilawan
 diugutnya saya utk lari bersama anak tinggalkan saya terus...   sebenarnya 
sudah beratus kali rasanya dia minta 'dilepaskan' setiap kali berperang 
mulut... entah apalah sebabnya... saya dapat rasa pertamanya sebab saya bukan 
berpangkat besar atau 'berduit' / 'poket tebal' orangnya... keduanya saya 
tidaklah punya penampilan menarik sebagaimana bekas2 pakwe dia sebelum ni 
kot..  ikutkan hati rasa nak putus asa saja.. tapi saya tetap fikirkan satu2nya 
masa depan anak... itu baru sorang anak...  saya pun rasa taknak dah tambah 
anak... melihatkan sikap dia yg selalu melepaskan kerja2 menjaga anak kpd 
saya... kalau anak buang air besar sayalah yg dicari..berak anak selama setahun 
dua ni boleh kira berapa kali dia basuh...saya tak pernah merungut apa jua 
kerja2 rumah yg saya tolong.... tapi dah hampir semuanya jadi kerja saya..
 
dan pernah beberapa kali dia keje overtime hujung minggu tapi balik sampai 
pukul 1-2 pagi, saya syak dia pernah keluar dgn seseorang (lelaki) apabila dia 
beritahu saya yg dia singgah lepak dirumah sepupunya.. apabila saya guna 
'friend finder Maxis' yg kami pernah sama2 setuju utk set kan, saya dapati dia 
bukan berada dirumah sepupunya tapi berada di tempat yg lain... bila saya 
tanya, saya pula yg dimarahinya...
bila time smbhyg..disuruh sembahyang buat tak reti saja.. disuruh pakai tudung 
betul2..buat tak tahu saja.. nak bagi juga org lain nampak..lebih suka pakai 
selendang jarangnya tu..
 
Hari2 lepas smbhyg saya berdoa 'Allahumma hablana min azwajina wazurriyatina 
qurrata a'yun, waj alna lil muttaqiina imama'.. Moga suatu hari Allah menangkan 
saya dan tunjukkan jalanNya kpd isteri saya ni seterusnya menangkan kebaikan 
atas keburukan.. hari2 lepas sembhyg saya mengadu kpd Allah.. lambat benarkah 
pertolongan Allah ini.. aku sabar atas dugaan Mu ya Allah.. kabulkanlah doaku 
ini..
 
teringin saya mengakhiri derita hati saya ni..  dan berbakti kpd ibubapa saya 
yg telah tua dan bahagiakan sisa hidup mereka itu... (even mereka pun tak 
berapa suka sgt dgn perkahwinan saya ini sebabnya mereka sangat terasa dgn 
sikap bisan mereka yg memandang rendah dan lekeh keluarga saya, selama 3 tahun 
perkahwinan ni tak pernah barang sekali berkunjung ke rumah bisan mereka 
walaupun kalau ke KL akan melalui jalan yg sama.. betapa egonya ibu mertua saya 
nih... saya jgn kiralah sudah banyak kali dihinanya...) rasa nak lepaskan saja 
derita saya nih..... sebab masa saya utk berbakti kpd keduanya makin suntuk dan 
sebab tanpa redha mereka, ke Neraka lah saya.. wal'iyazubillah..
 
skrg saya masih tunggu Allah mengubah hati isteri dan mertua saya menjadi 
baik... amin ya Allah.. mungkin saya terpaksa setkan masa kalau setahun dua 
lagi tak berubah.....
 




________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, February 26, 2009 16:52:50
Subject: Help Palestine [hidayahnet] [hidayahnet] Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah 
Kita?


Assalamualaikum
Tuan Puan Budiman

Seorang ibu tua yang saya temui di Terminal Bas selatan Tanahair, sewaktu 
menunggu bas Eagle jam 8.30 mlm ke Kuala Lumpur, berbual sambil bercerita. 
Perbualan yang menyuntik keinsafan, berkisar tentang hati seorang ibu…


"Dah tua-tua begini, kerjanya, susah hati saja nak", katanya pendek.
"Makcik susah hati mengenangkan anak-anak makcik. Anak bongsu makcik jarang 
sangat kirim berita. Dia dah lama di London. Makcik risau sangat tentang dia. 
Dah berkali-kali makcik suruh dia balik, kerja je dekat sini, senang. Tak juga 
dia dengar. Abangnya ada, tapi tak ambil kisah sangat. Dia kerja besar, orang 
besar Universiti. Sibuk sangat dengan kerja dan keluarga dia…  Hidup makcik 
taklah susah, tapi hmm entahlah, makcik pun tak tahu nak cakap macamana. Entah 
esok, entah lusa, makcik tak de".  Ibu tua itu terdiam lama…

Pasti ibu tua itu tidak keseorangan terperosok dalam alunan perasaan 
sedemikian. Tidak sedikit ibu ayah yang sugul, susah hati, kecil hati, terkilan 
akibat seribu satu macam perkara dan peristiwa yang berkait dengan hal 
anak-anak. Anak-anak yang dulunya dididik dengan penuh tanggungjawab, kini 
sudah dewasa. Mereka sudah pun bekerja, ada yang sudah berkeluarga, punya 
isteri, suami dan anak-anak. Mereka sudah miliki kehidupan sendiri. Namun, 
mungkin dek kerana sibuk dengan kerjaya, keluarga dan tuntutan kehidupan kini, 
ada adab-adab terhadap ibubapa yang kita abaikan, ada cacat cela yang tumbuh 
dalam hubungan kita dengan ibu dan ayah. Akibat kealpaan itu, hati dan  
perasaan halus ibu dan ayah mungkin terguris. Tinggallah ibu ayah seakan 
terbiar sepi dan terlonta-lonta membendung perit perasaan yang sukar orang lain 
nak faham.

Rupanya, cabaran ketaatan dan berbuat baik terhadap ibubapa datang lebih hebat 
sewaktu mereka dah tua dan kita dah dewasa dan berkeluarga. Kadang-kadang kita 
terlepas pandang, tak perasan, tak kisah atau rasa semua dah ok. Makan minum 
ada, pakaian semua cukup, tempat tinggal bagus…kira ok dah…Tetapi jauh di sudut 
jiwanya, mungkin ada kekosongan yang tidak terisi dgn perkara makan dan minum, 
mungkin ada nilai kasih sayang dan hormat yang kita abaikan pada mereka…


Bagaimana Sikap Kita?

Ada baik kiranya kita duduk sejenak memikirkan di mana kita dalam soal ini. 
Kita suluh kembali perlakuan dan sikap kita terhadap ibu dan ayah.. Hal ini 
amat penting kerana :


        1. Ia ada hubungkait dengan kebahagiaan dunia dan akhirat kita. Redha 
Ibubapa pintu keredhaan Allah dan Syurga yang penuh kenikmatan itu letaknya di 
bawah tapak kaki ibu.
        2. Kita akan tua juga. Masa berlari pantas, kita akan mengambil usia 
tua ibu ayah dan rentak perasaan orang-orang tua.. Anak-anak akan ambil tempat 
kita. Kita akan lebih faham perasaan ibu ayah bila kita berada d tempat mereka.
        3. Bagaimana kita melayan ibu ayah kita, anak-anak kita tengok saja. 
Tak payah diajar, mereka akan copy semuanya dan install dalam memori mereka. 
Waktu kita dah tua nanti, mereka repeat saja.
Sementara ibu dan ayah masih ada, kita masih belum terlewat, kesempatan ini 
jangan dipersiakan. Bagi ibu ayah yang dah meninggal dunia, ada tuntutan dan 
tanggungjawab yang perlu kita buat…Tegasnya, selagi ada nyawa, ada kesempatan, 
ada kesedaran dan ada kemahuan, inshaAllah, kita boleh usahakan sesuatu…


Wasalam
Hub Islami

P/S
Renungilah bingkisan penting ini dengan lebih jelas melalui Buku Wahai Ibu! 
Wahai Ayah!,
Ia menceritakan segalanya tentang ibubapa dan kita, menurut kacamata Islam.

Sila Klik Link Di bawah untuk Naskah Wahai Ibu! Wahai Ayah!
http://www.hubislam i.info/promosi- buku-2.html






      New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke