Assallamualaikum.....

Tahniah untuk kementerian tersebut kerana membenarkan iklan2
yang berbau seks ditayangkan di tv Malaysia .

Cuba kita renung kembali...jikalau dahulu semasa saya masih kecil ataupun
remaja, jikalau seorang perempuan pegi kekedai untuk membeli tuala wanita,
pekedai tersebut akan membungkuskan " benda " tersebut.....Lah nii tak heran
dah.....siap iklan gambar pempuan tido lagi atau sedang senyum ghairah....
Tak pelah ikut peredaran zaman katakan.....

Kemudian keluar iklan minuman " tongkat ali, kacip fatimah dll ".....alasannya
untuk kebahagian rumah tangga dan seperti " baru kahwin "...fulamak.
Kira ok lagilah...keterbukaan katakan....

Lah nii keluaq iklan " UBAT KUAT LELAKI - UNTUK TAHAN LAMA " langsung
tak selindung2 lagi.....Tak lama lagi keluaqlah iklan produk2 untuk seks atau
cara seks di tv.....nak menyaing negara maju pulak katakan .

Esok2 bila anak luar nikah makin banyak dan anak dalam tong sampah meningkat,
heboh nak kaji sebabnya dan nak pantau kononnya. Nak salahkan masyarakat
ataupun golongan muda kerana kurang ugama .
Kesalahan sendiri letak pada bahu rakyat.....Inileh akibatnya bila pemimpin yang
dilantik hanya mempunyai pemikiran semasa bukannya 10/20 tahun akan datang.
Sepertimana pembenterasan " along " tapi kat surat khabar melambak iklan 
pinjaman
wang cuma bezanya dikatakan ianya berlesen. Lesen bukan susah nak dapat pun...
aktiviti mereka tetap sama jugak...cuba pegi pinjam 2/3 ribu dan jangan bayar...
tengok reaksi dia orang .

Ada pepatah Melayu menyatakan " KETAM AJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS "
tapi sendiri bengkok...belakang kira....

Wassallam





Kirim email ke