saya tidak mahu prejudis, tapi untuk kes semacam ini kita perlu mendapat cerita dari kedua belah pihak.
Beberapa kes rumah tangga yang saya pernah lihat sendiri kebanyakan satu pihak banyak menambah-nambah cerita, bila kita dengar sebelah pihak ini dia kata gini, bila dengar belah pihak lelaki dia kata gini. Bila kedua2 ada sekali rupanya kita dapat kesan bab mana yang lelaki tu tambah dan bab mana yang perempuan itu tambah. luahan hati dan rasa biasanya macam ini, banyak terbelit dengan emosi sendiri, saya nasihatkan Puan berjumpa dengan seorang yang suami puan hormati dan Puan sendiri hormati dia untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini sebenarnya perlukan penyelesaian bukannya luahan rasa, yang emosional, tidak membawa apa2 makna hanya menajamkan perbalahan. Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis Ada yang menghisabnya. Ahmus --- On Thu, 4/30/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] EGO KAH AKU SEBAGAI ISTERI?? To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Thursday, April 30, 2009, 8:44 AM salam tuan moderator, tolong 'hide' id/addrs saya, tma ksh.. salam.. saya brkahwin dengan suami kerana cinta dan sayang serta dgn niat ingin menjadi seorang isteri solehah..sedangkan suami pula brkahwin dengan saya hanya kerana inginkan hubungan seksual (terbukti apabila katanya dia tidak langsung ada perasaan kpda isteri apabila asyik tringat kekasih lama yg telah pergi darinya dan ingin kembali semula kpd bekas kekasihnya.. bukti saya perolehi dari nota/surat yang di tulis sendiri oleh suami sewaktu kandungan berusia 6 bln dan usia prkahwinan menjangkau 2 tahun, dlm tahun 1998)..pernah saya ditinggalkan dari tempat tidur hampir 3-4 bulan (suami tidur di bilik lain), kerana katanya saya telah selongkar barang peribadinya. .pilunya hati saya hanya Tuhan yang tahu..walhal apa yang saya jumpa adalah kebetulan nota/surat itu berada di dalam poket bajunya, sewaktu baju hendak di cuci..kerana sebelum itu saya tidak pernah mencurigai akan kejujuran suami..dari nota/surat itu rahsia2 suami sedikit sebnyak telah saya ketahui..yang selebihnya biarlah rahsia..walaupn berat untuk saya memikulnya.. sehingga hari ini surat itu masih saya simpan.. puas di tanya apakah kesalahan dan kekurangan saya tetapi tiada sebarang jawapan/komen darinya..saya bukanlah seorang yang 'perfect' begitu juga suami, kami sama2 kurang ilmu akhirat..pernah saya mencadangkan agar kami brsama2 berusaha kearah itu, tetapi umpama bercakap sendirian, tak ada respon..sendirianla h saya dalam usaha itu..dia juga seorang yang trlalu tinggi egonya..bukanlah niat saya ingin memperlekehkn suami..saya akan dimarahi wlaupn saya cuma mmberitahu 'abg ada kereta/motor' apabila kereta kami dipersimpangan. .ah bising lah aku tau/nmpak la katanya yang tak semena2 naik angin..sampah di dapur akan berulatlah seandainya saya trlupa utk membuangnya seblm ke tempat kerja..akan keringlah air di dlm bekasnya seandainya saya trlupa memasak yang baru..sejuk/ basahlah kain dijemuran andai saya belum mengangkatnya. .sendirianlah saya/anak apabila dia tidak mahu untuk brsama2 bersembahyang mengimamkn kami (dlm erti kata lain sembahyang sendiri2)..ah perkara remeh, mungkin ada yang akan berkata begitu..banyak lagi jika ingin diceritakn.. saya cuba bertahan/beralah untuk mnyelamatkan rumahtangga kami.. pada tahun 2003 saya keguguran, sendirianlah saya dihospital, tiada panggilan tel/sms suami bertanyakan keadaan saya, dia cuma datang waktu melawat di sebelah petang..mngkn kerana ketika itu dia sedang asyik brcinta dengan teman sepejabat, pergi dan balik mereka sentiasa bersama, umpama belangkas kata teman2nya di pejabat..pernah juga dia brkata 'aku memikirkn anak aje kalau tak lama dah!' sedihnya saya..apalah salah saya..mngkin juga suami berasa malu kerana sebahagian rahsianya telah saya ketahui, tetapi kerana egonya yang tinggi dia tidak pernah merasa bersalah memohon maaf jauh sekali..pernah satu ketika (tahun 2005) seorang temannya ingin meminjam duit dlm jumlah yang agak bnyak dan berjanji utk bayar semula dlm masa terdekat, lalu saya berkata 'banyak tu abg, kalau dia tipu/tak bayar nanti mcmana? ' lantas dia marah lalu katanya 'eh duit aku suka hati aku lah, kau tak payah masuk campur, ingat aku bodoh ke aku tau la nak buat mcmana, ada perjanjian bla bla bla..' terkejut saya dengan sergahanya, sedihnya saya..Tuhan maha kaya, ya dia telah ditipu dan hingga ke hari ini masih belum selesai..walaupn ada laporan polis dsbnya..suami saya tak pernah serik.. apapun kami telah pernah brcerai pada 2006 disebabkan orang ketiga itu..kami di pantai timur setelah bercerai saya kembali ke selangor tanpa anak..kerana kata suami 'jangan harap kau nak dapat anak, kalau nak balik sini'..anak juga di ugutnya..setiap hari saya menangis selama setahun dan pada 2008 kami telah bernikah semula demi anak lelaki kami walaupun suami masih dengan sikap dan perangai lama..saya sentiasa brdoa agar suami berubah demi anak dan kebaikkan rumahtangga kami..ya apapun suami tidak pernah mengaku atau merasa bersalah..apapun masalah berpunca dari saya begitulah katanya..sedangkan saya tidak diberitahu apakah masalahnya, keperluan zahir dan batinnya saya jaga lalu apa lagi..terlalu tersiksa mental saya..saya sentiasa brdoa semoga Tuhan melindungi saya selalu, jauhkan saya dari prkara2/brfikiran negative..terbaru dia mengatakan ingin berkahwin lagi..makan hati lagi..tetapi saya tetap redha kalau itu yang telah tertulis di azali dan saya tahu Tuhan itu maha adil, samada di dunia mahupun di akhirat balasan tetap ada..cuma cepat atau lambat itu aje.. beberapa hari yang lalu saya terjmpa surat pembelian sebentuk cincin..itu yang nampak, yang tak nampak bagaimana pula..ahh cemburu juga rasa di hati..bertuahnya perempuan itu kerana suami saya begitu menyayanginya. .persoalannya tidak boleh kah suami melayan saya dengan baik walaupn ada kekasih? berlembut tanpa perlu berkeras atau menyergah saya dan anak, mudah naik angin..bila diperhatikan dia akan berlembut terutamanya apabila berbual dengan kekasihnya di telefon..memang suami tidak mudah untuk memukul atau sebagainya tetapi kata2 yang keluar dari mulutnya kadangkala sudah cukup menyiksakan zahir dan batin saya..tetapi hari ini juga demi seorang anak saya harungi segala2nya.. insyaallah. .dan mungkin juga esok atau lusa saya akan dimadukan..poligami itu indah seandainya suami memang seorang ketua keluarga yang sempurna bekalan dunia juga akhirat..moga ada hikmah disebalik semua ini..sekadar untuk berkongsi dan luahan hati, kerana akhir2 ini air mata ini terlalu kerap mengalir..ya hari ini (30/4) dia akan ke selatan lagi, ya mungkin saya dan anak akan ke rumah ibu di selangor.. The Prophet (bpuh) said: "Verily, the greatnss of reward is proportionate to the greatness of the test. And indeed, Allah loves a people, He tests them. whoever is contented, for him is pleasure, and whoever is angry, upon him is wrath"
