Salam ramadhan, Terima kasih atas tambahan informasi yang diberikan. Sekurang2nya ada juga ruang untuk tambah ilmu dari orang lain. Perbezaan pendapat itu hikmah. Secara tak langsung kita menampung kekuatan dan kekurangan masing2.
Walaupun begitu, tidaklah timbul hal mempersoalkan sesuatu tanpa usul periksa. Kalau dibaca dari pandangan Ust. Farid tu pun beliau telahpun membuat kajian dan rujukan beliau tentang hal ini, malah turut memberikan sumber rujukan beliau. Kalau kita boleh baca balik pandangan tersebut, termasuk komen2 yang diberikan, antara rujukan yang diberi termasuk Kitab Mausuah Al-Adyan wal Firaq wal Mazahib Al-Fikriyyah Al-Muasiroh (Ensiklopedia Agama, Firqah dan Mazhab Pemikiran/Ideologi Masakini). Kesemua (6 kitab) kitab Sunnah Sittah (Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie) Hujah-hujah telah diberikan dari apa yang telah dikutip dari sumber berikut. Bukanlah orang kita suka membicangkan hal-hal ranting. Ini melibatkan soal akidah. Masyarakat sekarang adalah masyarakat prihatin, bukan menerima bulat2 setiap pernyataan/berita, malah akan mencari sumber2, dalil dan nas yang qat'i. Saudara Amri telahpun memberi satu rujukan baru iaitu sebuah kitab lama (Kitab Kuning). Mungkin tak ramai yang tahu tentang hal ni. Kiranya bolehlah dikongsi bersama kitab apakah itu. Siapa penulis dan penyusunnya. minta diberikan lagi maklumat lengkap pasal kitab tersebut supaya kita2 di sini boleh mencari, menelaah dan berkongsi ilmu dari kitab tersebut, sebab saudara cakap 'orang sekarang' tak rujuk kitab lama. Terima kasih juga kerana memberikan profil salah seorang mengamalnya. Bertambah lagi ilmu. Akan ramai yang akan terus mengkaji dan mengkaji lagi tentang hal ini. Harap bersama berlapang dada dalam berhalaqah ilmu secara maya seperti ini. Janganlah kerana sumber itu diambil di access dari blog sebuat parti politik, menyebabkan ada satu stigma mengaitkan politik. Insya'allah, sama2lah kita ikhlas atas nama ilmu. Mohd Shaiful Roseman amri el wahab Sent by: [email protected] 08/26/2009 01:28 AM Please respond to [email protected] To Ikhwanul Muslimun <[email protected]> cc Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Lanjutan isu doa hindar H1N1 sesat Salaam, Sahabat sahabat sekalian. Jangan lah jadi macam kaum peleceh atau macam orang politik, asyik mempelecehkan,mempersoalkan atau memperdebatkan perkara perkara yang ranting.Nanti oleh kerana sudah terlalu sibuk berbalah akhirnya lupa untuk berdoa......ramai orang sudah berdoa dengan doa ini dan sudah merasai Allah telah perkenankan nya.Kalau sesiapa ragu dengan nya carilah doa lain dan berdoa lah sungguh sungguh minta pada Allah. Doa saperti ini sekiranya kita tidak jumpai di dalam mana mana kitab bukan bererti dia tidak ada dan tidak pernah di amalkan oleh ulama ulama silam.(Bukan tidak ada tetapi belum di jumpai oleh orang agama zaman sekarang).Amat mendukacitakan orang orang agama zaman sekarang menolak amalan amalan yang seumpama ini yang pernah di amalkan oleh ulama ulama silam.Ulama ulama dahulu tentu ada asasnya untuk mengamalkan doa ini di mana warid nya tidak terjumpa oleh orang agama zaman ini .Mengapa? Mungkin kerana mereka sudah tidak menerima dan tolak kitab lama iaitu Kitab Kuning. Tidak semestinya oleh kerana dalam doa itu disebut nama nama keluarga Rasulullah maka ianya di tuduh amalan Syiah dan sesat? Seorang ulama terkemuka dekad 40an hingga 60an adalah pengamal dan adalah salah seorang di antara ulama ulama yang mengembangkan doa ini.Dia ialah Syeikh Muhammad Fadlullah bin Sheikh Muhammad bin Abdullah.(1886-1964).Dan ramai anak anak murid nya, salah seorang nya Mantan Mufti Brunei Pehin Mufti Haji Ismail adalah juga pengamal dan pengembang doa ini. Siapa dia Syeikh Muhammad Fadlullah bin Syeikh Muhammad bin Abdullah (1886-1964)? Mudir Madrasah Al Saqqal Singapura 1916 Pengasas Kulliyyah Al Attas Johor Baru Pengasas Kulliyyah Al Firdaus Singapura Mudir Kulliyyah Al lughah wa ad-Din Pekan, Pahang (1955) Imam Masjid Al Maarof Singapura Ahli Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor (1936) Pengasas Madrassah Al Maarif al Islamiah Singapura Salah seorang murid nya yang juga pengamal doa ini mantan Mufti Brunei Pehin Haji Ismail pernah mengelarkan dia "al-'Allamah al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy – syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy - Syaikh Muhammad as-Suhaimi " Salah seorang pengasas PAS (tulen) mewakili Singapura. Sila baca riwayat Syeikh Muhammad Fadlillah di sini. Salaam & Regards Amri el Wahab Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com Sent from Kuala Lumpur, Malaysia 2009/8/13 <mohdshaiful.roseman> Setelah mengkaji dengan lebih lanjut, saya tetap berpegang bahawa doa ini bukanlah doa yang warid daripada Rasulullah SAW. Bahkan setelah diselidiki, ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab Hadith. Di dalam Kitab Mausuah Al-Adyan wal Firaq wal Mazahib Al-Fikriyyah Al-Muasiroh (Ensiklopedia Agama, Firqah dan Mazhab Pemikiran/Ideologi Masakini) meyatakan : Terdapat satu pecahan Golongan Syiah yang dikenali dengan Kumpulan Baryalwi( بريلوي )yang diasaskan oleh ketua mereka yg bernama Baryalwi. Sheikh Baryalwi banyak meriwayatkan hadith-hadith palsu bagi pihak syiah dan mendakwanya ia adalah Sunah & Hadis Nabi SAW. Antara hadith-hadith palsu tersebut ialah seperti : 1. "Ali ialah pembahagi Neraka" 2."Sesungguhnya Fatimah dinamakan dengan namanya kerana Allah menyelamatkannya dan zuriatnya dari bakaran api neraka" Baca selanjutnya di http://syababkapar.blogspot.com
