Ustaz Zakaria Talib adalah anak Rembau yang merupakan bekas penulis dalam majalah Lanun ( karya kartunis Ujang ). Beliau juga adalah merupakan pakar motivasi serta giat menghasilkan karya-karya dakwah sesuai dengan jiwa setiap anak-anak dan para remaja.
Diantara hasil karya beliau ialah Muallim, Wuduk, Reformasi Minda dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Ustaz Zakaria Talib di talian 019-2865129. Maklumat lanjut pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/05/ustaz-zakaria-berdakwah-guna-komik.html dan di laman web Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/04/zakaria-kongsi-ilmu-terbit-buku-dakwah.html p.s. : Terimakasih kepada Sdr Norazizi yang e-melkan keratan akhbar Zakaria kongsi ilmu terbit buku dakwah Sinar Harian 17 Apr 09 KOTA – Manusia yang berilmu sentiasa dipandang mulia, dan yang lebih memuliakan, ilmu yang ada itu dapat dikongsi bersama orang lain untuk kebaikan bersama. Bertitik tolak daripada itu, Zakaria Talib, 39 mahu berkongsi ilmu yang diperolehnya terutama dalam bidang keagamaan dan kerohanian dengan menghasilkan karya berunsur dakwah. Pengalaman sebagai penulis di Majalah Lanun satu ketika dahulu, menimbulkan idea untuknya menghasilkan karya berunsur dakwah yang menyasarkan golongan remaja sebagai pembaca. Menurutnya, idea menghasilkan karya berunsur dakwah hadir berdasarkan pengalamannya sebagai salah seorang pakar motivasi yang sering mengadakan ceramah-ceramah di sekolah. “Melihatkan permasalahan remaja pada hari ini, saya merasa terpanggil untuk menyampaikan mesej tersebut melalui pendekatan yang lebih mudah difahami oleh golongan ini, ” katanya. Zakaria berkata, remaja memerlukan kefahaman yang lengkap mengenai sesuatu perkara dan melalui hasil karya ini, segalanya diterjemahkan dengan begitu tersusun serta lengkap dengan ilustrasi. “Pendekatan ilustrasi yang digunakan lebih berkesan untuk mereka memahami sekali gus memberikan impak jangka panjang kepada pembaca. “Sehingga kini, sebanyak 30 buah jilid buku berjaya di pasarkan serta mendapat reaksi positif terutama dijadikan rujukan di sekolah-sekolah,” katanya. Antara hasil karyanya adalah Muallim, Wuduk, Reformasi Minda dan banyak lagi yang dikeluarkan mengikut jilid. Katanya lagi, pasarannya kini bukan sahaja di sekolah-sekolah, namun akan terus memperluaskannya agar masyarakat dapat menerima mesej yang ingin disampaikan. “Biarpun hasil karyanya dijual secara kecil-kecilan, apa yang lebih penting adalah penyampaian yang berkesan terutama dalam membentuk golongan remaja yang berakhlak tinggi,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2666557.asp
