Assalamu'alaikum, gambar-gambar kerja-kerja permulaan pembinaan bangunan utama 
Madrasah Qasimul Ulum, Selayang kini terdapat dalam paparan blog : 
http://qasimululum.blogspot.com/

Dalam pada itu, bagi sesiapa yang berhajat agar bacaan Yasin, tahlil dan doa di 
buat untuk dirinya, orang tuanya atau sesiapa sahaja (yang hidup atau mati), 
SETIAP HARI, dua kali sehari boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan nama 
mereka dalam daftar infaq Yayasan Al-Fateh/Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum.  
Infaq bagi setiap satu nama ialah Rm10 (sepuluh ringgit sahaja).  Kesemua 
sumbangan yang diinfaqkan akan disalurkan untuk membantu madrasah-madrasah di 
bawah kelolaan Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum (Malaysia) & Yayasan Al-Fateh 
(Indonesia).  Caranya ialah dengan memasukkan sumbangan infaq ke dalam akaun 
bank muamalat Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum 14050002280716 dan emailkan nama 
penuh kepada [email protected].  Sila emailkan alamat surat-menyurat 
jika ingin resit daftar infaq di poskan.

Amalan-amalan ini berjalan mengikut jadual berikut:

1.  Madrasatul al-Qur'an Al-Fateh, Lampung & Batam, Indonesia- setiap hari 
selepas solat maghrib;
2.  Madrasah Qasimul Ulum, Selayang,- Malaysia setiap hari selepas syuru'.

Amalan ini telah berjalan:

1.  sejak 1995 di Madrasatul Qur'an Al-Fateh, Lampung Indonesia
2.  sejak 2001 di Madrasatul Qur'an Al-Fateh, Batam Indonesia
3.  dimulakan pada bulan ramadan 1430H / 2009 M di Madrasah Qasimul Ulum, 
Selayang, Malaysia.

Prof. Dr. KH Solihan FAB, pengasas dan pengelola Yayasan Al-Fateh telah 
mewakilkan Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum untuk mendaftarkan umat Islam di 
Malaysia yang berhajat bagi tujuan ini.  Amalan ini dijalankan oleh para murid 
dan guru- tahfiz dan ulum syarie, jumlah mereka TIDAK KURANG dari 100 orang 
setiap hari InsyaALLAH. Tugas kita hanyalah berdoa dan berharap, yang 
mengabulkan doa dan hajat adalah ALLAH s.w.t. semata-mata.

Doa yang dibacakan di Madrasah Qasimul Ulum selepas amalan Ya-Sin & Tahlil 
adalah adaptasi dari doa yang di bacakan di Madrasah al-Fateh dengan sedikit 
penambahan.  Ianya adalah seperti berikut:

YA ALLAH, YA TUHAN KAMI:
KAMI MEMOHON DENGAN KEBERKATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

agar penama-penama yang tercatat nama mereka di dalam daftar infaq dan telah 
menghulurkan bantuan untuk membantu madrasah-madrasah dibawah Yayasan 
Pendidikan Qasimul Ulum & Yayasan Al-Fateh, sentiasa di beri

KEBERKATAN DALAM HIDUP;

DIJAUHKAN DARI SEGALA BALA & MUSIBAH-NIAT JAHAT DENGKI KHIANAT MANUSIA JIN, 
IBLIS DAN SYAITAN;

DI MURAHKAN REZEKI; DITERANGKAN HATI; DI TAMBAHKAN ILMU YANG BERMENAFAAT & DI 
JAUHKAN DARI ILMU YANG TIDAK BERMENAFAAT;

DI KABULKAN SEGALA HAJAT; DI KUATKAN IMAN, DI BERKATI UMUR; DI BERI 'AFIAT; DI 
MATIKAN DALAM IMAN;

SEMPAT BERTAUBAT SEBELUM MATI; DI AMPUNKAN DOSA-DOSA SELEPAS MATI, DI 
SELAMATKAN DARI AZAB KUBUR;

DI MUDAHKAN PENGHISABAN AMAL; DI BERATKAN DENGAN AMALAN SOLEH;

MENERIMA BUKU CATATAN DENGAN TANGAN KANAN, DI TETAPKAN KAKI DI ATAS SIRAT DAN 
DI MASUKKAN KE DALAM SYURGA MU YA ALLAH.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,
QABULKAN DOA-DOA KAMI UNTUK MEREKA, YA RABBAL 'ALAMIN.

(Harap sebarkan untuk menafaat seluruh umat Islam)


      

Kirim email ke