KEMPEN MENJADI SUKARELAWAN YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN 

Perkhidmatan Sukarelawan YKSNS diperlukan dalam urusan kemasyarakatan, seperti 
kenduri kendara, urusan pengebumian jenazah tanpa waris, pengurusan individu ' 
sebatang kara ', urusan-urusan keagamaan dan sebagainya.

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan memberi latihan-latihan kemahiran 
interpersonal, intra personal, Pertolongan Cemas, Pengurusan Krisis, Pengurusan 
Konflik meliputi pelbagai bidang supaya mudah bagi sukarelawan menjalankan 
tugas-tugas berkaitan.

Mereka yang berminat diminta emelkan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No 
Tel kepada [email protected]  . 

Borang Permohonan yang lengkap diisi berserta dengan 2 keping gambar ukuran 
paspot dan salinan kad pengenalan hendaklah dihantar ke No. 22 A Jalan 
Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Yuran Tahunan Sukarelawan ialah RM 30.00 hendaklah dimasukkan dalam Akaun YKSNS 
BIMB 05021010019276. 

Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan 
tidak mempunyai rekod jenayah.

Maklumat lanjut di 
http://yksn9.blogspot.com/2009/03/kempen-merekrut-sukarelawan-yayasan.html 

Maklumat lanjut mengenai Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan di 
http://yksn9.blogspot.com dan http://yksns.blogspot.com 



      

Kirim email ke