Assalamualaikum w.b.t…..


Sedar tak sedar, kita telah memasuki bulan Rabiul Awal yang mana di
dalamnya terdapat peristiwa penting di dalamnya. Kita sebagai umat
Islam, sememangnya mengetahui pada salah satu tarikh dalam bulan ini
akan ada sambutan tertentu pada bulan ini. Sambutan apakah ia? Saya
yakin setiap dari anda mengetahui jawapannya…yakni Sambutan
Maulidurrasul yang disambut oleh seluruh umat Islam di merata dunia.

Ada orang kata sambutan ini merupakan bid'ah(tambahan dalam agama). Ada
yang mengatakan ianya bid'ah hasanah dan lain-lain lagi yang mereka
kata. Kenapa? Hal ini kerana sambutan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi
dan para Sahabat serta generasi salafussoleh(3 kurun generasi selepas
zaman Nabi). Bagi penulis (setelah mendengar beberapa pendapat yang
lain), penulis menyatakan amat PERLU diadakan majlis seumpama ini.
Mengapa? Berikut sedikit hujah yang dapat penulis simpulkan untuk
sama-sama kita fikirkan…



    1. Kita perlu ketahui kenapa para sahabat dan generasi salafussoleh
tidak merayakan sambutan maulidurrasul. Sebabnya kerana mereka amat
dekat masa mereka dengan Nabi. Jesteru, rasa kasih dan cinta mereka
lebih 'power' berbanding diri kita ini. Yang mana kita terpisah zaman
dengan nabi lebih kurang 1400 tahun yang lalu.
    2. Selain itu, para sahabat dan generasi salafussoleh merupakan
golongan yang banyak menguasai ilmu-ilmu yang diajarkan daripada Nabi
sendiri. Lihatlah sendiri berapa banyaknya hadis yang mereka hafal,
mereka mampu mengeluarkan fatwa yang sesuai pada zaman mereka, mereka
ketahui sirah nabi dengan terperinci dan lain-lain lagi. Contohnya Abu
Hurairah, Imam Bukhari dll. Nak dibandingkan dengan kita, hadis berapa
keratlah sangat yang kita hafal dan lain-lain lagi ilmu yang kita miliki
terlalu jauh bezanya dengan generasi terdahulu.
    3. Jika tiadanya majlis maulidurrasul, mungkin kebanyakan masyarakat
akan lupa mengenang kembali akan perjuangan Rasulullah s.a.w.

Jadi dengan beberapa hujah ana yang agak lemah ini, ana mengatakan amat
PERLU untuk kita merayakan sambutan Maulidurrasul ini. Namun
pengisiannya perlulah digariskan dengan betul supaya kita tidak
menyambutnya sekadar ia sebagai satu rutin yang kita ulangi saban tahun.

  Amat rugilah, kalau kita sekadar berarak ke sana ke mari namun tiada
apa pun kesan di hati kita dengan sambutan ini.

Amat rugilah, kalau kita sekadar duduk di rumah, menonton TV menyaksikan
sambutan Maulidurrasul secara langsung di TV1 namun tiada rasa apa-apa
di hati kita.(ni antara yang penulis buat dululah ini…huhu)

  Amat rugilah kalau kita terlibat dalam sambutan maulidurrasul,
berselawat dan bernasyid bersama-sama dan mendengar ucapan-ucapan dari
para ustaz namun tiada kesan apa-apa di hati kita.

  Oleh itu, mari kita bermuhasabah bersama…

  Jadi, penulis ingin mengajak anda semua bersama-sama dengan penulis
untuk kita melaksanakan projek mencintai Nabi sempena bulan Rabiul Awal
ini.

  (tema dan objektif di bawah di ceduk daripada program sambutan
maulidurrasul yang dibuat di bumi mesir ini)

   Tema: Menghayati roh perjuangan Rasulullah s.a.w.

  Objektif:

    1.  Menhayati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
    2.   Tanam rasa cinta terhadap Nabi s.a.w
    3.  Mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam setiap bidang aspek kehidupan.

  Projek ini berkisar kepada 2 aspek:-

  1-Diri sendiri

    * baca kembali sirah nabi dan hayati bagaimana perjuangan Nabi dan
para sahabat dalam menyampaikan Islam pada diri kita. Hadamkan dan
contohi..
    * Cuba menghafal seberapa banyak hadis nabi dan mengamalkannya
    * Mencontohi peribadi Nabi dalam setiap aspek kehidupan. Jadikan Nabi
kita sebagai idola kita. Perhatikan bagaimana akhlak Nabi sebagai
seorang ayah, anak, suami, ketua negara, menantu, sahabat dan lain2.
    * Amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita seperti baca doa sblm dan
slps makan, doa tidur,doa masuk rumah dan keluar, doa naik kenderaan,
Al-Ma'thurat dan pelbagai lagi sunnah yang ada. (Perlu rajin baca dan
cari ini)




2-Orang lain


    * Sampaikan kepada rakan2, teman dan taulan akan kewajipan kita
mencintai Nabi. Hidupkan suasana saling memperingatkan antara satu sama
lain sebagaimana Nabi memperingatkan sahabat2nya.
    * Berkongsi dengan orang lain, apa yang berkaitan dengan Nabi, cerita
sirah nabi, tulis kat blog/wordpress berkaitan Nabi, beri hadiah atau
bookmark yang menyebabkan apabila sahabat kita pandang benda tersebut,
secara serta-merta akan teringat nabi. Ikutlah kreativiti masing2 macam
mana. Buat video ke, sajak ke, nasyid ke, wallpaper ke(sekadar beberapa
cadangan)
    * Ajak baca doa berjemaah..baca doa sblm makan ke, doa naik kenderaan
ke dan lain-lain..
    * Buat sambutan maulidurrasul yang mampu memberi kesan yang lebih
hebat kepada yang menyertainya supaya lebih mencintai Nabi. Bagaimana?
Fikirkanlah sendiri..hehe…

Jadi itulah dia beberapa projek yang boleh kita lakukan untuk menanamkan
lagi rasa cinta kita kepada Nabi dan jesteru mencontohi beliau dalam
setiap aspek kehidupan. Selamat Beramal!!

Kirim email ke