100 Tahun Yang Lalu
Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.
Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang
dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun,
iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang
membaca artikel
ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada
upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.
Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan
Malaysia itu dapat dieja. Ini
juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam
Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke
mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut
anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya
setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru
yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini
berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan
santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada
malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu
gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga
adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi
kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu
serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh
Yahudi Laknatullah.
Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?
Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar
minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima
anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006.
Dinyatakan pada laman web itu:
Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo.
>It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it
>would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo
>beverages.
Saya terjemahkan di sini:
Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia.
>Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo
>dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan
>minuman Milo.
Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia
Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan
sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat
Malaysia semata-mata?
Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo,
tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah
dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari
Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari
Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot
semasa ianya masih ada.
Fakta yang hilang?
Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang
menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas
sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.
Saya tidak fikir jika
ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya
diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam
akhbar TheStar Online baru-baru ini:
O'Carrol
>said Milo has been available in the country for almost 60 years and
>Malaysians were the world's largest consumers of Milo.
Saya terjemahkan di sini:
O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat
Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.
Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>
Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang
beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui
penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.
Produk Nescafe dan Milo ini
menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia
berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh
Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
Hasil
jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi
sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.
Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam
Sumber rujukan: InMinds.co.uk
Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. Sumber>>
Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle
menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama
dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment
pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot,
Israel.
R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi
makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan
jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.
Pusat
R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel.
Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap
tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu
senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya,
malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.
Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu
memboikotnya?
Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan
ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!
Pada
1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle,
kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima
Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu
Benjamin Netanyahu.
Anugerah Jubli ini adalah yang
tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda
penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada
kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.
Berjasa
di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi
Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api
untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri
dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.
Membeli
produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel.
Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai
kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen
yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam
Palestin.
Apa Pendirian Kita?
Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.
* Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana
ada produk lain?
> * Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle
> je, mana ada produk lain?
Pernahkah
kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman
dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang
kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya?
Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?
Kebanyakannya
akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan
tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi
menyuarakannya.
Lebih malang lagi jika kita langsung tidak
peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita
memperlekehkan pula usaha memboikot.
Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk
Nestle?
Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa
Palestin telah lama hancur!! DIkirim oleh Admin
Kategori: Boikot Israel |