Anda lepasan SPM 2008?? atau lepasan STPM & STAM 2008??

anda bakal melanjutkan pelajaran di kampus?

anda ingin ketahui tentang kehidupan di kampus serta sistem      pengajiannya??

anda ingin mengenali potensi yang ada dalam diri anda?

anda sedang merancang masa depan dan mahu menjadi salah seorang pemimpin 
Islam...


ayuh sertai kami, 
Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009

 ada jawapannya..


untuk maklumat lanjut..klik di  
http://pmgk2009.blogspot.com/
5-7 Jun 2009 @ UIAM, Gombak


  
Pengenalan
Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 (PMGK) bertujuan
melatih generasi mahasiswa agar bersifat dinamik dan progresif sebagai
persediaan untuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Hasrat ini
dilaksanakan dengan meletakkan tradisi budaya ilmu sebagai pra-syarat
penting ke arah pembinaan sahsiah yang unggul, pembentukan bangsa yang
mapan dan pembinaan tamadun yang tinggi. Namun segalanya hanya dapat
direalisasikan jika semua pihak membantu menggembleng tenaga
menjayakannya.

Program PMGK 2009 yang dirancang oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam 
Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) dengan 
anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor kali ini juga bertujuan untuk membantu 
mendedahkan kepada para pelajar
tentang kehidupan di kampus serta memupuk sahsiah yang tinggi dengan
memiliki matlamat yang jelas dan mampu untuk membangunkan diri,
keluarga dan negara berlandaskan kefahaman dan penghayatan Islam yang
syumul. 
   
Objektif
        1. Mengubah
paradigma para pelajar ke arah yang lebih positif seiring dengan arus
pembangunan dan perkembangan intelektual pada hari ini. 
        2. Mendedahkan      kepada para pelajar tentang kehidupan di kampus 
serta sistem      pendidikannya. 
        3. Membantu
para peserta dalam mengenali potensi diri seterusnya mampu membuat
pilihan yang tepat mengenai kerjaya dan masa depan. 
        4. Menyemai      satu idealisme bagi membudayakan ilmu dalam setiap 
tindakan dan      perancangan. 
        5. Memberi      satu bentuk latihan kepimpinan dan keperibadian Islam.
        6. Memantapkan pembangunan diri dari aspek rohani, jasmani, emosi dan 
intelektual.


http://pmgk2009.blogspot.com/



      

Kirim email ke