Waalaikumusalam wbt, Saya rasa banyak lagi Kementerian yang Sdr Abu Samah perlu ucap tahniah. Mungkin ini adalah antara ciri-ciri kearah merealisasikan "Satu Malaysia". Malu adalah satu daripada cabang iman tapi demi untuk nak capai Satu Malaysia mungkin malu tak perlu lagi ada kepada rakyat Malaysia !!?? Yang jaga Kementerian Penerangan ialah orang yang dulunya sangat prihatin dengan warisan bangsa tapi kemana bangsa Melayu yang Islam adalah agama pengangan nya mau dibawa ? Dari pengacara TV sampai kepada pelakon berapa kerat saja yang berpakaian menutup aurat ?? Ada pengacara TV yang berbincang tentang pemakaian tudung kepala sesuai untuk kaum muslimat tapi dia sendir tidak memakai sebarang tudung atas kepala ( ? dilarang oleh pihak kementerian) !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Sat, 5/9/09, abu [email protected] <abu [email protected]> wrote: From: abu [email protected] <abu [email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tahniah Kementerian Penerangan To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Saturday, May 9, 2009, 12:41 AM Assallamualaikum. .... Tahniah untuk kementerian tersebut kerana membenarkan iklan2 yang berbau seks ditayangkan di tv Malaysia . Cuba kita renung kembali...jikalau dahulu semasa saya masih kecil ataupun remaja, jikalau seorang perempuan pegi kekedai untuk membeli tuala wanita, pekedai tersebut akan membungkuskan " benda " tersebut.... .Lah nii tak heran dah.....siap iklan gambar pempuan tido lagi atau sedang senyum ghairah.... Tak pelah ikut peredaran zaman katakan..... Kemudian keluar iklan minuman " tongkat ali, kacip fatimah dll ".....alasannya untuk kebahagian rumah tangga dan seperti " baru kahwin "...fulamak. Kira ok lagilah...keterbuka an katakan.... Lah nii keluaq iklan " UBAT KUAT LELAKI - UNTUK TAHAN LAMA " langsung tak selindung2 lagi.....Tak lama lagi keluaqlah iklan produk2 untuk seks atau cara seks di tv.....nak menyaing negara maju pulak katakan . Esok2 bila anak luar nikah makin banyak dan anak dalam tong sampah meningkat, heboh nak kaji sebabnya dan nak pantau kononnya. Nak salahkan masyarakat ataupun golongan muda kerana kurang ugama . Kesalahan sendiri letak pada bahu rakyat.....Inileh akibatnya bila pemimpin yang dilantik hanya mempunyai pemikiran semasa bukannya 10/20 tahun akan datang. Sepertimana pembenterasan " along " tapi kat surat khabar melambak iklan pinjaman wang cuma bezanya dikatakan ianya berlesen. Lesen bukan susah nak dapat pun... aktiviti mereka tetap sama jugak...cuba pegi pinjam 2/3 ribu dan jangan bayar... tengok reaksi dia orang . Ada pepatah Melayu menyatakan " KETAM AJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS " tapi sendiri bengkok...belakang kira.... Wassallam
