Bagi saya gantungan permit ke atas dua akhbar tersebut sempena pilihanraya kecil di tiga kawasan sekarang. Memang jelas permit untuk ceramah tidak akan diberi kepada pembangkang, maka dengan penggantungan dan halangan kepada dua akhbar berkenaan jelas bahawa pembangkang tidak ada lagi saluran untuk kempen pilihanraya kecil tersebut. Kezaliman telah nyata sekali. Belum menjadi orang nombor satu Negara telah ada tanda-tanda kezaliman yang akan dilakukan. Maka insaflah wahai rakyat Malaysia bersedialah menghadapi bencana hidup kalian setelah pemimpin berkenaan memegang tampuk pimpinan Negara. Pohonlah kepada Allah swt dengan bersembahyang hajat beramai-ramai muga-muga Allah swt selamatkan umat Malaysia daripada bencana yang mendatang. Ingatlah hidup mati kita di tangan Allah swt. Berserahlah kepada Allah swt kerena Allah swt sajalah yang boleh membantu kita. Kekuasa Fir'aun dan Namrod ditumbang oleh Allah swt. Fir'aun ditenggelamkan kedalam laut dan Namrod digigit oleh nyamok. Iktibarlah dengan peristewa tersebut sesungguhnya semua pergerakan di 'Alam ini adalah gerakan dan keizinan dari Allah swt sahaja. wasssalam.
From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Najib is coming: harakah/suara keadilan digantung. To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Monday, March 23, 2009, 1:11 PM Selamat datang ke kepimpinan baru junjungan umno. Naji.. brutal, decisive, ganas, zalim, sedia membunuh ... matlamat menghalalkan cara . Harakah digantung tiga bulan Harakahdaily Mon | Mar 23, 09 | 6:55:54 pm MYT KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Iklan Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak. Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini. Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta. "Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta, " surat KDN dipetik. - azm Salam Perjuangan hamdy 013 3696712 www. rancanghidup. blogspot. com Buku Saya: Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2 RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2 boleh didapati - MPH--sila tanya - Petaling Jaya- Kedai buku Uni Malaya (UM) - Bangi - Kedai buku kampus UKM Bangi - Cheras - Kedai Buku HUKM - Serdang - Kedai buku UPM Serdang - Selayang - Popular Book Store - Chowkit-Hosp Tawakkal - Kedai Buku Nufair Street Buku Lain Hidup Tanpa Suami 1 Roha Hassan RM 12 + RM4. (tinggal 2) Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam Hj Nicholas Slyvester RM 22+RM3 Bagi Penjual;Sila contact: Crescent News (KL) Sdn Bhd, Tel 03-61842448 kenapa tidak mengembangkan amal jariah anda dengan fwd artikel2 saya yang anda bersetuju dengan artikel itu.
