* LEMAH Apabila badan lemah, maka fikiran pun turut lemah*.* Bila menyedari kelemahan anda, maka anda dapat berbuat se- suatu pada kelemahan itu. Orang yang lemah ragu-ragu ragu-ragu sebelum mengambil keputusan, orang yang kuat akan ragu-ragu selepas itu. Ada masanya kelemahan- kelemahan kita akan memberi pertolongan yang tidak ter- duga.
Kelemahan orang pintar, apabila dia mengetahui dirinya pintar. kelemahan orang bodoh, apabila dia tidak meng- etahui dirinya bodoh. Orang yang paling kuat sekali pun, pasti mempunyai kelemahan. Orang yang paling besar selkali pun, sesungguhnya menjadi orang suruhan orang lain. Ada dua hal yang menunjukan kelemahan iaitu berdiam diri pada waktu perlu berbicara,dan berbicara pada waktu perlu berdiam diri. LIDAH Berbahagialah orang yang dapat menahan lidahnya. Gigitan yang paling menyakitkan datang dari lidah yang tajam. Hati- hatilah jangan sampai lidahmu sendiri memotong lehermu, ikatlah lidah kecuali pada kebenaran, kemudikan sebelum ia mengemudikanmu Lidah orang berakal terletak di belakang hatinya. Hati orang yang bodoh terletak dibelakang lidahnya. * Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat. Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....... Janganlah menjadi begitu masin.. sehingga orang meludahmu.. Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...
