Assalamu'alaikum w.w.
 
Hari ni kita bimbang dengan kehilangan dan kehancuran
nilai-nilai baik dalam masyarakat disebabkan arak, dadah, 
judi, dan zina
 
Nilai murni masyarakat Islam, sepatutnya terpelihara,
namun dengan beberapa perkara yang tersebut di atas, 
ia menghancurkan, bukan saja di sisi manusia, malah
dalam neraca Allah yang Maha Sempurna.
 
 
Sabda Rasulullah,
 
"Apabila zahir (nyata) zina dan riba dalam sesebuah
kampung/tempat/negeri, maka penduduk kampung/negeri
itu telah menghalalkan untuk diri mereka sendiri azab dan
siksa Allah".
 
(Hadis riwayat al-Hakim)
 
 
Dalam sebuah Hadis lagi , Rasulullah s.a.w. bersabda yang
ertinya:
 
 Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa
hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan
peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang
suci dengan zina ( tanpa saksi yang adil).
 ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Di sini, dan banyak hadis lain, kita dapati zina dan riba digandingkan,
seolah-olah ia sama jahat - pelacuran dan riba seolah-olah sama
kotornya.
 
Malah dalam beberapa hadis lain, darjat pemakan riba dan
mereka yang terlibat dengan riba, lebih hina dari itu. Perhatikan
hadis berikut :
 
 Sabda Bagunda
 
 "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam
keadaan ia mengetahuinya, lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali"
 
(Musnad Ahmad , 
Albani mengatakan sohih )
 
 
Sabda Baginda lagi:
 
" Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya)
seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.."
 
(Ibn Majah,  Al-Hakim, Sohih
menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Sungguh menggerunkan, cuba kita ulang baca ,  
 
Riba yang paling ringan, seperti seorang lelaki berzina
dengan ibunya..
 
Astaghfirullah hal 'azhim
 
Macamana tak runtuh masyarakat kita, kalau kita yang ke mesjid,
yang  menjadi imam dan penceramah di institusi kemajuan
masyarakat masih bergelumang dengan dosa riba, yang minima
darjatnya 36 kali berzina !!! 
 
Majoriti masyrakat Islam tak merasa bersalah lansung, malah
rasa bangga bila berurusan dengan produk-produk riba
termasuklah insurans, pinjaman peribadi, kereta atau rumah,
FOREX, dan saham bercampur, malah pinjaman institusi pengajian
tinggi...
Penjualan dan promosi produk riba berlaku dengan mudah sekali.
Beberapa kali saya dihubungi dengan telepon bimbit dan telepon
pejabat oleh petugas/wakil bank untuk menggunakan produk-
produk mereka.  Bila ditanya adakah ia mengguntungkan ? 
Dengan spontan dia menjawab, "Ya, keuntungan 15 % tuan,
gerenti.."
 
Tidak marahkah anda , jika ada seseorang yang mempromosi
pelacur kepada kita secara selamba dengan telepon bimbit ?
 
Mungkin ada di antara anda yang marahkan saya membuat
perumpamaan ini. Tapi ketahuilah Allah dan rasullNya
mengatakan ianya lebih teruk lagi !!   Bukan sama, tapi berkali
ganda !!
 
Malangnya kita hari ni !!
 
  
Cuba perhatikan Firman Allah SWT : 
 
 
 "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah
SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar
beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, istiharkanlah
perang dengan Allah dan RasulNya"
 
(Al-Baqarah : 278)

 
  
 
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan
dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki' riba dalam
kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam
posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat
ini menyebut saki baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang
ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati,
perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan
diri darinya secara seratus peratus.
 
Bukan saja bagi penggambil riba, tetapi juga bagi mereka yang terlibat
dengan institusi riba ini,
 
Nabi SAW telah bersabda :
 
"Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya"
 
 (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah) ;
 
Termasuk juga mereka yang dilaknati adalah mereka yang menjadi
penjamin bagi setiap pinjaman riba ( yang termasuk dari kalangan
saksi riba).
 
Hilanglah kebaikan, keberkatan dalam hidup dan segala apa yang
diusahakan, walaupun harta melimpah ruah, duit dan amal kebajikan 
yang banyak, bila kita mendapat laknat dalam kehidupan ini...  
 
Berkatalah Ibn Abbas r.a :  
 
"Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba
tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya"
 
(Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, )
 
Allah takutnya !!
 
Ayuh, marilah kita bersegera mendapatkan pengampunan Allah,
dan meninggalkan dosa besar ini. Allah amat menyukai hambaNya
yang bertaubat.
Banyak ruang dan peluang yang Allah bukakan untuk kita memilih.
Allah tidak memberatkan hambaNya bila diturunkan sesuatu perintah.   
Setiapnya, pasti ada kebaikannya.
 
Ummah kita dah lama terggelam dalam lautan Riba sehingga kita jauh
dari rahmatNya. Inilah kejayaan tinggalan penjajah bila menamatnya
daulah Islam. Sistem kapitalis di "halalkan", ditenggelamkan muamalah
Islam sehinggalah hilang pengetahuan dan perkataan riba yang
sebenarnya..  .   Tiada lagi mereka-mereka  yang menjelaskan dosa riba  
sehingga khatib di mimbar jumaat jarang sekali bercakap mengenainya.
Jika mereka yang berada di atas mimbar sendiri tidak takut akan dosanya,
apa lagi ummat yang sentiasa menggangguk di bawahnya.
 
Amat dukacita sekali mereka yang boleh berusrah, pejuang Islam dalam
masyarakat, yang keluar berhari-hari dijalan Allah, pejuang keadilan dan
kebajikan masyarakat, pejuang sunnah yang tulin yang menapis hadis-
hadis dan riwayat,  tidak endah dan terlibat dengan pinjaman kereta riba,
pinjaman rumah dan pinjaman perniagaan riba, kad kredit dan insuran
riba, simpanan riba, sehinggalah kepada pinjaman pelajaran riba.
 
Allahu'alam
 
Wassalamu'alaikum w.w. 
  



      

Kirim email ke