http://buku2008.wordpress.com/ 
 
 
MELAYU mutakhir ini sebenarnya haprak. Haprak pada agama Islamnya dan lebih 
haprak lagi terhadap keturunannya sendiri.
Mereka bertelagah dalam agama, hanyut dalam hawa nafsu, tenggelam dalam arus 
kemodenan hingga akhirnya terkapai di daratan kemakmuran.
Semuanya kerana fenomena kurang Islamik, jarang berfikir dan malas berzikir 
tetapi mudah jadi pak turut kerana ralit bertauhid tapi gah dengan segala macam 
kemungkaran.
Malah ramai mualim Melayu yang agak pantas mencorak akal untuk menggerak 
fizikal dengan menjana ilusi melalui program realiti, tetapi terlalu sedikit 
murabbi dalam membentuk rohani untuk mencanang hati insani merealitikan Islamik.
Itu antara perkara menarik untuk ditelusuri dalam buku terbaru terbitan Telaga 
Biru hasil garapan penulis, Pahrol Mohamad Juoi dalam buku berjudul Dilema 
Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir? terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jika anda anak dan bangsa Melayu, buku ini bagus ditelaah untuk kita berfikir, 
merenung dan menilai diri sendiri mengenai siapa kita dan di mana serta ke mana 
Melayu sebenarnya.
Sebab apabila bertambah ramai yang tidak kenal dirinya adalah Melayu, dengan 
mudah bangsa asal Tanah Melayu yang mendominasi nusantara mudah dipermain dan 
diperlekehkan bangsa kaum ‘pendatang’.
Namun apakah benar anda Melayu? Betulkah pula Islam adalah agama kepercayaan 
dan pegangan orang Melayu dan bagaimana dengan agenda politik dan ekonomi?
Pahrol melalui Dilema Melayu - Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir menyoroti 
fenomena itu dalam kepelbagaian sudut melalui analisis perkembangan politik 
kontemporari daripada kaca matanya secara bebas.
Cuba berfalsafah bagi menyedarkan orang Melayu melalui tulisan berkonsep 
analisis, buku ini sebenarnya agak mudah, ceria dan bersantai tetapi menusuk 
hati melalui ayat-ayat pendek namun padat yang disusunkan dalam 39 bab.
Boleh dikategorikan dalam kelas buku motivasi, pendekatan tulisan Pahrol 
bagaimanapun tidak ubah cedokan daripada buku tazkirah tersohor Arab yang telah 
diterjemahkan ke pelbagai bahasa iaitu buku La Tahzan atau Jangan Bersedih.
Untuk menilai sendiri, elok anda dapatkan buku ini yang dijual pada harga RM30 
senaskah di pasaran sekarang. - sumber Utusan Malaysia, 5th Dec 2008
 
Untuk Tempahan :-
 
Mohd Suhaizi Kadir 
H/phone 019-6027183 @ 016-2251483
email [email protected]
Maybank  164155 54653 3
 
HARGA BUKU: RM30.00
KosPos : RM4.00
 
Total : RM 34.00


      

Kirim email ke