Assalamualaikum w.w. Mengikut kaedah syarak, Asal semua benda adalah halal, melainkan yang diharamkan (dinyatakan pengharamannya). Sebagai contoh, semua tepung gandum adalah halal dimakan dari segi zatnya, melainkan telah datang berita percampurannya dengan najis atau sebagainya. Dua bulan lepas, seorang pesakit menggembalikan sebotol vitamin c yang dibelinya disebabkab tiada tanda halal. Tuan punya farmasi bertanya kepadanya, kenapa pula ubat ini tidak halal ? Jawabnya, sebab tiada tanda halal dari Jakim. Adakah tuan tahu apa-apa berita tentang haramnya, samada bercampur najis atau ada kesahihan berita untuk meragui halalnya ? Tidak. Kalau tidak, maka ia tetap halal, tak payah halal Jakimpun ia tetap halal... Lagipun Vitamin C dalam bentuk tablet.. tiada masaalah.. Rasa rasa pelanggan tadi mungkin terkeliru, disebabkan pakaging . Apa yang menjadi isu sekarang bukanlah ubatnya, tetapi kapsul atau coating untuk ubat pil dalam pasaran. Selalunya kita dapati kapsul yang digunakan adalah kapsul gelatin (samada hard atau soft gelatin ) yang diperbuat dari haiwan, disinilah timbul keraguan atau persoalan.. Begitu juga coating nya. "Apakah kapsul yang digunakan halal atau tidak ? Samada dari porcine atau bovine ? Kita harus ketahui jika ianya dari bovine, tak semestinya ia halal. Kawan saya dari Sg Petani, bergerak kebeberapa negara mencari kapsul gelatin untuk ubat yang diusahakannya. Hampir kesemua negara yang dilawati, yang menjadi pembekal utama ubatan oleh KKM, menghasilkan gelatin dari lembu yang tidak diproses mengikut kaedah syarak. Ada yang diproses dari bangkai (lembu yang sudah mati sebelum di sembelih). Hakikatnya semua binatang yang tidak disembelih mengikut batas syarak adalah bangkai.. Beliau beberapa kali menemui petugas yang berkenaan dari KKM dan jabatan Agama Islam untuk berbincang status dan dapatannya tentang gelatin di negara berkenaan. Beliau mencadangkan agar beberapa garis panduan dibuat kepada pembekal agar memberhentikan impot dari beberapa negara tertentu / kilang berkenaan. Hanya kilang yang dikenalpasti menepati nilai syarak sahaja boleh mengimpot ubat siap atau gelatinnya ke Malaysia. Ada kilang dari negara jiran yang mengeluarkan kapsul gelatin mendapat status halal, namun tidak menepati nilai-nilai syarak, masih lagi menggunakan by-produk (tulang dan kulit) dari lembu yang disembelih oleh bukan Muslim. Hampir majoriti kapsul yang di gunakan oleh ubat di KKM menggunakan gelatin "haram". Itu tidak termasuk lagi soft gel . Alasan yang di gunakan oleh mereka ialah "terpaksa"...? darurat.!! Apa yang darurat nya? Banyak ubat yang dulunya hanya kapsul, seperti Amoxicillin sekarang ini sudah ada dalam bentuk tablet. Dulu hanya dalam bentuk kapsul sahaja. Begitu juga dengan doxycillin dan immodium.. Kapsul gelatin halal juga boleh didapati dengan mudah. Untuk update, kini kawan saya tadi, berjaya menghasilkan kapsul dari kilangnya sendiri. Namun seperti yang di sebutkan, pengguatkuasaan menggunakan kapsul halal masih lagi tidak berjalan. Disinilah peranan kita !1 Sebagai pengguna, jangan tinggalkan isu ini - "keperluan menggunakan KAPSUL HALAL dalam semua ubat di Malaysia". Sebenarnya kuasa memilih adalah ditangan kita, kitalah yang menjadi end user kepada ubat atau supplement.... Mencari yang halal adalah wajib Kita Mahu, Kita Dapat !!, Wassalamu'alaikum w.w.
