Sambungan Kisah Ayam
Dilulus terbit pada Tuesday, March 24 @ 19:11:08 MYT oleh TokPenghulu 
 Oleh kerirooney

"Oleh
kerana sambutan dan penerimaan yang amat hangat sekali ke atas artikel
saya dalam tranungkite.net kelmarin, saya sambung lagi tulisan mengenai
kisah ayam yang dipertontonkan di kaca TV3 beberapa hari yang lalu. 

Kisah
cara penyembelihan ayam yang amat diragui oleh Jabatan Agama Islam
Selangor(JAIS) sehingga ditemui 1,863 kilogram ayam yang telah siap
disembelih dengan cara yang salah, akan dipasarkan ke seluruh Selangor
dalam masa terdekat. Dan tidak mustahil, sebelum ini penduduk Selangor
telah memakan ayam yang disembelih dengan cara yang tidak betul itu. 

Oleh
sebab hal ini baru ditemui hari ini, bagaimana kalau perkara itu dah
berlarutan sejak bertahun-tahun dahulu. Nauzubillah...Apa yang telah
kita makan selama ini? Apa yang telah kita beri makan pada anak-anak
kita untuk membesar dengan sempurna? 

Memang la orang ramai
atau kita sebagai masyarakat akan ambil peduli mengenai perkara ini
untuk sementara waktu ini, tapi saya yakin dalam masa beberapa hari
lagi masyarakat akan tidak akan ambil kisah mengenai kisah ayam tidak
HALAL ini dek kerana ianya adalah tidak diberi penekanan sangat oleh
pihak kerajaan pimpinan UMNO-BN. 

Samalah juga dengan kisah
kita memboikot barangan keluaran ISRAEL, pada masa Palestin diserang
bertubi-tubi oleh ISRAEL Laknatullah, kitalah orang yang berada di
barisan hadapan sekali dalam memboikot semua barangan keluaran ISRAEL
Laknatullah. Kalau boleh, semua produk dari ISRAEL atau yang memberi
sumbangan kepada ISRAEL hendak kita boikot. 

Tapi cuba kita
tengok dan perhati sekarang, berduyun-duyun orang beratur di setiap
Restoran McDonald, KFC, PIZZA Hut dan lain-lain. Seolah-olah jihad yang
kita perjuangkan beberapa hari dahulu adalah untuk sementara sahaja.
Kemana perginya semangat jihad 'kecil' kita untuk membantu umat Islam
di Palestin. Sedarkah kita bahawa dengan membeli produk keluaran ISRAEL
atau yang memberi sumbangan kepadanya, kita seolah-olah sedang
menghantar sebutir peluru kepada penduduk Palestin yang sedang
menanggung derita sengsara. FIKIRLAH! Janganlah kita menjadi orang yang
membuat sesuatu perkara itu bermusim!

Berbalik kepada komen yang
diterima dalam tranungkite.net, ramai yang mengatakan bahawa alangkah
eloknya kalau diwujudkan atau diketengahkan pengeluaran AYAM ORGANIK
keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. Cadangan yanag amat bernas kerana
ayam organik HPA adalah dijamin keHALALANnya dari segi hukum syarak,
bukan sahaja kaedah penyembelihan tetapi kaedah penternakannya amatlah
diyakini kerana tidak diberi makan dengan sembarangan makanan seperti
yang biasa diberi kepada ayam-ayam bukan organik. 

Cara
penternakannya juga adalah amat berbeza daripada ayam biasa. Secara
ringkasnya, ayam organik HPA adalah bebas daripada penggunaan bahan
kimia tidak halal, selain itu ianya diberi makanan herba serta bebas
daripada penggunaan MSG bagi tujuan menyedapkan rasa yang digunakan
dalam kebanyakan produk masa sekarang. Satu perkara lagi yang menarik
tentang AYAM ORGANIK HPA ialah ramuannya disenergi dengan herba
terpilih yang dikeluarkan khusus kepada semua pengguna Muslim. Kalau
anda hendak mengetahui lebih lanjut, lawatilah laman web HPA.com.my
yang akan memberi gambaran secara jelas dan nyata mengenai AYAM ORGANIK
keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. 

Apa yang saya ingin nyatakan
disini ialah bukan peluang perniagaan yang amat saya impikan dalam
penulisan artikel ini tetapi masalah umat Islam sekarang yang sentiasa
berdepan dengan permasalahan HALAL dan HARAM yang sentiasa membelenggu
kita semua. Tanggungjawab yang diberikan sebagai khalifah ALLAH di muka
bumi ini menyedarkan saya bahawa kita perlu sentiasa pesan mengingati
antara satu sama lain demi agama ISLAM yang kita cintai. Sebenarnya
saban hari kita tidak sedar tentang status HALAL HARAM sesuatu produk
yang kita makan, dan jika seseorang itu amat sensitif mengenai hal ini,
belilah buku yang dikeluarkan khusus oleh CAP iaitu Persatuan Pengguna
Pulau Pinang mengenai status sesuatu produk di Malaysia. Saya yakin,
anda akan terkejut jika membaca buku itu kerana sebenarnya hampir 90%
produk di Malaysia adalah diragui status HALAL dan HARAMnya!

-www.seepot.blogspot.com-

Kirim email ke