Salaam,
Sahabat sahabat sekalian.
Jangan lah jadi macam kaum peleceh atau macam orang politik, asyik
mempelecehkan,mempersoalkan atau memperdebatkan perkara perkara yang
ranting.Nanti oleh kerana sudah terlalu sibuk berbalah akhirnya lupa untuk
berdoa......ramai orang sudah berdoa dengan doa ini dan sudah merasai Allah
telah perkenankan nya.Kalau sesiapa ragu dengan nya carilah doa lain dan
berdoa lah sungguh sungguh minta pada Allah.


 Doa saperti ini sekiranya kita tidak jumpai di dalam mana mana kitab bukan
bererti dia tidak ada dan tidak pernah di amalkan oleh ulama ulama
silam.(Bukan tidak ada tetapi belum di jumpai oleh orang agama zaman
sekarang).Amat mendukacitakan orang orang agama zaman sekarang menolak
amalan amalan yang seumpama ini yang pernah di amalkan oleh ulama ulama
silam.Ulama ulama dahulu tentu ada asasnya untuk mengamalkan doa ini di mana
warid nya tidak terjumpa oleh orang agama zaman ini .Mengapa? Mungkin kerana
mereka sudah tidak menerima dan tolak kitab lama iaitu Kitab Kuning.

Tidak semestinya oleh kerana dalam doa itu disebut nama nama keluarga
Rasulullah maka ianya di tuduh amalan Syiah dan sesat?

Seorang ulama terkemuka dekad 40an hingga 60an adalah pengamal dan adalah
salah seorang di antara ulama ulama yang mengembangkan doa ini.Dia ialah
Syeikh Muhammad Fadlullah bin Sheikh Muhammad bin Abdullah.(1886-1964).Dan
ramai anak anak murid nya, salah seorang nya Mantan Mufti Brunei Pehin Mufti
Haji Ismail adalah juga pengamal dan pengembang doa ini.

*Siapa dia Syeikh Muhammad Fadlullah bin Syeikh Muhammad bin Abdullah
(1886-1964)?*

   - Mudir Madrasah Al Saqqal Singapura 1916
   - Pengasas Kulliyyah Al Attas Johor Baru
   - Pengasas Kulliyyah Al Firdaus Singapura
   - Mudir Kulliyyah Al lughah wa ad-Din Pekan, Pahang (1955)
   - Imam Masjid Al Maarof Singapura
   - Ahli Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor (1936)
   - Pengasas Madrassah Al Maarif al Islamiah Singapura
   - Salah seorang murid nya yang juga pengamal doa ini mantan Mufti Brunei
   Pehin Haji Ismail pernah mengelarkan dia "*al-'Allamah al-Murabbi
   al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy –
syaikh *Muhammad
   Fadhlullah ibn asy - Syaikh Muhammad as-Suhaimi "
   - Salah seorang pengasas PAS (tulen) mewakili Singapura.


*Sila baca riwayat Syeikh Muhammad Fadlillah di*
sini.<http://hembusan-amal.blogspot.com/2008/08/berkenalan-dengan-sheikh-muhammad.html>


Salaam & Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com
Sent from Kuala Lumpur, Malaysia


2009/8/13 <mohdshaiful.roseman>

>
>
>
>
> Setelah mengkaji dengan lebih lanjut, saya tetap berpegang bahawa doa ini
> bukanlah doa yang warid daripada Rasulullah SAW. Bahkan setelah diselidiki,
> ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab Hadith.
>
> Di dalam Kitab Mausuah Al-Adyan wal Firaq wal Mazahib Al-Fikriyyah
> Al-Muasiroh (Ensiklopedia Agama, Firqah dan Mazhab Pemikiran/Ideologi
> Masakini) meyatakan :
>
> Terdapat satu pecahan Golongan Syiah yang dikenali dengan Kumpulan
> Baryalwi( بريلوي )yang diasaskan oleh ketua mereka yg bernama Baryalwi.
>
> Sheikh Baryalwi banyak meriwayatkan hadith-hadith palsu bagi pihak syiah
> dan mendakwanya ia adalah Sunah & Hadis Nabi SAW.
> Antara hadith-hadith palsu tersebut ialah seperti :
>
> 1. "Ali ialah pembahagi Neraka"
>
> 2."Sesungguhnya Fatimah dinamakan dengan namanya kerana Allah
> menyelamatkannya dan zuriatnya dari bakaran api neraka"
>
>
> Baca selanjutnya di http://syababkapar.blogspot.com
>
>

Kirim email ke