Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.
HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera
masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap
keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan
pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka
sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul
Karim)PANDANGAN ULAMA TAFSIR
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang
masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus
sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes
zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes
zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh
mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala
dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka
lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan
perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina
iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan
penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi
penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut
Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah
bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada
tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh
dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah
orang-orang Islam”
Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan
hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh
Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan
sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh
Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad
mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”
Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan
pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran
keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada
orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya
penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan
yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah
berkata Qatadah:
"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman
untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk
memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".
Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam
Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka,
adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat
jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh
dikenali baginya.
PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia
itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah
kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu
sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud
antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua
kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan
kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan
yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin
jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi
mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman
sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa
nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang
kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan
kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang
sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan
tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat
mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang
paling mujarab bagi manusia jenis ini.
HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang
kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV
selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan
menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan
akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi
dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom
Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan
syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi
meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang
daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk
dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang
penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh
daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV
AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus
AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan
mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang
yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih
banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan
sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada
virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik
bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan
pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang
sama.
IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan
sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang
terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang
terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata
ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel
asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah
merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan
bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau
tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme
tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara
tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan
badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan
(undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan
dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang
asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan
penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang
menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi
tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh
Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua
unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh
memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang
pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan
biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh
merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang
mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang
menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang
keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal
manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan
manusia itu sendiri.
HIKMAH MANDI WAJIB
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat
banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan
berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas
melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan
menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila
ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika
daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan
menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah
sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh
badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan,
minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub
adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini
telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang
haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi
terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia
akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia
daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam
keadaan bersih dan sihat.
TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis
penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang?
Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam
badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati
kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi
didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila
dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan
osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati
kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL