Teringat saya ketika menghadiri majlis motivasi persediaan para pelajar di 
mana anak saya juga akan menduduki peperiksaan SPM di sebuah Maktab. Majlis itu 
dirasmikan oleh seorang Timbalan Pengarah (wanita) sebuah IPT di Kota Bharu ? 
di bawah kendalian MARA. Semasa merasmikan majlis dia memuji yang kata nya 
Akademi Fantsia ini menjadi hebat hasil kehebatan? bekas beberapa pelajar 
berasal daripada kumpulan Maktab yang sama (maksud nya kumpulan Maktab yang 
sedang mengadakan majlis motivasi berkenaan). Sebelum dia memuji program 
realiti TV itu dia bertanya sama ada para pelajar yang hadir pernah menonton AF 
atau tidak tapi mujur juga ramai yang menjawab tidak !! Ssya rasa seolah-olah 
ingin bangun dan teriak menyuruh beliau balik saja tapi terfikir pula untuk 
tidak mahu memalukan pihak penganjur !!
 
    Apabila anak saya menyambungkan pelajaran kesebuah IPT ketika dialog 
diadakan dengan Pengarah institiut berkenaan saya telah meminta agar beliau 
mengutamakan program bagi memperkasakan akidah dan akhlak para pelajar agar 
mereka tidak mudah terjebak dengan pelbagai masalah sosial. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 4/29/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Akademi Fantasia Kian Hanyut
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Wednesday, April 29, 2009, 12:29 AM












Akademi Fantasia Kian Hanyut





Posted on Wednesday, April 29 @ 02:30:00 MYT by Paktam
Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi
Saya menerima beberapa e mail dari rakan - rakan yang melahirkan rasa tidak 
puas hati terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah 
maksiat .
Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru 
perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari akademi 
tersebut .


Rangkul peluk dan bercium pipi ustaz ! begitulah ayat kawan saya lewat e mail 
yang dihantar .

 
Saya bukanlah anti hiburan justeru hiburan dibenarkan oleh syara' . Apa yang 
jadi masaalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang 
mengundang murka Allah swt .

 
Saya difahamkan ada pengkritik konsert akademi fantasia ini menyebut 
Alhamdulillah , syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik 
sekali dan Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan ! .........[ 
sedang penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk 
lintuk mengiurkan ]


Saya hanya tersenyum membaca celoteh geram seorang kawan mengenai perkembangan 
Akademi Fantasia ini . Saya tidak sempat untuk mengikuti perkembangan akademi 
fantasia kecuali sekali semasa era Mawi menyertai akademi fantasia . Aura Mawi 
berjaya menarik perhatian saya untuk sesekali menonton persembahannya jika 
berkesempatan .

 
Sejak dulu lagi , Akademi fantasia telah ditegur oleh pelbagai pihak agar tidak 
menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral , juga teguran terhadap 
adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam apartment 
akademi dan juga perlakuan di atas pentas .

 
Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar tidak 
mengundang dosa dan murka Allah swt .

 
Seronoklah buat seketika di atas pentas . Tenggelam dibawah silau cahaya lampu 
dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang menyokong . 
tapi .... bagaimana dengan pemerhatian Allah swt ? Saya tahu , sebahagian besar 
peserta akademi fantasia ini adalah beragama Islam malah sebahagiannya 
bertudung . Saya yakin mereka faham maksud saya apabila saya bercakap soal dosa 
dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan .

 
Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi , dedah 
dan berpakaian ketat ? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga 
merangsang syahwah penonton ? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas itu 
sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan ?

 
Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan 
penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan mempertaruhkan 
moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta melampaui batas yang 
dibenarkan oleh syara' .

 
Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan 
diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka 
Allah swt .

 
Saya benar - benar yakin , bahawa rakan - rakan artis yang beragama Islam 
khasnya sangat tahu nilai moral , akhlak dan batasan dosa dan pahala . Malang 
mereka gagal mengawal diri agar tidak terjebak . Mereka biar diri mereka 
menjadi korban nafsu yang hanya menanti azab kelak di akhirat .

 
Inilah masaalah kepada dunia artis . Dunia yang sangat jauh dan asing dengan 
ilmu agama dan petunjuk Allah swt . Mereka mempunyai dunia dan planet mereka 
sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama .

 
Saya masih yakin , jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak 
kerajaan yang bermoral dan mesra agama , dunia hiburan negara masih boleh 
diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang 
tidak bertuhan .

 
Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat 
berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak selepas 
subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz - ustaz yang 
berilmu . Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan sahaja tahu 
batas dosa pahala tetapi benar - benar memahami tanggungjawab mereka seorang 
muslim .

 
Sekurang - kurangnya , melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar - benar 
bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan memerangkap 
manusia dalam kepungan mungkar .

 
Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah di akademi 
fantasia , tetapi boleh dilakukan bahkan wajar dilaksanakan . Hebat manapun 
artis dan setinggi mana ia mendapat pujaan dan anugerah ia tetap makhluk Allah 
yang mesti solat mengabdikan diri kepada Allah swt . Sementara tazkirah itu 
satu peringatan agar tidak leka dan alpa sehingga melakukan sesuatu yang 
keterlaluan dan mengundang murka atau bala Allah swt .

 
Peraturan dan ketetapan boleh dibuat oleh pihak berkuasa dan ia mesti dipatuhi 
. Masaalah yang kita hadapi ialah pihak berkuasa sendiri tidak memiliki 
kesedaran yang dimaksudkan sebalik turut menggalakkan maksiat dan mungkar . 
Benarlah kata hukama' Manusia berada di atas cara hidup pemimpin mereka .

 
Hari ini ramai orang menganggap agama sebagai penghalang dan ini adalah salah 
sangka yang sengaja ditiupkan oleh musuh Islam dan golongan orientalis untuk 
menimbulkan fitnah dan rasa jelek masyarakat terhadap Islam . Padahal Islam 
tidak datang untuk menghalang tetapi mengislah atau memperbaiki keadaan agar 
menjadi baik .

 
Sebagai contoh , umum mengetahui betapa manusia perlukan hidup berpasangan . 
lelaki perlukan perempuan maka demikian sebaliknya . Maka kedatangan Islam 
bukan menghalang fitrah ini tetapi mengislahkannya dengan sedikit peraturan 
seperti ijab qabul agar tidak berlaku perlakuan zina , sumbang mahram , rogol , 
lesbian , homoseks dan pergaulan bebas kerana ia merosakkan jiwa dan 
membinasakan nasab keturunan .

 
Demikianlah jua dengan hiburan . islam datang tidak menghalang hiburan kerana 
memahami manusia perlukan hiburan. Tetapi Islam memulihkan keadaan hiburan agar 
tidak cemari oleh arak , dadah , pil ectasy , pergaulan bebas , pengabaian 
terhadap solat dan pendedahan aurat termasuklah lirik lagu yang tidak memuja 
nafsu atau mendorong ke arah penguasaan nafsu . Selebihnya berhiburlah dan ia 
dibenarkan oleh syara' .

 
Kalau kita dengar ucapan penyanyi sewaktu menerima anugerah atau pujian orang 
terhadap persembahan mereka , spontan mereka menjawab syukur alhamdulillah ! 
tanpa izin Allah , saya tidak akan sampai ke tahap ini ! .....[ biarpun sedang 
ia berucap dengan kalimah demikian , pakaiannya mendedahkan separuh dada dan 
kainnya terbelah ke paras pangkal paha dan bersilang tangan dengan teman lelaki 
.]

 
Ertinya mereka keliru dan masih memiliki aqidah biarpun sekelumit dan saya 
percaya mereka masih ada harapan untuk dididik dan diselamatkan . Cuma kerajaan 
atau pihak berwajib mesti adakan program kesedaran dan motivasi keagamaan yang 
berkesan dan bertyerusan untuk mereka .

 
Jangan hanya mereka tahu menyebut kalimah Alhamdulillah tetapi mereka mesti 
kenal siapa Allah swt dan bagaimana untuk bersyukur di atas nikmat yang 
dikurniakan Allah swt .
 
 
 
www.detikdaily. net
http://blogtokguru. com















      

Kirim email ke