Nampaknya bukan Melayu Rembau sahaja dalam dilemma tanah mereka diambil untuk 
projek pembangunan. Apakah Melayu di Lenggeng , Negeri Sembilan bakal 
menghadapi nasib yang sama ?

Cerita nasib Melayu Rembau di sini 
http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html

RM22.4j naik taraf jalan di Lenggeng
Utusan Malaysia 3 Jun 2009
SEREMBAN 2 Jun - Kerajaan negeri memperuntukkan RM22.4 juta bagi kerja-kerja 
naik taraf pembinaan jalan raya di kawasan Lenggeng di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kos yang diperuntukkan itu 
meliputi pembinaan jalan serta bayaran pampasan terhadap tanah penduduk yang 
dibangunkan bagi tujuan berkenaan.

Katanya, usaha tersebut merupakan hasrat kerajaan negeri untuk menaik taraf 
jaringan jalan raya di sekitar negeri ini sekali gus memberikan keselesaan 
kepada pengguna dan penduduk kawasan berhampiran.

''Selain itu, ia juga merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat untuk 
menaik taraf jalan raya yang dibina di atas tanah milik penduduk kawasan itu 
sendiri.

''Sejak 40 tahun, penduduk berhampiran yang melibatkan empat perkampungan di 
situ terpaksa menggunakan jalan yang sempit kerana laluan itu dibina di atas 
tanah hak milik persendirian," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin 
Bersama Rakyat dan Perletakan Batu Asas Kompleks Komuniti Desa, Pantai di sini 
hari ini.

Jelas Mohamad, demi memberikan keselesaan kepada pengguna serta melihat 
keperluan jaringan jalan raya di seluruh negeri perlu ditingkatkan, maka 
kerajaan telah membuat keputusan untuk membangunkan projek tersebut.

''Namun, terdapat kekeliruan yang berlaku antara penduduk di situ kerana 
mendapat penerangan yang salah tentang tujuan sebenar pembangunan tersebut 
dijalankan dan ada juga penduduk yang membantah kerana dihasut oleh orang luar 
yang bersikap dengki.

''Bagaimanapun, ramai penduduk yang telah bersetuju dan menyokong keputusan 
kerajaan negeri bagi menjalankan projek tersebut dan sebagai balasan kami akan 
memberikan pampasan sekiranya tanah mereka termasuk dalam kawasan projek," ujar 
Mohamad.

Di samping itu, Mohamad memberitahu, beliau sudah mengarahkan pegawai daerah 
dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri untuk bertemu 
penduduk bagi memaklumkan mengenai matlamat sebenar perlaksanaan projek 
tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
 




      

Kirim email ke