Fairus 'bersih' - SPRM23 Apr 2009  5:49PM PP: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM)
memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap
bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin
daripada Parti Keadilan Rakyat, tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.


Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan itu dibuat setelah SPRM
meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan
keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

"Peguam Negara juga bersetuju atas keputusan ini setelah dimaklumkan 
kepadanya," menurut kenyataan itu.
Sebelum
ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua
pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan
membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan
berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin
Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada
peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Menurut kenyataan
itu, siasatan SPRM mendapati tugas dan tanggungjawab di bawah portfolio
Mohammad Fairus tidak ada kaitan secara langsung dengan perusahaan
kuari di Pulau Pinang.

"Beliau hanya diberi tugas mengendalikan
siasatan kes pemberian tanah di Lot 954 dan 955, Mukim 20, Seberang
Perai Tengah kepada seseorang, dan siasatan mendapati beliau ada
meminta dan menerima pembiayaan daripada seorang pengusaha kuari bagi
menghadiri satu kursus antarabangsa di London," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun,
menurut SPRM, pengusaha kuari yang memberi sumbangan tersebut tidak
mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap Mohammad Fairus.

"Siasatan
mendapati Mohammad Fairus telah pergi menghadiri kursus antarabangsa di
London pada pertengahan tahun 2008 bersama-sama dengan Timbalan Ketua
Menteri II Pulau Pinang (P. Ramasamy) yang mana Ramasamy dibiayai
sepenuhnya oleh pihak penganjur dan kerajaan negeri," menurut kenyataan
itu.

Dalam kenyataan itu juga, SPRM mengingatkan kerajaan
negeri, kementerian dan jabatan agar mematuhi peraturan dan tatacara
permintaan serta penerimaan sumbangan daripada pihak luar.

SPRM
akan menghantar pegawainya ke Pulau Pinang untuk menjalankan kajian
bagi meningkatkan ketelusan dan akuantabiliti melalui prosedur dan
tatacara penerimaan sumbangan atau derma dari pihak luar.

"Hasil kajian ini akan dicadangkan untuk diterima pakai oleh lainlain negeri 
dan kementerian," menurut kenyataan itu. / Bernama

Itu kata SPRM, SPR akan 'kata' minggu depan
 

Jemputan : Orangkampong

Kirim email ke