Salam,
Maaf saya nak mencelah sikit di sini. Yang paling utama ialah melakukan apa 
yang Nabi Muhammad SAW suruh dan tinggalkan apa yang baginda tegah sepertimana 
yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis2 baginda, bukannya setiap tahun 
berarak, kemudian berucap panjang2, dengan berbagai tema setiap tahun, tapi 
tiada tindakan yang dibuat untuk memertabatkan Islam dan orang Islam di 
Malaysia. Sepatutnya mesti ada visi, misi dan sasaran yang dibuat setiap tahun 
di samping berarak, apa yang hendak dicapai, contonya 5 tahun, 10 tahun, 100 
tahun akan datang , dan juga selama2nya. Klau setiap tahun berarak, tapi tiada 
misi dan visi, tengok lah apa yang berlaku sekarang kepada umat islam di tempat 
kita, dah la lemah, kuantiti pun tak bertambah, fikir2 kan lah. Sepatutnya visi 
dan target kita sebagai umat islam adalah menjadikan islam sebagai Ad-din 
bermula dari pemerintah, barulah rakyat bawahan mendapat rahmat. Bukannya 
setiap tahun berarak saje,
Wassalam

--- On Sun, 8/3/09, Hanif Bin Mohamad [email protected] <Hanif Bin Mohamad 
[email protected]> wrote:

From: Hanif Bin Mohamad [email protected] <Hanif Bin Mohamad [email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Jom Sertai!! Projek Cintakan Nabi..
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Sunday, 8 March, 2009, 11:24 PM







Assalamualaikum w.b.t…..
 
Sedar tak sedar, kita telah memasuki bulan Rabiul Awal yang mana di dalamnya 
terdapat peristiwa penting di dalamnya. Kita sebagai umat Islam, sememangnya 
mengetahui pada salah satu tarikh dalam bulan ini akan ada sambutan tertentu 
pada bulan ini. Sambutan apakah ia? Saya yakin setiap dari anda mengetahui 
jawapannya…yakni Sambutan Maulidurrasul yang disambut oleh seluruh umat Islam 
di merata dunia.
Ada orang kata sambutan ini merupakan bid'ah(tambahan dalam agama). Ada yang 
mengatakan ianya bid'ah hasanah dan lain-lain lagi yang mereka kata. Kenapa? 
Hal ini kerana sambutan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi dan para Sahabat 
serta generasi salafussoleh(3 kurun generasi selepas zaman Nabi). Bagi penulis 
(setelah mendengar beberapa pendapat yang lain), penulis menyatakan amat PERLU 
diadakan majlis seumpama ini. Mengapa? Berikut sedikit hujah yang dapat penulis 
simpulkan untuk sama-sama kita fikirkan…
 

Kita perlu ketahui kenapa para sahabat dan generasi salafussoleh tidak 
merayakan sambutan maulidurrasul. Sebabnya kerana mereka amat dekat masa mereka 
dengan Nabi. Jesteru, rasa kasih dan cinta mereka lebih 'power' berbanding diri 
kita ini. Yang mana kita terpisah zaman dengan nabi lebih kurang 1400 tahun 
yang lalu. 
Selain itu, para sahabat dan generasi salafussoleh merupakan golongan yang 
banyak menguasai ilmu-ilmu yang diajarkan daripada Nabi sendiri. Lihatlah 
sendiri berapa banyaknya hadis yang mereka hafal, mereka mampu mengeluarkan 
fatwa yang sesuai pada zaman mereka, mereka ketahui sirah nabi dengan 
terperinci dan lain-lain lagi. Contohnya Abu Hurairah, Imam Bukhari dll. Nak 
dibandingkan dengan kita, hadis berapa keratlah sangat yang kita hafal dan 
lain-lain lagi ilmu yang kita miliki terlalu jauh bezanya dengan generasi 
terdahulu.
Jika tiadanya majlis maulidurrasul, mungkin kebanyakan masyarakat akan lupa 
mengenang kembali akan perjuangan Rasulullah s.a.w. 
Jadi dengan beberapa hujah ana yang agak lemah ini, ana mengatakan amat PERLU 
untuk kita merayakan sambutan Maulidurrasul ini. Namun pengisiannya perlulah 
digariskan dengan betul supaya kita tidak menyambutnya sekadar ia sebagai satu 
rutin yang kita ulangi saban tahun.
 Amat rugilah, kalau kita sekadar berarak ke sana ke mari namun tiada apa pun 
kesan di hati kita dengan sambutan ini.
Amat rugilah, kalau kita sekadar duduk di rumah, menonton TV menyaksikan 
sambutan Maulidurrasul secara langsung di TV1 namun tiada rasa apa-apa di hati 
kita.(ni antara yang penulis buat dululah ini…huhu)
 Amat rugilah kalau kita terlibat dalam sambutan maulidurrasul, berselawat dan 
bernasyid bersama-sama dan mendengar ucapan-ucapan dari para ustaz namun tiada 
kesan apa-apa di hati kita.
 Oleh itu, mari kita bermuhasabah bersama…
 Jadi, penulis ingin mengajak anda semua bersama-sama dengan penulis untuk kita 
melaksanakan projek mencintai Nabi sempena bulan Rabiul Awal ini.
 (tema dan objektif di bawah di ceduk daripada program sambutan maulidurrasul 
yang dibuat di bumi mesir ini)
  Tema: Menghayati roh perjuangan Rasulullah s.a.w.
 Objektif:


Menhayati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

 Tanam rasa cinta terhadap Nabi s.a.w

Mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam setiap bidang aspek kehidupan.
 Projek ini berkisar kepada 2 aspek:-
 1-Diri sendiri

baca kembali sirah nabi dan hayati bagaimana perjuangan Nabi dan para sahabat 
dalam menyampaikan Islam pada diri kita. Hadamkan dan contohi..
Cuba menghafal seberapa banyak hadis nabi dan mengamalkannya
Mencontohi peribadi Nabi dalam setiap aspek kehidupan. Jadikan Nabi kita 
sebagai idola kita. Perhatikan bagaimana akhlak Nabi sebagai seorang ayah, 
anak, suami, ketua negara, menantu, sahabat dan lain2. 
Amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita seperti baca doa sblm dan slps makan, 
doa tidur,doa masuk rumah dan keluar, doa naik kenderaan, Al-Ma'thurat dan 
pelbagai lagi sunnah yang ada. (Perlu rajin baca dan cari ini)

 
2-Orang lain
 Sampaikan kepada rakan2, teman dan taulan akan kewajipan kita mencintai Nabi. 
Hidupkan suasana saling memperingatkan antara satu sama lain sebagaimana Nabi 
memperingatkan sahabat2nya. Berkongsi dengan orang lain, apa yang berkaitan 
dengan Nabi, cerita sirah nabi, tulis kat blog/wordpress berkaitan Nabi, beri 
hadiah atau bookmark yang menyebabkan apabila sahabat kita pandang benda 
tersebut, secara serta-merta akan teringat nabi. Ikutlah kreativiti masing2 
macam mana. Buat video ke, sajak ke, nasyid ke, wallpaper ke(sekadar beberapa 
cadangan) Ajak baca doa berjemaah..baca doa sblm makan ke, doa naik kenderaan 
ke dan lain-lain.. Buat sambutan maulidurrasul yang mampu memberi kesan yang 
lebih hebat kepada yang menyertainya supaya lebih mencintai Nabi. Bagaimana? 
Fikirkanlah sendiri..hehe…
Jadi itulah dia beberapa projek yang boleh kita lakukan untuk menanamkan lagi 
rasa cinta kita kepada Nabi dan jesteru mencontohi beliau dalam setiap aspek 
kehidupan. Selamat Beramal!!















      

Kirim email ke