bagi mereka yang menganggap Ngor tidak menghornati quran, minta penulis 
memberitahu di sini bagaimana untuk menghormati  quran? tetapi apa yang saya 
ketahui ialah:
 
1- baca alquran
2- fahami maksud
3- amalkan suruhan
 
di sini saya rasa Ngor telah pun menghormati quran dengan membaca, memahami dan 
mangamalkan sebahagian kecil dari ayat dalam quran.  saya bangga di mana ada 
kafir yang menghormati quran sedemikian rupa.
 
syabas Ngor.


--- Pada Sel, 5/5/09, [email protected] <[email protected]> menulis:


Daripada: [email protected] <[email protected]>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: Ngor Kee Ming dan Al Quran
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Tarikh: Selasa, 5 Mei, 2009, 11:05 AM










Isu ni sebenarnya amat mudah. Kita lihat pada diri kita dahulu, tentang menjaga 
kesucian Al Quran itu sudah semestinya tapi adakah kita melaksanakan? ?? Cuba 
lihat dinding rumah kita, berapa banyak tulisan khat ayat2 Al Quran yang ada? 
Berapa kali kita membersihkan khat tersebut??? Brapa kali dalam sehari kita 
memegang Al Quran dalam sehari??
 
Ngor Kee Ming hanya membaca sepotong ayat Al Quran, kita sudah melenting, 
bagaimana nak membawa bukan islam dekat pada ajaran islam. Bukankah lebih baik 
kita bersama-sama membetulkan bacaan dia andaikata bacaan dia salah. Beri 
penerangan yang sewajarnya tentang ayat tersebut dan pengertiannya, tak kisah 
la dia seorang ahli politik ker tokey kedai basikal ker, kerana hidayah itu 
milik Allah dan hanya Allah yang tahu apa yang tersirat di hatinya.
 
Andaikata Ngor melakukan seperti apa yang budak2 black metal buat terhadap Al 
Quran baru dan perlu kita bertindak dan melenting. Jangan bercita2 untuk syurga 
tapi perlakuan kita jauh dari redha Allah
 
sekian





From: "honeyk...@yahoo. com" <honeyk...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Sunday, 26 April, 2009 9:41:46
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Re: Ngor Kee Ming dan Al Quran



salam,

saya juga tidak setuju ayat al-quran diguna-pakai oleh orang bukan islam dengan 
sesuka hati.

ya memang betul al-quran diturunkan untuk seluruh alam, tetapi untuk membaca 
malahan memegangnya sekalipun telah ditetapkan adabnya.

sedangkan wanita islam yang berhaid dan nifas pun dilarang membaca al-quran. 
inikan pula saudara ngor yang bukan islam ini.

adakah kita patut berbangga jika seorang yang tidak berhadas, dalam keadaan 
tidak suci , tidak mengucap membaca al-quran.

di manakah letaknya islam anda, membiarkan malahan bermegah dan bergembira bila 
orang-orang sebegini mempermainkan ayat al-quran dengan tidak mengikut adab 
yang telah ditetapkan.

al-quran bukanlah hanya sebuah kitab yang anda boleh samakan dengan buku-buku 
yang boleh dipijak-pijak sesuka hati atau kitab-kitab lain hatta karangan 
imam-imam besar sekalipun, al-quran itu tiada bandingan.

anda kene ingat rukun iman yang ke-empat, PERCAYA KEPADA KITAB_KITAB.
al-quran itu adalah salah satu cabangan rukun iman.

oleh itu peliharalah ia, bukan sahaja dari segi bacaan, malahan adab membaca 
dan memegangnya.

jika benar saudara ngor begitu arif dalam pengkajian islamnya maka beliau patut 
tahu sebagai orang bukan islam, beliau hanya boleh membacakan tafsirannya 
sahaja.

adakah dia belajar daripada seorang individu islam atau belajar sendiri?

jika beliau belajar sendiri, saya berharap agar ada individu islam yang sudi 
mengajar beliau dengan betul agar terbuka pintu hati beliau menerima hidayah 
allah dan bukannya bacaan beliau hanya sebagai gimik politik sahaja.

teguran saya kepada anda yang bersetuju cuma satu sahaja, JANGANLAH ANDA 
TERLALU GHAIRAH UNTUK MENGHALALKAN ATAU MENGHARAMKAN SEMUA PERKARA YANG ANDA 
RASA BOLEH MENJADIKAN PERKARA TERSEBUT LEBIH ISLAMIK.

wallahualam. ..

honeyk...@yahoo. com

--- In hidayah...@yahoogro ups.com, amri el wahab wrote:
>
> Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat
>
> Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.
> Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam
> tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.
>
>
> 1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong
> ayat Al Quran ketika itu?
> 2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak....... .
> 3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata
> mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari
> itu.
> 4. Maka di sini kita lihat dia telah *mempergunakan* ayat Quran
> sebagai *alat
> mainan* politik nya untuk tujuan meraih undi.
> 5. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu
> bahawa ianya bermotif politik.
> 6. Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam
> boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???
> 7. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan
> rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam
> selepas ini.
> 8. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat
> orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya
> lintang pukang.
> 9. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di *pergunakan* oleh orang bukan
> Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
> 10. Walhal orang Islam sendiri di larang *mempergunakan atau
> memperalatkan* Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk
> meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.
> 11. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
> 12. Mengapa?
> 13. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al
> Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di
> hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.
> 14. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
> 15. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
> 16. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid....
> dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.
> 17. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang
> bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya
> malam itu?
> 18. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan
> hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan
> seorang yang mahir.
> 19. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan
> orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik
> kan?)
> 20. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang
> terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan
> bertepuk tangan.Malang. .......dan memalukan... ......... ..!!!
> 21. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran
> sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
> 22. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam
> sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.
>
>
>
> Salaam & Regards
> Amri el Wahab
> 68000 Ampang, Selangor
> MALAYSIA
> SMS: 0122441105
> Sila ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com
>




Messages in this topic (23) Reply (via web post) | Start a new topic
Messages | Links
Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine**

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at 
[email protected] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc]
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 

MARKETPLACE

$9000/Month at Home. Learn how Part Time, online!.


I Get Paid $450/day. Find out How. Part Time!.


Mom Power: Discover the community of moms doing more for their families, for 
the world and for each other

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to 
Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe



Recent Activity


 11
New Members

 1
New LinksVisit Your Group



Y! Messenger



      Layari secara lebih pantas dan bijaksana dengan Firefox 3!
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Kirim email ke