Curi Kenderaan
Tempat di mana kecurian kerap berlaku
Tempat letak kereta awam Kompleks membeli-belah Di hadapan rumah, tepi jalan
raya Tempat letak kereta di hotel-hotel
Faktor berlaku kecurian
Tidak dikunci Tiada kunci tambahan Meletakkan di tempat yang terpencil atau
gelap pada waktu malam Meninggalkan barang berharga di motosikal
Bagaimana mencegah kecurian kereta
Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik Memasang
kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta
sentiasa dikunci Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada
waktu malam letak di tempat yang terang berlampu Pastikan anda berhati-hati
supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk
diservis Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta Adalah lebih baik untuk
menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting') Bersiap sedia
dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.Elakkan meletak kenderaan
bersebelahan
dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini
memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)
Bagaimana mencegah kecurian motosikal
Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.Pastikan anda mengunci motosikal ketika
meninggalkannya. Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam
letak di tempat yang terang/berlampu. Rantai dan kunci tambahan adalah penting
untuk mengelakkan motosikal dari dicuri. Pasangkan alat penggera kecurian
motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang
jelas dilihat.
capaian kat http://www.rmp.gov.my/
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN (KAD KREDIT)
BANK ISLAM, BANK RAKYAT, EONBANK & MAYBANK ISLAMIC IKHWAN CARD
019 - 363 5331