Kepada perokok-perokok di Malaysia ini, terutamanya perokok bangsa Melayu. 
Bertimbang rasalah bila anda merokok , asap yang dikeluarkan dari mulut anda 
adalah lebih bahaya dari asap rokok yang anda hisap.

ASAP ROKOK INI BOLEH MENYEBABKAN SAKIT KEPALA KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI 
MASALAH MIGRAINE.

Kepada remaja-remaja sekolah rendah dan sekolah menengah, kalau rakan sekelas 
atau satu sekolah anda hisap rokok, jauhi mereka. Kerana ianya boleh 
mendatangkan SAKIT KEPALA , DEMAM, SELESEMA, ASMA kepada anda dan lain-lain 
penyakit walaupun anda tidak menghisap rokok.

Bayi yang terdedah pada asap rokok boleh membawa kepada maut yang dipanggil 
Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) atau Sindrom Bayi Mati Mengejut.

Kepada orang dewasa yang merokok, janganlah merokok depan anak-anak dan 
isteri-isteri. Kepada guru-guru yang merokok janganlah tunjuk pada murid-murid, 
yang anda merokok walaupun di luar sekolah. Kepada pemimpin-pemimpin politik 
yang merokok janganlah tunjukkan anda merokok dihadapan penyokong anda. Kepada 
penyanyi dan artis yang merokok janganlah tunjukkan anda merokok depan peminat 
anda.

Terlalu banyak kemudaratan merokok ini. Remaja kita di sekolah rendah dah ramai 
hisap rokok, yang di sekolah menengah tak payah ceritalah.

Kalau nak sangat merokok, pastikan asap rokok itu ditelan terus dalam perut 
atau dibuang dalam beg plastik. 

KEMUDARATAN ASAP YANG DILEPASKAN OLEH PEROKOK AKAN BERTAMBAH BURUK KETIKA CUACA 
PANAS DAN KERING.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

This is because it has now been conclusively proved that smoking or inhaling 
even second hand smoke may lead to a headache 
http://www.headacheupdates.com/migraine/causes-of-headache/stress/cigarette-smoking-can-cause-severe-headaches.htm
 

Exposure to cigarette smoke causes wheezing, coughing, and an extra mucus 
(phlegm) in many children. Secondhand smoke also can cause fluid to build up in 
the inner ear, which can cause ear infections. Lower respiratory infections, 
such as pneumonia and bronchitis, are also risks. Sometimes these types of 
infections become serious enough to require hospitalization, especially when 
they develop in babies and young children. 

Babies who are exposed to secondhand smoke are at increased risk for sudden 
infant death syndrome (SIDS). http://www.gaiasaunas.com/harmful_toxins.html 



      

Kirim email ke