balasan anda penuh dengan text dengan sedikit saja pointnya yang tidak pun 
memberi jawapan tepat:
 
Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca 
al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang 
berjunub. Ini adalah mazhab Hambali

Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-Quran kerana dia belum 
percaya kepada kehormatannya. Ini adalah mazhab Syafie.

cuba simplifykan dan terus kepada point.
 
Iman

--- Pada Jum, 15/5/09, [email protected] 
<[email protected]> menulis:


Daripada: [email protected] <[email protected]>
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: X SALAH KEE? Ngor Kee Ming dan Al 
Quran
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Tarikh: Jumaat, 15 Mei, 2009, 12:16 PM









Penjelasan yang diberikan oleh Ust Abdul Ghani Shamsudin berkenaan isu ini. 
Beliau adalah bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), adalah antara 
orang yang sangat layak memberikan pendapatnya dan terimalah dengan hati yang 
terbuka. Semoga dengan penjelasan ini akan lebih menambahkan ilmu kita, 
insya'allah. ..

Hukum orang kafir membaca al-Quran
oleh: Ust Abdul Ghani Shamsudin

Baru-baru ini  ada kalangan dan individu tertentu membuat laporan polis kerana 
ada pemimpin Tionghoa berceramah dengan membaca ayat al-Quran untuk menguatkan 
hujah dalam ceramahnya. Masalahnya bolehkah orang kafir membaca ayat al-Quran 
untuk menguatkan hujah? Adakah pembacaan mereka dengan niat seperti di atas 
merupakan penghinaan kepada al-Quran dan menjatuhkan martabat Islam?

Musafir Kelana,
Kuala Lumpur
============ ========= ========= ========= ========= ========= ========= 
========= ========= ========
Jawapan:

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Nahli ayat 44  bermaksud:
"Maka Kami turunkan kepadamu al-Zikr (al-Quran) ini, untuk engkau menerangkan 
kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; moga-moga mereka berfikir."

Ayat ini menerangkan bayawa al-Quran dan isinya mesti disampaikan kepada 
seluruh manusia; justeru motif penurunan al-Quran ialah untuk dakwah dan 
mengajak orang ramai ikut menganut ajaran, hukum hakam dan nilai-nilainya.

Sebab itu Rasulullah S.A.W menukilkan beberapa ayat daripada al-Quran dalam 
suratnya kepada para pemimpin orang kafir sama ada pemimpin orang Rom mahupun 
Habsyah.

Dalam utusan baginda kepada Najasyi, antara lain baginda menjelaskan:
"Saya mengajak anda agar menerima seruan Allah justeru saya adalah Rasulullah. 
Oleh itu masuklah saudara dalam Islam nescaya anda akan sejahtera. (Firman 
Allah dalam Surah Ali Imran ayat 64:) "Wahai Ahli Kitab, marilah kita menuju 
kepada satu Kalimah yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah 
selain Allah, dan kita tidak mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun; dan 
bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah." Jika 
mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah bahawa 
sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam."

"Jika saudara enggan maka saudara akan memikul dosan Nasraninya kaum saudara." 
Ayat yang sama disisipkan dalam utusan baginda kepada Hercules Raja Rom, dan 
Muqauqis Raja kaum Qibthi.

Utuan baginda kepada Raja Parsi pula antara lain berbunyi: "Saya mengajak anda 
dengan ajakan Allah; bahawa saya adalah Rasulullah kepada manusia sejagat untuk 
memberi peringatan kepada:" Siapa yang hidup jiwanya dan agar ketetapan azab 
terhadap orang-orang yang kafir menjadi satu kepastian. (Maksud sebahagian 
Surah Yasin ayat 70."Oleh itu masuklah dalam agama Islam, anda pasti sejahtera. 
Tapi kalau saudara enggan maka saudara akan memikul dosa majusinya (kaum) 
saudara."

Bingkisan Rasulullah kepada Hercules dan lain-lain adalah sesuatu yang tersurat 
dalam lipatan sejarah Islam. Sirah Rasul dan riwayat hadith seperti ini 
dijadikan dalil oleh segolongan ulama untuk mrmbolehkan orang yang junub 
membaca al-Quran. Ini kerana sudah barang tentu orang-orang kafir tidak selamat 
daripada janabah, meskipun demikian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tetap 
juga menulis surat kepada mereka; dengan menampilkan ayat-ayat tersebut untuk 
mereka dapat membacanya.

Menurut Dr Ahmad Salim dalam buku beliau 'Faidhu al Rahman Fi al-Ahkam 
al-Fiqhiyah al-Khassah Bi al-Quran', terdapat dua pendapat dalam perkara ini:

Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca 
al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang 
berjunub. Ini adalah mazhab Hambali

Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-Quran kerana dia belum 
percaya kepada kehormatannya. Ini adalah mazhab Syafie.

Pengarang kitab 'Hasyiah al-Bujairimi' mensyaratkan supaya orang kafir tersebut 
diharap untuk masuk Islam.

Apabila dirujuk pula kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie kita menemui hakikat 
berikut:
Imam Ramli dalam kitabnya 'ihaayatu al Muhtaj' berkata:"Orang kafir tidak 
ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada 
kehormatannya."

Pengarang kitab 'Mughni al-Muhtaj', Imam Muhammad as-Syarbini menegaskan 
bahawa: "Perkara kedua dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran 
bagi orang Muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak 
percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi."

Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya: "Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk 
duduk di masjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan 
bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid."

Kalau kita mama-amati, sebab kenapa tidak ditegah orang kafir yang berjunub 
membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah kerana mereka belum beriman atau 
percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir berbuat 
demikian adalah berdasarkan hadith; yang mana Nabi S.A.W pernah menahan 
orang-orang musyrikin di dalam masjid.

Sayidina Umar ibnul Khattab pernah merampas al-Quran daripada saudara 
perempuannya ketika beliau masih belum beriman. Kemudian beliau terbaca 
ayat-ayat al-Quran dalam Surah Toha semasa beliau masih kafir. Oleh kerana 
kesan ayat itu begitu tepat menerjah dalam lubuk hatinya beliau lantas sedar 
dan insaf sehingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.

Maharaja Najasyi pemerintah Kristian dari Habsyah membaca Surah Maryam yang 
akhirnya beliau beriman kepada Allah. Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa dalam 
Sirah Nabawi yang menunjukkan betapa ramai golongan buka Islam setelah mereka 
membaca atau mendengar ayat al-Quran dalam keadaan mereka masih kafir!

Berdasarkan kepada keterangan di atas maka kita dapat mengatakan bahawa 
tindakan penceramah Tionghoa berkenaan tidaklah salah atau menghina al-Quran, 
sebaliknya sebagai tanda penghormatan beliau kepada Quran sebagai kitab suci. 
Bahkan itu juga menunjukkan kesediaan beliau untuk bersandarkan kepada 
saranan-saranan lohor yang terdapat dalam al-Quran.

Lebih jauh perbuatan yang demikian akan memasyhurkan lagi ajaran al-Quran untuk 
dibaca oleh khalayak kaumnya yang masih belum beriman dan tidak pernah 
mendengar ajaran seperti itu daripada pemimpin Melayu berfaham asabiah.

Kita berharap agar suatu masa nanti hati orang yang dengan rela hati membaca 
ayat al-Quran ini akan dibuka oleh Allah untuk menerima hidayah Allah dan 
mereka menjadi pengamal nilai dan ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam 
al-Quran.

============ ========= ========= ========= ========= ========= ========= 
========= ========= ========= ========= =========









Roslan Salleh
Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com
05/15/2009 05:58 AM




Please respond to
hidayah...@yahoogro ups.com






To
Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>;


cc



Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: X SALAH KEE? Ngor Kee Ming dan Al Quran

















Berdoa moga non-muslim akan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah, berkat 
membaca dan cuba memahai islam. Cat Steven diberi hadiah alQuran oleh abangnya 
yg kafir, dan kemudiaan memeluk Islam. Cerita2 sebegini mmg banyak dalam 
internet.... silakn mencari kisah2 saudara baru kita.
 
Bersangka baik pd mereka ......tak perlu nak kita kaji samada ikhlas tak 
ikhlas, itu adalah urusan dia dgn Allah. Dia pun bukan menghina Islam atau 
melakukan keji pd Quran.
 
Skrg ni pun ramai melayu  meninggalkan Islam atau nak separuh-separuh. 
.....yelah Islam keturunan, manakan sama dgn Islam yg mmg difahami dan 
diingini..
 
Allah maha mengetahui.



Daripada: "noora_noor158@ yahoo.com" <noora_noor158@ yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Isnin, 27 April , 2009 3:58:35
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Re: X SALAH KEE? Ngor Kee Ming dan Al Quran

X SALAH KE?????

1st skali i nak tnya, sebelum u tulis pendapat u kat bawah tu,
u ada buat rujukan kee?
atau sekadar pendapat sahaja.?

memang betul AL-QURAN diturunkan untuk semua umat manusia, tapi harus diingat, 
ianya perlu dipelajari dan mesti mempunyai guru untuk mengajar seseorang yang 
ingin mengaji (membaca AL-QURAN). tidak boleh suka-suka nak sebut ayat suci 
tersebut.

ini adalah pendapat saya. saya pun bukan pandai sangat pasal ini semua. dan 
disini saya ingin bertanya kepada yang betul2 pakar dlm bidang ini.

tolong jelaskan.. sebab AL-QURAN bukan mainan.

sekian terima kasih

--- In hidayah...@yahoogro ups.com, "ridzuanazhar" wrote:
>
> harus diingat al-quran diturunkan utk semua manusia bukannya utk org mlyu 
> saja! jika kita mngnangap org bkn islm tidk bleh membaca al-quran, smpai 
> bila2 pun mreka tdk brmnat dgn islm! saya suka mngambil cntoh tddakkn tony 
> blair yang sekarg ni tengah mgkaji(keistmewaan) isi kndngan al-quran. adkh 
> kdngaran para ulama`2 bsar mmbantah tindkkan tony blair ini?
>
> dlm kes ni (ngor kee ming) kita ptut rsa bangga dgn tndkkn brani yb trsbut. 
> tkkn yb tu tktau risiko ble brmain api? ini jga mnjukkn dkwh parti islam 
> diklntan ini sdkit sebnyk dapat mengubat ketakutan org bkn islm trhdp islm. 
> zman skrng nie kita lebih rasa bangga ble ank2 kita bejya mnjadi pembela 
> undng2 barat dripada mngakkn undg2 allah!
>
> -EwantZzz
>
>
>
>
> --- In hidayah...@yahoogro ups.com, amri el wahab wrote:
> >
> > Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat
> >
> > Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana.
> > Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam
> > tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati.
> >
> >
> > 1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong
> > ayat Al Quran ketika itu?
> > 2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak....... .
> > 3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata
> > mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari
> > itu.
> > 4. Maka di sini kita lihat dia telah *mempergunakan* ayat Quran
> > sebagai *alat
> > mainan* politik nya untuk tujuan meraih undi.
> > 5. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu
> > bahawa ianya bermotif politik.
> > 6. Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam
> > boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri???
> > 7. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan
> > rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam
> > selepas ini.
> > 8. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat
> > orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya
> > lintang pukang.
> > 9. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di *pergunakan* oleh orang bukan
> > Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik?
> > 10. Walhal orang Islam sendiri di larang *mempergunakan atau
> > memperalatkan* Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk
> > meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam.
> > 11. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati
> > 12. Mengapa?
> > 13. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al
> > Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di
> > hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru.
> > 14. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah.
> > 15. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran
> > 16. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid....
> > dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya.
> > 17. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang
> > bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya
> > malam itu?
> > 18. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan
> > hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan
> > seorang yang mahir.
> > 19. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan
> > orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik
> > kan?)
> > 20. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang
> > terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan
> > bertepuk tangan.Malang. .......dan memalukan... ......... ..!!!
> > 21. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran
> > sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik.
> > 22. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam
> > sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik.
> >
> >
> >
> > Salaam & Regards
> > Amri el Wahab
> > 68000 Ampang, Selangor
> > MALAYSIA
> > SMS: 0122441105
> > Sila ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com
> >
>




Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.

















      Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke