SALAM NASIHAT KHAS UNTUK USTAZ AZIZAN RAZAK
LAKSANAKANLAH HUKUM HUDUD WALAU TIDAK DAPAT DIIMPLEMENTASIKAN DAN KELUARKANLAH
BABI-BABI DARI KEDAH WALAU UNDI DAP AKAN BERKURANGAN
DAN TAHNIAH ATAS PRINSIP DAN KETEGASAN DR HASSAN ALI DALAM MEMERANGI ARAK...
SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA BELIAU
H1N1 Satu Peringatan!!
Posted: 09 Aug 2009 02:56 AM PDT
Oleh : Ahmad Tarmizi Mohd Arifin
Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan suatu virus yang digeruni oleh semua
masyrakat dunia. Belum pun hilang penyakit selsema burung kini tiba wabak yang
amat menggerunkan dunia. Wabak yang yang diberi nama Influenza A (H1N1) atau
nama kormeselnya Selsema Babi itu mula dikesan di Mexico sejak Mac lalu. Wabak
ini dilihat sebagai suatu pembunuh yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua
masyarakat dunia kerana hampir 100 nyawa telah melayang dan kira-kira 10,000
orang di seluruh dunia telah dijangkiti.
Melihat kepada penularan wabak tersebut,semua pihak telah tampil bagi sama-sama
mencari jalan penyelesaian menghapuskan wabak yang digeruni ramai itu.walau
bagaimanapun, usaha yang telah dilakukan setakat ini belum mencapai kejayaan
berikutan meningkatnya kes sehari demi sehari.
Dimana kehebatan Negara Amerika Syarikat yang dulu tersohor dengan kecanggihan
teknolgi dan peralatannya? Dimana pula senjata-senjata yang canggih yang dapat
mengesan pengganas sedangkan Negara mereka turut menjadi mangsa. Tidakkah kamu
sedari bahawa itu merupakan tentera Allah yang diutuskan tanpa mengunakan
senjata? Tidakkah kalian mengetahui bahawa virus yang cukup kecil dan tidak
dapat dikesan oleh pancaindera itu lebih canggih jika dibandingkan dengan
senjata Amerika dan sekutunya? Buktinya, sehingga kehari ini mereka masih lagi
mencari vaksin pencegahan penyakit tersebut.
Sedarlah wahai ummat manusia bahawa segala penyakit itu adalah teguran dari
pada Allah agar manusia sedar akan kesilapan yang mereka lakukan.
Justeru,apakah kesilapan yang dapat kita lihat ekoran dari penyakit tersebut?
Disebabkan penularan wabak tersebut berjuta-juta babi telah dibunuh dan ekoran
daripada itu juga orang yang gemar memakan daging babi turut tersentak dan yang
peliknya tiba-tiba mengharamkan seketika untuk diri mereka. Bilakah daging babi
ini diharamkan?adakah disebabkan penularan wabak tersebut sahaja baru ia
diharamkan dan apabila hilang segala penyakit tersebut ianya menjadi halal
semula?Adakah mereka masih tidak mahu menggunakan akal atau sememangnya mereka
tidak berakal!!
Sedarilah wahai ummat manusia sekalian bahawa Allah s.w.t sendiri telah
mengharamkan binatang tersebut melalui beberapa ayat yang terdapat di dalam
al-Quran yang antara lainnya mengharamkan manusia memakan bangkai, darah, dan
daging babi. Fakta ini telah dirakamkan dalam ayat-ayat berikut :
a. Surah Al Baqarah (2) : 173
Maksudnya : Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah, daging
babi,dan daging hiawan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…..
b. Surah Al Maa'idah (5) : 3
Maksudnya : Diharamkan bagimu memakan bangkai,darah, daging babi an daging
haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah….
c. Surah Al An `Aam (6) : 145
Maksudnya : Katakanlah “tidak ku dapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku
sesuatu yang yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali
daging haiwan yang mati(bangkai) ,darah yang mengalir,daging babi.sesungguhnya
semua itu kotor-atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah…
d. Surah An Nahl (16) : 115
Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah, daging
babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…
Masihkah kalian mengigati penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang melanda
masyrakat Malaysia? pada ketika itu semua mata telah terbuka dan babi telah
diharamkan sementara. Ekoran dari kejadian tersebut permintaan pasaran babi
hampir pupus dan banyak ladang-ladang babi yang telah ditutup. Tidakkah ini
suatu bencana yang mengancam manusia hasil dari babi? Namun, kejadian ini hanya
memberi sedikit pengajaran kepada manusia dan setelah wabak tersebut
pulih,manusia kembali memakannya. Inilah hakikat seorang manusia,hanya insaf
bila dikenakan dan ditunjukkan sesuatu bencana. Apabila jauh dari bencana
mereka akan kembali melupakan teguran Allah s.w.t. Tidakkah mereka ini sama
dengan orang-orang kafir pada zaman jahiliah dahulu? Mereka (orang-orang
munafik dan golongan kafir) sentiasa meminta bukti berkaitan keesaan Allah
s.w.t dan apabila diberikan bukti mereka beriman hanya seketika bahkan ada yang
langsung tidak beriman. mereka juga dikenakan bala dan
apabila dihilangkan bala tersebut mereka kembali kufur.
Mungkin kalian sudah lupa dengan kejadian tersebut kerana ia sudah lama
meninggalkan kita. Namun, masihkah kalian ingat bencana tsunami yang melanda
kita pada 26 Disember 2004 yang lalu?bagaimana pula dengan penyakit Japaneese
Enchephalitis (JE) yang saya sebutkan tadi? Belum cukup dengan itu selsema
burung pula melanda. emm..bagaimana pula dengan bencana tanah runtuh dan gempa
bumi? tidakkah ianya telah memberi pengajaran kepada kita? Mungkin ada yang
mengatakan itu semua sunnatullah dan lumrah alam. Namun, saya tetap mengatakan
ianya merupakan teguran dari Allah s.w.t
Saya masih ingat lagi mangsa yang terselamat dari bencana tsunami mengatakan
bahawa peristiwa tersebut seolah-olah bagaikan peristiwa qiamat yang melanda.
Maka pada ketika itu ramai yang telah insaf dan bertaubat kepada Allah.
Namun,setelah dua minggu berlalu pelbagai maksiat diteruskan dan dosa-dosa lama
dikakukan kembali. Maka, adakah ini merupakan ejekan kepada Allah s.w.t? kalu
benar lah begitu maka,inilah suatu perbuatan yang amat jelek sekali. Cuba anda
bayangkan sekiranya ibu bapa di ejek dan dipersendakan oleh anak-anak mereka
dalam sesuatu hal setelah si ibu @ bapa memberi teguran. Maka, tidakkah ibu
bapa tersebut akan marah terhadap kelakuan tersebut? Oleh yang demikian,
bagaimana pula persendaan itu di persembahkan kepada Allah yang menciptakan
kalian? apakah kiranya kalian terfikir Allah tidak marah?
Justeru,mengapa manusia pada hari ini masih tidak mahu mengambil
pengajaran?adakah mereka tidak mempunyai akal fikiran? Tidakkah mereka mahu
mengambil pengajaran dari ummat-ummat terdahulu atau mereka mahu bala atau
bencana tersebut terkena pada diri mereka dan ahli keluarga mereka barulah
mereka mahu menyedarinya? Jaganlah kita menjadi seperti firaun dan pengikutnya
yang mengaku beriman semasa ditenggelami air laut.. Janganlah pula kita menjadi
seperti anak dan isteri nabi Nuh yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pun masih
lagi tidak mahu beriman. Tidakkah kisah tersebut memberi pengajaran kepada
kita?kisah-kisah yang telah diceritakan oleh Allah melalui kitabNya bukanlah
bertujuan untuk dibaca dan dibuat perhiasan semata-mata bahkan ianya menjadi
petunjuk dan pengajaran kepada kita yang mempunyai akal untuk memikirkan dan
membuat pertimbangan berdasarkan peristiwa yang telahpun berlaku.
Sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Qasas (28): 43
Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada musa kitab (taurat)
setelah kami binasakan ummat-ummat terdahulu untuk menjadi pelita bagi manusia
dan petunjuk serta rahmat agar mereka mendapat pelajaran..
Sedarlah wahai saudaraku sekalian,kejadian yang menimpa kita pada hri ini
adalah suatu teguran dari Allah s.w.t yang mana bukan ditujukan hanya kepada
orang kafir sahaja bahkan kepada kita yang mengaku beriman kepadaNya. Dengan
berlakunya kejadian tersebut maka, dapatlah kita ketahui rupanya Allah s.w.t
masih sayang pada kita semua dan mahukan kita kembali ke jalanNya, dan bagi
golngan kafir itulah teguran Allah untuk menjauhi haiwan haram tersebut.
Perlu diingatkan sekali lagi…Seandainya wabak @ virus ini dihilangkah oleh
Allah s.w.t dan kita aman dari segala penyakit yang berbahaya ini, maka
bersyukurlah dan jangan sekali-kali kita mengundang semula kemarahan Allah
terhadap kita. Ingat!!apabila kita mencabar Allah maka Allah tidak segan silu
untuk menurunkan bala bencana dan apa yang dibimbangi ianya mengenai semua
ummat tanpa dipilih kasih