salam..

setahu saya, nestle telah menarik pelaburan mereka dari ' negara israel'


--- In [email protected], naim fathi wrote:
>
> MILO...
> Minum Milo Anda Jadi Sehat dan Kuat. Itulah punch line Milo bertahun-tahun 
> lamanya.Paling sesuai
> sehingga tidak perlu diubah atau duganti baru.
> Macam mana idaknya 90%. Mari kita tengok minuman malt yang lain yang ada di 
> pasaran.
>
> Oveltine. Bertahun dia melawan milo tapi tak juga menang. Sekarang entah ke 
> mana.
> Horlick. Boleh bertahan sampai sekarang dan masih berebut pasaran dengan Milo 
> dan yang lain.
> Kemudian Vico, jenama agak baru berbanding Milo dan Horlik.
> Sekarang ada pula Nesvita. Itu aje yang ada pun. Nak wat camno Milo dah 
> awal-awal lagi menawan hati
> orang Malaysia. Jika dibandingkan kesemua jenama di atas, agaknya yang mana 
> satukah yang paling digemari?
>
> ........ walllahu a'lam.
>
>
>
>
> ________________________________
> From: "muham...@..." <muham...@...>
> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
> Sent: Tuesday, August 11, 2009 8:45:18
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] If you are Muslim...You must read it.
>
>  
> 100 Tahun Yang Lalu
> Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.
> Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang 
> yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 
> tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang 
> sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan 
> juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.
> Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan 
> Malaysia itu dapat dieja. Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan 
> ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih 
> lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke 
> mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
> Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru 
> yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku 
> hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali 
> menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
> Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam 
> satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua 
> produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, 
> dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas 
> bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.
> Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ? Bukan satu rahsia 
> bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta 
> ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk 
> Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman 
> web itu:
> Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that 
> almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to 
> find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.
> Saya terjemahkan di sini:
> Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya 
> amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir 
> mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.
>  
>
> Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat MalaysiaBukankah gila atau 
> lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% 
> penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?
> Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika 
> anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan 
> rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak 
> tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya 
> sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.
>  
>
> Fakta yang hilang?Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat 
> yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas 
> sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.
> Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, 
> memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan 
> O'Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:
> O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and 
> Malaysians were the world's largest consumers of Milo.
> Saya terjemahkan di sini:
> O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat 
> Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.
>
> Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>Adakah kita 
> berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam 
> terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo 
> selama ini.
> Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 
> 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini 
> digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
> Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi 
> sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.
> Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam
> Sumber rujukan: InMinds.co.uk
>
> Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. 
> Sumber>>Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle 
> menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan 
> syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 
> untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.
> R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan 
> yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk 
> operasi R&D tersebut.
> Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan 
> jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah 
> yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja 
> digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula 
> kepada kerajaan haram Israel.
> Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu 
> memboikotnya?
>  Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan 
> ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!
> Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, 
> kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee 
> Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin 
> Netanyahu.
> Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram 
> Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa 
> kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.
> Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi 
> Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk 
> membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina 
> binaan haram di atas tanah yang dirampas.
> Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram 
> Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai 
> kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang 
> kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.
> Apa Pendirian Kita?
> Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.
>       * Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana 
> ada produk lain?
> >     * Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle 
> > je, mana ada produk lain?
> Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu 
> minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka 
> yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? 
> Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?
> Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa 
> tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi 
> menyuarakannya.
> Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin 
> juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.
> Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk 
> Nestle?
> Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah 
> bahawa Palestin telah lama hancur!! DIkirim oleh Admin
> Kategori: Boikot Israel |
>
>
>
>
>       Get your preferred Email name!
> Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
> http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/
>


Kirim email ke