*Akademi Fantasia Kian Hanyut*   Posted on Wednesday, April 29 @ 02:30:00
MYT by Paktam

*Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi*

Saya menerim[image: Go to fullsize
image]<http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020q1m_ZJ4D8BG76JzbkF;_ylu=X3oDMTBpdnJhMHUzBHBvcwMxBHNlYwNzcgR2dGlkAw--/SIG=1inng8thb/EXP=1240984885/**http://images.search.yahoo.com/images/view?back=http%3A%2F%2Fimages.search.yahoo.com%2Fsearch%2Fimages%3Fp%3DAkademi%2BFantasia%2B%26fr%3Dslv8-msgr%26ei%3Dutf-8%26x%3Dwrt%26y%3DSearch&w=150&h=119&imgurl=ms.wikipedia.org%2Fupload%2Fthumb%2Ff%2Ff7%2FAkademi_fantasia.jpg%2F150px-Akademi_fantasia.jpg&rurl=http%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FAkademi_Fantasia&size=5.5kB&name=150px-Akademi_fa...&p=Akademi+Fantasia&oid=4b46badc7bf34162&no=1&tt=15331&sigr=11d7jlam7&sigi=12ivb20li&sigb=13555520r>a
beberapa e mail dari rakan - rakan yang melahirkan rasa tidak puas hati
terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah maksiat
.
Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru
perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari
akademi tersebut .


*Rangkul peluk dan bercium pipi ustaz !* begitulah ayat kawan saya lewat e
mail yang dihantar .


Saya bukanlah anti hiburan justeru hiburan dibenarkan oleh syara' . Apa yang
jadi masaalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang
mengundang murka Allah swt .


Saya difahamkan ada pengkritik konsert akademi fantasia ini menyebut
*Alhamdulillah
, syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali dan
Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan ! .........*[* *sedang
penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk lintuk
mengiurkan ]
*
*
Saya hanya tersenyum membaca celoteh geram seorang kawan mengenai
perkembangan Akademi Fantasia ini . Saya tidak sempat untuk mengikuti
perkembangan akademi fantasia kecuali sekali semasa era Mawi menyertai
akademi fantasia . Aura Mawi berjaya menarik perhatian saya untuk sesekali
menonton persembahannya jika berkesempatan .


Sejak dulu lagi , Akademi fantasia telah ditegur oleh pelbagai pihak agar
tidak menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral , juga teguran
terhadap adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam
apartment akademi dan juga perlakuan di atas pentas .


Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar
tidak mengundang dosa dan murka Allah swt .


Seronoklah buat seketika di atas pentas . Tenggelam dibawah silau cahaya
lampu dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang
menyokong . tapi .... bagaimana dengan pemerhatian Allah swt ? Saya tahu ,
sebahagian besar peserta akademi fantasia ini adalah beragama Islam malah
sebahagiannya bertudung . Saya yakin mereka faham maksud saya apabila saya
bercakap soal dosa dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan .


Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi , dedah
dan berpakaian ketat ? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga
merangsang syahwah penonton ? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas
itu sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan ?


Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan
penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan
mempertaruhkan moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta
melampaui batas yang dibenarkan oleh syara' .


Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan
diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka
Allah swt .


Saya benar - benar yakin , bahawa rakan - rakan artis yang beragama Islam
khasnya sangat tahu nilai moral , akhlak dan batasan dosa dan pahala .
Malang mereka gagal mengawal diri agar tidak terjebak . Mereka biar diri
mereka menjadi korban nafsu yang hanya menanti azab kelak di akhirat .


Inilah masaalah kepada dunia artis . Dunia yang sangat jauh dan asing dengan
ilmu agama dan petunjuk Allah swt . Mereka mempunyai dunia dan planet mereka
sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama .


Saya masih yakin , jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak
kerajaan yang bermoral dan mesra agama , dunia hiburan negara masih boleh
diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang
tidak bertuhan .


Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat
berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak
selepas subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz -
ustaz yang berilmu . Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan
sahaja tahu batas dosa pahala tetapi benar - benar memahami tanggungjawab
mereka seorang muslim .


Sekurang - kurangnya , melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar -
benar bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan
memerangkap manusia dalam kepungan mungkar .


Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah di akademi
fantasia , tetapi boleh dilakukan bahkan wajar dilaksanakan . Hebat manapun
artis dan setinggi mana ia mendapat pujaan dan anugerah ia tetap makhluk
Allah yang mesti solat mengabdikan diri kepada Allah swt . Sementara
tazkirah itu satu peringatan agar tidak leka dan alpa sehingga melakukan
sesuatu yang keterlaluan dan mengundang murka atau bala Allah swt .


Peraturan dan ketetapan boleh dibuat oleh pihak berkuasa dan ia mesti
dipatuhi . Masaalah yang kita hadapi ialah pihak berkuasa sendiri tidak
memiliki kesedaran yang dimaksudkan sebalik turut menggalakkan maksiat dan
mungkar . Benarlah kata hukama' *Manusia berada di atas cara hidup pemimpin
mereka .*


Hari ini ramai orang menganggap agama sebagai penghalang dan ini adalah
salah sangka yang sengaja ditiupkan oleh musuh Islam dan golongan orientalis
untuk menimbulkan fitnah dan rasa jelek masyarakat terhadap Islam . Padahal
Islam tidak datang untuk menghalang tetapi mengislah atau memperbaiki
keadaan agar menjadi baik .


Sebagai contoh , umum mengetahui betapa manusia perlukan hidup berpasangan .
lelaki perlukan perempuan maka demikian sebaliknya . Maka kedatangan Islam
bukan menghalang fitrah ini tetapi mengislahkannya dengan sedikit peraturan
seperti ijab qabul agar tidak berlaku perlakuan zina , sumbang mahram ,
rogol , lesbian , homoseks dan pergaulan bebas kerana ia merosakkan jiwa dan
membinasakan nasab keturunan .


Demikianlah jua dengan hiburan . islam datang tidak menghalang hiburan
kerana memahami manusia perlukan hiburan. Tetapi Islam memulihkan keadaan
hiburan agar tidak cemari oleh arak , dadah , pil ectasy , pergaulan bebas ,
pengabaian terhadap solat dan pendedahan aurat termasuklah lirik lagu yang
tidak memuja nafsu atau mendorong ke arah penguasaan nafsu . Selebihnya
berhiburlah dan ia dibenarkan oleh syara' .


Kalau kita dengar ucapan penyanyi sewaktu menerima anugerah atau pujian
orang terhadap persembahan mereka , spontan mereka menjawab *syukur
alhamdulillah* !* tanpa izin Allah , saya tidak akan sampai ke tahap ini !
.....*[ biarpun sedang ia berucap dengan kalimah demikian , pakaiannya
mendedahkan separuh dada dan kainnya terbelah ke paras pangkal paha dan
bersilang tangan dengan teman lelaki .]


Ertinya mereka keliru dan masih memiliki aqidah biarpun sekelumit dan saya
percaya mereka masih ada harapan untuk dididik dan diselamatkan . Cuma
kerajaan atau pihak berwajib mesti adakan program kesedaran dan motivasi
keagamaan yang berkesan dan bertyerusan untuk mereka .


Jangan hanya mereka tahu menyebut kalimah Alhamdulillah tetapi mereka mesti
kenal siapa Allah swt dan bagaimana untuk bersyukur di atas nikmat yang
dikurniakan Allah swt .



www.detikdaily.net
http://blogtokguru.com

Kirim email ke