Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) akan menganjurkan Kursus Membuat Kuih Tradisional Melayu. Kursus ini adalah sebahagian dari Program Kerja Dari Rumah (KDR) dan juga sebagai persediaan pihak YPN untuk menjadi pembekal kuih-kuih Melayu untuk Lembah Klang sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.
Suri-suri rumah adalah dipelawa untuk mengikuti kursus ini yang akan diadakan seperti butir-butir dibawah ini : Tarikh : 13hb Jun 2009 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang Yuran : RM30.00 sahaja Tempat : Yayasan Pembangunan Nur Hikmah Sila hubungi Puan Shira 03-8733 2411 (waktu pejabat) untuk pendaftaran. Pembayaran penuh yuran hendaklah dibuat sebelum 4hb Jun 2009 melalui akaun Maybank 564306010030 atas nama KHIDMAT NURHIKMAH. Setiap peserta yang berjaya menamatkan kursus ini akan diberikan sijil dan layak untuk dipertimbangangkan bagi menyertai Program Bekalan Kuih Melayu Secara Berkelompok dibawah anjuran Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. ------------------------------------------------------- YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH No. Pendaftaran : 646393-A No. 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Telefon :03-87332411 Fax :03-87332967 Laman web : www.nurhikmah.org.my
