Hari Sabtu 30 Mei 2009 emak saya telefon. Katanya ada orang kampung di Chengkau 
yang terlibat dengan pelebaran jalan Chengkau ke Astana Raja mengadu pada dia. 
Orang kampung tadi merupakan seorang wanita warga emas , seorang muallaf. 

Rumah yang dibina adalah di atas tanah adat. Dia menyewa tanah dari tuan tanah. 
Maklumlah bukan mudah untuk beli tanah di Rembau ini dengan status tanah 
adatnya , status tanah rezab Melayunya.

Wanita tadi dapatlah pampasan untuk rumah sahaja. Memang tidak cukup untuk beli 
tanah di Rembau. Nak beli rumah di Rembau pula banyak projek perumahan yang 
terbengkalai, dan kalau ada pun tiada rumah yang ada pada kos rendah.

Itulah dilema yang dihadapi oleh orang Rembau sekarang ini akibat pelbagai 
projek kerajaan, projek landasan keretapi berkembar, projek pelebaran jalan 
Chengkau ke Astana Raja , projek pelebaran jalan ke Gunung Datuk.

Bukan orang Melayu sahaja yang terlibat malah orang bukan Melayu yang masuk 
Islam pun terlibat sama.

Cerita nasib orang Rembau langsung tidak mendapat perhatian media. Seolah-olah 
mahu disenyapkan terus. Kalau ada pun hanya disentuh sedikit.

Kepada mereka yang teraniaya. Sekiranya anda merasakan tidak mendapat pembelaan 
yang sewajarnya , tuntutlah hutang di akhirat kepada mereka yang 
bertanggungjawab samada Menteri , Menteri Besar , Wakil Rakyat , Pegawai dan 
sebagainya. Tuntutlah pahala solat , pahala haji , pahala zakat , pahala 
sedekah dari mereka-mereka ini. Kalau pahala mereka tak cukup , serahkanlah 
dosa-dosa anda kepada mereka agar mereka pikul dosa-dosa anda di akhirat nanti. 
Kerana di dunia ini suara-suara anda adalah suara-suara yang disenyapkan.

Kisah nasib-nasib orang Rembau tanah mereka diambil pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html 

Kisah nasib-nasib orang Rembau yang terlilbat dengan projek perumahan 
terbengkalai pada pautan berikut 
http://terbengkalai.blogspot.com/2008/05/pembeli-rumah-di-parlimen-rembau-tiada.html
 

Sentral: 'Pampasan mesti setimpal 
23 January, 2008 - 06:12
REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, 
berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap 
pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.
http://panduan.org/node/61156 
http://amkns.blogspot.com/2009/05/sentral-pampasan-mesti-setimpal.html 



      

Kirim email ke