Buat para suami yang memiliki isteri dan anak-anak;
Buat para bapa yang mengaku sayang pada darah daging mereka.
Isteri dan anak-anak adalah anugerah Allah didunia ini yang tidak ternilai
dengan apa-apa pun…
Seorang perempuan yang sah bergelar isteri tatkala anda melalui saat ijab dan
Kabul, maka dia telah menjadi tanggungjawab yang Allah berikan kepada kamu
untuk melindungi dan menjaganya..
Ketahuilah kamu wahai sang suami, Mulianya seorang yang bergelar isteri disisi
Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada mu,keluarga dan
anak-anak..
Wahai ayahku…kami anak-anakmu…
Wahai ayah..bukankah kamu diberi tanggungjawab besar menerima amanah yang
diberikan oleh Allah kepadamu saat aku lahir dari rahim ibuku, isteri kepadamu
wahai ayah…
Sembilan bulan ibu bersusah payah ibu mengandungkan aku, menjadi perantara
untuk menyampaikan amanah Allah buatmu ayah..sanggup melalui saat2 getir
diwaktu kewujudanku dalam rahimnya, pening dan loya tidak menjadi beban
kepadanya.. malah ibu terlalu gembira..kerana dapat melahirkan zuriatmu wahai
ayah..
Tapi ayahku…Sayangkah kamu padaku?
Sayangkah kamu pada ibu yang mengandungkanku iaitu zuriatmu ayah?
Tiap hari kamu menyedut batang putih yang aku tidak tahu untuk apa…
Wahai ayahku…apakah kamu tahu, asap yang dihembuskan olehmu adalah lebih
beracun dari-pada asap yang dihisap olehmu sendiri. Tahukah kamu kadar bahan
kimia yang dihembuskan adalah berlipat kali ganda berbanding dengan yang
dihisap olehmu..
Kamu membiarkan kami menjadi perokok pasif.. mungkin kamu tidak sedar, walaupun
kami tidak menghisap batang putih itu, tapi kami yang lebih cepat akan
meninggalkanmu..
Tidak sayangkah kamu pada kami? Tidak sayangkah kamu pada ibuku, isterimu?
Kamu biarkan kami terdedah pada kanser paru-paru..kamu biarkan kami untuk sakit
strok…apakah kamu xkisah lihat ibu dan aku menghidap asma? apakah kamu tak rasa
apa2 jikalau aku dan ibu terlantar sakit?
Ibu sanggup menggadaikan nyawa utk melahirkanku..tp ayah..kamu tega
menggadaikan nyawaku dan ibu demi benda yang kamu suka…sayangkah itu wahai ayah…
Wahai ayahku, tidakkah kamu tahu, setiap sedutan asap yang kamu hembuskan
mengandungi jumlah kandungan racun pada peratusan yang jauh lebih tinggi
berbanding dengan asap yang kamu disedut terus dari batang itu..
Kamu racuni kami wahai ayah, kamu membunuh kami perlahan2…apakah kami terlalu
membebankanmu?
Wahai ayah…adakah kawan-kawanmu juga membenciku dan ibuku? Kenapa mereka pun
sama sepertimu…
Uncle…!!Uncle…!!!jangan racuniku!!!jangan racuni ibuku!!! Jangan biarkan ibu
menyedut racun itu…Ibu!!!!!!!!!!! Selamatkan dirimu…Lindungi aku…
Ayah…Bukankah kamu sepatutnya melindungi kami? Bukankah kami amanah Allah
untukmu..apakah kami menjadi beban padamu?
Cukuplah ayah…cukuplah kamu meracuni kami…kami akan pergi…
Wahai ibuku..ayah tidak perlukan kita lagi ibu…ayah tidak menginginkan kita
disisinya.. ayah halau aku dan ibu perlahan-lahan..
Ayah tidak mahu lagi mendengar gelak tawaku..ayah tidak ingin ibu di matanya
lagi..
Ibu…tatkala kini, aku dan dirimu bersabung nyawa..akibat perbuatan seorang
insan bergelar ayah dan suami…genggam eratlah tangan anakmu ini,biarlah kita
pergi menghadap Ilahi…
Wahai ayah…semoga dengan ketiadaan kami, kamu akan berbahagia…tiada lagi
bebanan untukmu…kami sayang kamu wahai ayah…terima kasih kerana sudi
mengizinkan aku menatap wajahmu walaupun seketika…terima kasih ayahku kerana
sudi membenarkan ibu menumpang kasihmu…aku dan ibu bahagia kerana pernah
menjadi seseorang dalam hidupmu…
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/