Jika Rumah Itu Syurga…
 
 
Kata orang rumah adalah syurga bagi penghuninya. Benarkah? Kenyataan itu 
sungguh subjektif. Syurga yang bagaimana yang diimpikan oleh penghuninya?
“Syurga itu adalah rumahku. Akan aku hiasinya dengan rahmat dan berkat dari 
Allah s.w.t. Syurga itu dapat kucapai jika ahli keluargaku berpaksi kepada 
tiang agama, menjadikan al-Quran sebagai pegangan dalam melayari badai 
kehidupan. Akan ku hiasi syurga ini dengan senyuman yang manis dan kesabaran 
yang tinggi dari bidadari-bidadariku [isteri dan anak-anak perempuan]. Akan ku 
harumi syurga ini dengan wangian dari nilai-nilai mulia yang kami amalkan. Akan 
kupelihara syurga ini agar generasiku dalam menghayati keindahannya, 
kenikmatannya serta kebahagiannya.”
“rumahku adalah syurgaku. Apa yang aku lakukan adalah kehendakku. Sesiapa pun 
tidak berhak menghalang apa yang ingin kulakukan. kerana ini adalah syurgaku. 
Perempuan yang menemaniku setiap masa adalah bidadariku. Tiada orang yang 
mengganggu itulah impianku dalam mengindahkan lagi syurga ini. Syurga ini akan 
kupenuhi dengan perkara-perkara [arak, dadah, perempuan] yang boleh melupakan 
aku dengan kepenatan, kesengsaraan.”
 
Kedua-dua dialog di atas menggambarkan dua situasi yang berbeza yang 
menunjukkan perkataan syurga sendiri mempunyai konotasi yang pelbagai kepada 
setiap individu. Tanpa kewarasan fikiran, syurga manakah yang layak buat kamu?
 
 
regards
mazlina mohd nazir
http://pokoksena85.blogspot.com/


      

Kirim email ke