Kepada cik Lynn Zarina, Terima kasih atas perhatian kepada email ini. Andai Lynn cakap 'sedikit saja pointnya', bagi saya satu artikel di bawah ni menjawab segala persoalan. sangat sarat isi dan hujjah.
jawapan di bawah adalah jawapan dari Ulama' iaitu Ust Abdul Ghani Shamsuddin. Kelebihan ulama bila mengupas satu2 persoalan dan isu, beliau akan ulas mengikut marhalah ilmu. Hujjah utama - Melalui nas dan dalil dari Al-Quran, yang juga merupakan hujah utama Hujjah kedua - Hujjah yang dikutip melalui sunnah Rasulullah S.A.W dan juga melalui sirah nabi Hujjah ketiga & keempat - Pendapat mazhab yang 4, dan pandangan Ijma' Ulama muktabar dan melalui kitab2 rujukan bidang yg berkaitan tasawwur, fiqh, etc. Dan terakhir sekali Ust Abd Ghani Shamsuddin membuat kesimpulan berdasarkan persoalan tadi. Maknanya jawapan yg diberi mengambilkira hujah2 yg tersusun, dari Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulama' dan Kias. (yang ni mungkin cik Lynn tak habis baca. Orang putih cakap perenggan akhir ni CONCLUSION). Nak lebih nampak, saya dah boldkan 3 perenggan terakhir jawapan di bawah ni untuk kejelasan cik Lynn. Cik Lynn highlight pandangan pertama dan kedua dari Mazhab Hambali. Tujuan Ust Ghani memberikan 2 pandangan itu supaya kita jelas tentang wujudnya perbezaan 'approach' dari mazhab Hambali dan Syafie; dan kita adalah pengikut mazhab syafie' jadi wajarlah hujjah ini diambil kira. Pendek kata, kalau nakkan point jawapan simplikasi yg seringkas 'boleh', 'tak boleh', harus, haram, wajib dan seumpamanya akan menimbulkan persoalan2 lain yg takde kesudahan. Berapa ramai yg cuba sampaikan pendapat kat sini ikut selera masing2. Nah! sekarang ulama sudah menjawab dari nas2 yg terkandung dalam al-quran, sunnah, dan ijmak ulama', masih adakah lagi persoalan2 sinis dan nakal yg timbul dek kerana pendirian politik masing2? Selebihnya saya sarankan untuk diri saya sendiri, dan kita semua boleh pergi ke majlis2 ilmu untuk sama2 menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan ketaqwaan kita. Mohon maaf sekiranya ada yg terkecil hati di atas respon saya ini. Shaiful ([email protected]) Lynn Zarina Sent by: [email protected] 05/28/2009 09:37 AM Please respond to [email protected] To "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> cc Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: X SALAH KEE? Ngor Kee Ming dan Al Quran balasan anda penuh dengan text dengan sedikit saja pointnya yang tidak pun memberi jawapan tepat: Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-Quran kerana dia belum percaya kepada kehormatannya. Ini adalah mazhab Syafie. cuba simplifykan dan terus kepada point. Iman --- Pada Jum, 15/5/09, [email protected] <[email protected]> menulis: Daripada: [email protected] <[email protected]> Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: X SALAH KEE? Ngor Kee Ming dan Al Quran Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Tarikh: Jumaat, 15 Mei, 2009, 12:16 PM Penjelasan yang diberikan oleh Ust Abdul Ghani Shamsudin berkenaan isu ini. Beliau adalah bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), adalah antara orang yang sangat layak memberikan pendapatnya dan terimalah dengan hati yang terbuka. Semoga dengan penjelasan ini akan lebih menambahkan ilmu kita, insya'allah. .. Hukum orang kafir membaca al-Quran oleh: Ust Abdul Ghani Shamsudin Baru-baru ini ada kalangan dan individu tertentu membuat laporan polis kerana ada pemimpin Tionghoa berceramah dengan membaca ayat al-Quran untuk menguatkan hujah dalam ceramahnya. Masalahnya bolehkah orang kafir membaca ayat al-Quran untuk menguatkan hujah? Adakah pembacaan mereka dengan niat seperti di atas merupakan penghinaan kepada al-Quran dan menjatuhkan martabat Islam? Musafir Kelana, Kuala Lumpur ============ ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ======== Jawapan: Allah SWT berfirman dalam Surah Al Nahli ayat 44 bermaksud: "Maka Kami turunkan kepadamu al-Zikr (al-Quran) ini, untuk engkau menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; moga-moga mereka berfikir." Ayat ini menerangkan bayawa al-Quran dan isinya mesti disampaikan kepada seluruh manusia; justeru motif penurunan al-Quran ialah untuk dakwah dan mengajak orang ramai ikut menganut ajaran, hukum hakam dan nilai-nilainya. Sebab itu Rasulullah S.A.W menukilkan beberapa ayat daripada al-Quran dalam suratnya kepada para pemimpin orang kafir sama ada pemimpin orang Rom mahupun Habsyah. Dalam utusan baginda kepada Najasyi, antara lain baginda menjelaskan: "Saya mengajak anda agar menerima seruan Allah justeru saya adalah Rasulullah. Oleh itu masuklah saudara dalam Islam nescaya anda akan sejahtera. (Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 64:) "Wahai Ahli Kitab, marilah kita menuju kepada satu Kalimah yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah, dan kita tidak mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun; dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." "Jika saudara enggan maka saudara akan memikul dosa Nasraninya kaum saudara." Ayat yang sama disisipkan dalam utusan baginda kepada Hercules Raja Rom, dan Muqauqis Raja kaum Qibthi. Utuan baginda kepada Raja Parsi pula antara lain berbunyi: "Saya mengajak anda dengan ajakan Allah; bahawa saya adalah Rasulullah kepada manusia sejagat untuk memberi peringatan kepada:" Siapa yang hidup jiwanya dan agar ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir menjadi satu kepastian. (Maksud sebahagian Surah Yasin ayat 70."Oleh itu masuklah dalam agama Islam, anda pasti sejahtera. Tapi kalau saudara enggan maka saudara akan memikul dosa majusinya (kaum) saudara." Bingkisan Rasulullah kepada Hercules dan lain-lain adalah sesuatu yang tersurat dalam lipatan sejarah Islam. Sirah Rasul dan riwayat hadith seperti ini dijadikan dalil oleh segolongan ulama untuk mrmbolehkan orang yang junub membaca al-Quran. Ini kerana sudah barang tentu orang-orang kafir tidak selamat daripada janabah, meskipun demikian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tetap juga menulis surat kepada mereka; dengan menampilkan ayat-ayat tersebut untuk mereka dapat membacanya. Menurut Dr Ahmad Salim dalam buku beliau 'Faidhu al Rahman Fi al-Ahkam al-Fiqhiyah al-Khassah Bi al-Quran', terdapat dua pendapat dalam perkara ini: Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-Quran kerana dia belum percaya kepada kehormatannya. Ini adalah mazhab Syafie. Pengarang kitab 'Hasyiah al-Bujairimi' mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam. Apabila dirujuk pula kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie kita menemui hakikat berikut: Imam Ramli dalam kitabnya 'ihaayatu al Muhtaj' berkata:"Orang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya." Pengarang kitab 'Mughni al-Muhtaj', Imam Muhammad as-Syarbini menegaskan bahawa: "Perkara kedua dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang Muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi." Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya: "Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di masjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid." Kalau kita amat-amati, sebab kenapa tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah kerana mereka belum beriman atau percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir berbuat demikian adalah berdasarkan hadith; yang mana Nabi S.A.W pernah menahan orang-orang musyrikin di dalam masjid. Sayidina Umar ibnul Khattab pernah merampas al-Quran daripada saudara perempuannya ketika beliau masih belum beriman. Kemudian beliau terbaca ayat-ayat al-Quran dalam Surah Toha semasa beliau masih kafir. Oleh kerana kesan ayat itu begitu tepat menerjah dalam lubuk hatinya beliau lantas sedar dan insaf sehingga akhirnya beliau memeluk agama Islam. Maharaja Najasyi pemerintah Kristian dari Habsyah membaca Surah Maryam yang akhirnya beliau beriman kepada Allah. Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa dalam Sirah Nabawi yang menunjukkan betapa ramai golongan buka Islam setelah mereka membaca atau mendengar ayat al-Quran dalam keadaan mereka masih kafir! Berdasarkan kepada keterangan di atas maka kita dapat mengatakan bahawa tindakan penceramah Tionghoa berkenaan tidaklah salah atau menghina al-Quran, sebaliknya sebagai tanda penghormatan beliau kepada Quran sebagai kitab suci. Bahkan itu juga menunjukkan kesediaan beliau untuk bersandarkan kepada saranan-saranan lohor yang terdapat dalam al-Quran. Lebih jauh perbuatan yang demikian akan memasyhurkan lagi ajaran al-Quran untuk dibaca oleh khalayak kaumnya yang masih belum beriman dan tidak pernah mendengar ajaran seperti itu daripada pemimpin Melayu berfaham asabiah. Kita berharap agar suatu masa nanti hati orang yang dengan rela hati membaca ayat al-Quran ini akan dibuka oleh Allah untuk menerima hidayah Allah dan mereka menjadi pengamal nilai dan ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam al-Quran. ============ ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= Roslan Salleh Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com 05/15/2009 05:58 AM Please respond to hidayah...@yahoogro ups.com To Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>; cc Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Re: X SALAH KEE? Ngor Kee Ming dan Al Quran Berdoa moga non-muslim akan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah, berkat membaca dan cuba memahai islam. Cat Steven diberi hadiah alQuran oleh abangnya yg kafir, dan kemudiaan memeluk Islam. Cerita2 sebegini mmg banyak dalam internet.... silakn mencari kisah2 saudara baru kita. Bersangka baik pd mereka ......tak perlu nak kita kaji samada ikhlas tak ikhlas, itu adalah urusan dia dgn Allah. Dia pun bukan menghina Islam atau melakukan keji pd Quran. Skrg ni pun ramai melayu meninggalkan Islam atau nak separuh-separuh. .....yelah Islam keturunan, manakan sama dgn Islam yg mmg difahami dan diingini.. Allah maha mengetahui. Daripada: "noora_noor158@ yahoo.com" <noora_noor158@ yahoo.com> Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Dihantar: Isnin, 27 April , 2009 3:58:35 Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Re: X SALAH KEE? Ngor Kee Ming dan Al Quran X SALAH KE????? 1st skali i nak tnya, sebelum u tulis pendapat u kat bawah tu, u ada buat rujukan kee? atau sekadar pendapat sahaja.? memang betul AL-QURAN diturunkan untuk semua umat manusia, tapi harus diingat, ianya perlu dipelajari dan mesti mempunyai guru untuk mengajar seseorang yang ingin mengaji (membaca AL-QURAN). tidak boleh suka-suka nak sebut ayat suci tersebut. ini adalah pendapat saya. saya pun bukan pandai sangat pasal ini semua. dan disini saya ingin bertanya kepada yang betul2 pakar dlm bidang ini. tolong jelaskan.. sebab AL-QURAN bukan mainan. sekian terima kasih --- In hidayah...@yahoogro ups.com, "ridzuanazhar" wrote: > > harus diingat al-quran diturunkan utk semua manusia bukannya utk org mlyu saja! jika kita mngnangap org bkn islm tidk bleh membaca al-quran, smpai bila2 pun mreka tdk brmnat dgn islm! saya suka mngambil cntoh tddakkn tony blair yang sekarg ni tengah mgkaji(keistmewaan) isi kndngan al-quran. adkh kdngaran para ulama`2 bsar mmbantah tindkkan tony blair ini? > > dlm kes ni (ngor kee ming) kita ptut rsa bangga dgn tndkkn brani yb trsbut. tkkn yb tu tktau risiko ble brmain api? ini jga mnjukkn dkwh parti islam diklntan ini sdkit sebnyk dapat mengubat ketakutan org bkn islm trhdp islm. zman skrng nie kita lebih rasa bangga ble ank2 kita bejya mnjadi pembela undng2 barat dripada mngakkn undg2 allah! > > -EwantZzz > > > > > --- In hidayah...@yahoogro ups.com, amri el wahab wrote: > > > > Kesucian Al Quran wajib di pelihara oleh Umat > > > > Ana terpanggil untuk menyuarakan bantahan Ana. > > Pertama mari kita lihat dari sudut mana yang di kata kan orang bukan Islam > > tidak boleh sesuka hati membaca dan menterjemah kan Al Quran sesuka hati. > > > > > > 1. Apa kah tujuan Ngor memetik dan membaca serta menterjemahkan sepotong > > ayat Al Quran ketika itu? > > 2. Ada kah tujuan dia berdakwah? Tentu sekali tidak....... . > > 3. Dia bercakap di atas pentas politik, maka tujuan dia ada lah semata > > mata untuk tujuan politik ia itu untuk memancing undi ketika berkempen hari > > itu. > > 4. Maka di sini kita lihat dia telah *mempergunakan* ayat Quran > > sebagai *alat > > mainan* politik nya untuk tujuan meraih undi. > > 5. Bukan kerana dia berminat dengan Islam tetapi semua pemerhati tahu > > bahawa ianya bermotif politik. > > 6. Begitu murahkan maruah dan nilai Umat Islam hingga orang bukan Islam > > boleh beli dengan surah Al Quran "senjata" Umat Islam sendiri??? > > 7. Sudah pasti Ngor tidak akan ulang membaca surah ini di hadapan rakan > > rakan parti nya atau pada kaum cina untuk tujuan tarik mereka kepada Islam > > selepas ini. > > 8. Biasa nya orang Melayu mudah jadi hairan dan seronok apabila melihat > > orang Cina boleh baca walaupun sepatah ayat Al Quran.Sekali pun bacaan nya > > lintang pukang. > > 9. Persoalan nya, ada kah Al Quran boleh di *pergunakan* oleh orang bukan > > Islam ikut sesuka hati? Lebih lebih lagi dalam berpolitik? > > 10. Walhal orang Islam sendiri di larang *mempergunakan atau > > memperalatkan* Al Quran untuk tujuan keduniaan saperti umpama nya untuk > > meraih undi dalam berpolitik, apatah lagi bagi orang bukan Islam. > > 11. Orang Islam sendiri pun tidak boleh membaca Al Quran sesuka hati > > 12. Mengapa? > > 13. Sebab sebelum membaca dia kena pastikan dia sudah belajar membaca Al > > Quran.Kalau dia belum pandai dan ingin baca juga, kena lah dia baca di > > hadapan orang yang mahir Al Quran atau guru. > > 14. Kalau bacaan Fatihah tidak betul dalam solat maka solat tidak sah. > > 15. Begitulah betapa teliti nya syarat syarat membaca Al Quran > > 16. Di larang membaca Al Quran dengan tidak tahu hukum hukum tajwid.... > > dan hukum hukum yang berkenaan dengan nya. > > 17. Maka bagaimana dengan Ngor? Tidak mengapa kah dia baca surah yang > > bunyi nya pun lintang pukang? Dan menterjemahkan nya ikut rentak ceramah nya > > malam itu? > > 18. Tidak di nafikan orang bukan Islam boleh baca Al Quran dengan tujuan > > hendak belajar dan berjinak dengan Islam, namun dia kena baca di hadapan > > seorang yang mahir. > > 19. Bukan baca saperti Ngor, berdiri di atas pentas saperti tuan guru dan > > orang orang Islam di bawah pentas saperti anak murid nya pula.(Terbalik > > kan?) > > 20. Mana maruah orang Islam di situ ketika itu? Sebalik nya apa yang > > terjadi pada hari itu, penyokong penyokong beragama Islam turut bersorak dan > > bertepuk tangan.Malang. .......dan memalukan... ......... ..!!! > > 21. Orang Islam wajib melarang orang bukan Islam mempergunakan Al Quran > > sesuka hati lebih lebih lagi untuk tujuan kempen politik. > > 22. Kalau hari itu nama ALLAH tidak di larang di gunakan oleh bukan Islam > > sudah tentu nama ALLAH juga akan di salah gunakan untuk tujuan politik. > > > > > > > > Salaam & Regards > > Amri el Wahab > > 68000 Ampang, Selangor > > MALAYSIA > > SMS: 0122441105 > > Sila ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com > > > Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com. Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
