Dulu dunia dikejutkan dengan HIV punca yang menyebabkan penyakit AIDS yang dikesan pada awalnya melalui mereka yang mengamalkan homoseksual dan akhirnya penyebarannya boleh berlaku dengan pelbagai cara termasuk penagih dadah yang bertukar jarum yang tercemar dengan virus HIV. Kesan nya amat menyedihkan kerana ramai penagih dadah yang ? 90% di negara kita adalah melibatkan anak-anak orang Islam. Oleh kerana manusia lebih mengutamakan nafsu bukan akal dan kehendak Allah yang mencipta manusia maka pelbagai bala bencana menimpa mereka. Islam melarang pengambilan babi tapi serata dunia masih jadikan ianya makanan utama walau pun macam-macam penemuan oleh pakar perubatan ditemui sebelum ini. Ianya disahkan membawa sejenis cacing yang disbut ? cacing pita yang juga merbahaya tapi manusia terus tidak mengambil peduli. Kini ancaman sejenis virus pula !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal - On Sun, 4/26/09, Noorshamsudin Hj. Mohd. [email protected] <Noorshamsudin Hj. Mohd. [email protected]> wrote:
From: Noorshamsudin Hj. Mohd. [email protected] <Noorshamsudin Hj. Mohd. [email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Mexico dilanda wabak selesema babi To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, April 26, 2009, 11:20 AM Mexico dilanda wabak selesema babi ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut berbaris untuk memasuki Hospital Besar Mexico City, kelmarin.– AP/REUTERS MEXICO CITY 25 April – Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova. Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama. Sebanyak 13 daripada 20 kematian tersebut berlaku di Mexico City, empat di San Luis Potosi, dua di Baja California berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan satu di selatan Oaxaca. Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya. Virus baru yang merisaukan itu, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelid ik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS). ‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham. Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas. Orang ramai diminta tidak datang ke hospital melainkan benar-benar memerlukan rawatan kerana premis itu menjadi ‘pusat’ penyebaran wabak. Selain itu, orang rami juga diminta berhenti seketika daripada bersalam tangan atau mencium pipi. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, setiap penumpang disoal bagi menghalang sesiapa yang mempunyai petanda demam daripada menaiki pesawat. Presiden Felipe Calderon berkata, kerajaannya hanya mengetahui tentang bahaya virus itu kelmarin, dengan bantuan makmal antarabangsa. ‘‘Kita akan lakukan apa yang perlu, kita juga faham betapa seriusnya perkara ini,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Kabinetnya sebagai respons kepada penyebaran wabak itu. Dalam pada itu, sekumpulan panel pakar WHO sedang bersidang bagi menimbangkan sama ada untuk mengumumkan amaran berjaga-jaga wabak atau mengeluarkan larangan perjalanan. ‘‘Ia mungkin sudah terlalu lambat untuk mengekang wabak itu daripada merebak,’’ kata seorang pakar, Dr. Michael Osterholm dari University of Minnesota. – AP Noorshamsudin Bin Hj. Mohd. Darus IS Audit, Audit & Compliance Division, AFFINBANK 1st Floor, Menara AFFIN, 80 Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur, W. Persekutuan MALAYSIA Tel: 03 - 27315246 / 03 - 27315242 Fax: 03 - 20264081 - H/P: 012 - 2923403 "BANKING WITHOUT BARRIERS"
