salam tuan moderator, tolong 'hide' id/addrs saya, tma ksh..
salam..
saya brkahwin dengan suami kerana cinta dan sayang serta dgn niat ingin menjadi
seorang isteri solehah..sedangkan suami pula brkahwin dengan saya hanya kerana
inginkan hubungan seksual (terbukti apabila katanya dia tidak langsung ada
perasaan kpda isteri apabila asyik tringat kekasih lama yg telah pergi darinya
dan ingin kembali semula kpd bekas kekasihnya..bukti saya perolehi dari
nota/surat yang di tulis sendiri oleh suami sewaktu kandungan berusia 6 bln
dan usia prkahwinan menjangkau 2 tahun, dlm tahun 1998)..pernah saya
ditinggalkan dari tempat tidur hampir 3-4 bulan (suami tidur di bilik lain),
kerana katanya saya telah selongkar barang peribadinya..pilunya hati saya hanya
Tuhan yang tahu..walhal apa yang saya jumpa adalah kebetulan nota/surat itu
berada di dalam poket bajunya, sewaktu baju hendak di cuci..kerana sebelum
itu saya tidak pernah mencurigai akan kejujuran suami..dari nota/surat
itu rahsia2 suami sedikit sebnyak telah saya
ketahui..yang selebihnya biarlah rahsia..walaupn berat untuk saya
memikulnya..sehingga hari ini surat itu masih saya simpan..
puas di tanya apakah kesalahan dan kekurangan saya tetapi tiada sebarang
jawapan/komen darinya..saya bukanlah seorang yang 'perfect' begitu juga suami,
kami sama2 kurang ilmu akhirat..pernah saya mencadangkan agar kami brsama2
berusaha kearah itu, tetapi umpama bercakap sendirian, tak ada
respon..sendirianlah saya dalam usaha itu..dia juga seorang yang trlalu tinggi
egonya..bukanlah niat saya ingin memperlekehkn suami..saya akan dimarahi wlaupn
saya cuma mmberitahu 'abg ada kereta/motor' apabila kereta kami
dipersimpangan..ah bising lah aku tau/nmpak la katanya yang tak semena2 naik
angin..sampah di dapur akan berulatlah seandainya saya trlupa utk membuangnya
seblm ke tempat kerja..akan keringlah air di dlm bekasnya seandainya saya
trlupa memasak yang baru..sejuk/basahlah kain dijemuran andai saya belum
mengangkatnya..sendirianlah saya/anak apabila dia tidak mahu untuk brsama2
bersembahyang mengimamkn kami (dlm erti kata lain sembahyang sendiri2)..ah
perkara remeh, mungkin ada yang akan berkata begitu..banyak lagi jika ingin
diceritakn..saya cuba bertahan/beralah untuk mnyelamatkan rumahtangga kami..
pada tahun 2003 saya keguguran, sendirianlah saya dihospital, tiada panggilan
tel/sms suami bertanyakan keadaan saya, dia cuma datang waktu melawat di
sebelah petang..mngkn kerana ketika itu dia sedang asyik brcinta dengan teman
sepejabat, pergi dan balik mereka sentiasa bersama, umpama belangkas kata
teman2nya di pejabat..pernah juga dia brkata 'aku memikirkn anak aje kalau tak
lama dah!' sedihnya saya..apalah salah saya..mngkin juga suami berasa
malu kerana sebahagian rahsianya telah saya ketahui, tetapi kerana egonya yang
tinggi dia tidak pernah merasa bersalah memohon maaf jauh sekali..pernah satu
ketika (tahun 2005) seorang temannya ingin meminjam duit dlm jumlah yang agak
bnyak dan berjanji utk bayar semula dlm masa terdekat, lalu saya berkata
'banyak tu abg, kalau dia tipu/tak bayar nanti mcmana? ' lantas dia marah lalu
katanya 'eh duit aku suka hati aku lah, kau tak payah masuk campur, ingat aku
bodoh ke aku tau la nak buat mcmana, ada
perjanjian bla bla bla..' terkejut saya dengan sergahanya, sedihnya
saya..Tuhan maha kaya, ya dia telah ditipu dan hingga ke hari ini masih belum
selesai..walaupn ada laporan polis dsbnya..suami saya tak pernah serik..
apapun kami telah pernah brcerai pada 2006 disebabkan orang ketiga itu..kami di
pantai timur setelah bercerai saya kembali ke selangor tanpa anak..kerana kata
suami 'jangan harap kau nak dapat anak, kalau nak balik sini'..anak juga di
ugutnya..setiap hari saya menangis selama setahun dan pada 2008 kami telah
bernikah semula demi anak lelaki kami walaupun suami masih dengan sikap dan
perangai lama..saya sentiasa brdoa agar suami berubah demi anak dan kebaikkan
rumahtangga kami..ya apapun suami tidak pernah mengaku atau merasa
bersalah..apapun masalah berpunca dari saya begitulah katanya..sedangkan saya
tidak diberitahu apakah masalahnya, keperluan zahir dan batinnya saya jaga lalu
apa lagi..terlalu tersiksa mental saya..saya sentiasa brdoa semoga Tuhan
melindungi saya selalu, jauhkan saya dari prkara2/brfikiran negative..terbaru
dia mengatakan ingin berkahwin lagi..makan hati lagi..tetapi saya tetap redha
kalau itu yang telah tertulis di azali dan saya
tahu Tuhan itu maha adil, samada di dunia mahupun di akhirat balasan tetap
ada..cuma cepat atau lambat itu aje..
beberapa hari yang lalu saya terjmpa surat pembelian sebentuk cincin..itu yang
nampak, yang tak nampak bagaimana pula..ahh cemburu juga rasa di
hati..bertuahnya perempuan itu kerana suami saya begitu
menyayanginya..persoalannya tidak boleh kah suami melayan saya dengan
baik walaupn ada kekasih? berlembut tanpa perlu berkeras atau menyergah saya
dan anak, mudah naik angin..bila diperhatikan dia akan berlembut terutamanya
apabila berbual dengan kekasihnya di telefon..memang suami tidak mudah untuk
memukul atau sebagainya tetapi kata2 yang keluar dari mulutnya kadangkala sudah
cukup menyiksakan zahir dan batin saya..tetapi hari ini juga demi seorang anak
saya harungi segala2nya..insyaallah..dan mungkin juga esok atau lusa saya akan
dimadukan..poligami itu indah seandainya suami memang seorang ketua keluarga
yang sempurna bekalan dunia juga akhirat..moga ada hikmah disebalik semua
ini..sekadar untuk berkongsi dan luahan hati, kerana akhir2 ini air
mata ini terlalu kerap mengalir..ya hari ini (30/4) dia akan ke selatan lagi,
ya mungkin saya dan anak akan ke rumah ibu di selangor..
The Prophet (bpuh) said: "Verily, the greatnss of reward is proportionate to
the greatness of the test. And indeed, Allah loves a people, He tests them.
whoever is contented, for him is pleasure, and whoever is angry, upon him is
wrath"